Sabtu, 26 Mac 2011
JOIN CONTEST AKU KAYA
Rabu, 16 Mac 2011
Adat perkahwinan Bugis
Melihat gambar perkahwinan saudara ku yang berlangsung di Makassar ,sulawesi selatan.Menghairahkan aku untuk berkongsi sedikit perkongsian berkaitan perkahwinan suku kaum bugis.perkongsian yang aku sampaikan adalah pengalaman saya sendiri yang sudah dibiasakan dengan majlis ini.Ditambah dengan pertanyaan-pertanyaan saya dengan beberapa orang-orang lama.

Eh.. Nie plak pelamin adat bugis yang agak dimodenkan sikit.. erm~
oohhhh yah.. sentuhan dari saya.. hehe
1)kain 11 helai sutera bugis : untuk golongan bangsawan yang memberi maksud
penghormatan kepada bakal pengatin dan menunjukkan orang
bugis mempunyai harga diri yang tinggi.
2)Daun pisang : mmberi maksud kesinambungan.Melalui perkahwinan boleh mngeratkan
silaturrahim dan boleh membesarkan keluarga dgn pertambahan zuriat.
3)daun nangka : memberi maksud orang bugis sentiasa berusaha, bercita2 tinggi.
4)Beras : memberi maksud ahli keluarga mendoakan bakal pengantin akan hidup bahagia.
5)Lilin : memberi keterangan kpd khidupan baru untuk bakal pengantin
6)Daun inai : kesucian





PEREMPUAN MEMANG TIDAK GUNA ________________

1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililit kan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.
3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi.Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya.Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelasdalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keaiban saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.
6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya.Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti
melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya.Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki.Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya). Dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"?.Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk'di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati"adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbangdgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini,Akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar,dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.
Isnin, 14 Mac 2011
TSUNAMI : Ikan sardin sesat ???





Ahad, 13 Mac 2011
19Mac,malapetaka Dunia ???


Kali terakhir kedudukan Bulan berada paling hampir dengan Bumi ialah pada tahun 1994 dimana pada tahun itu suhu beberapa buah negara didunia berada dalam keadaan yang sangat tinggi.Makna nya,kepanasan berlaku di tahap yang agak panas aka HOT.Ingat lagi kah musim kemarau pada tahun tuh?? Ades.. masih ku ingat~~~ Walau pada masa itu aku masihhh kecikkk dan suci lagi.Manakala pada penghujung tahun 2005 menyaksikan Taufan Katrina melanda Amerika Syarikat juga kesan dari apa yang terjadi bila Bulan dan Bumi berada pada jarak yang dekat.. Taufan Katrina mengakibatkan hampir 80 ribu orang maut.. dan sebahagian negeri New Orleans musnah sama sekali.


