Rabu, 18 Ogos 2010

Aku sebagai LELAKI


~~~~~~~~~~~~~

Kemudian Amru berkata:
 "Demi Allah! Sesungguhnya aku akan meminta pandangan daripada sesiapa
sahaja mengenai sesuatu perkara walaupun daripada pembantu aku."

~~~~~~~~~~~~~







Kata-kata mutiara sahabat nabi Amru bin Ash r.a. :



lelaki adalah terdiri dari tiga kategori :
- Lelaki yang sempurna-
-Lelaki yang bersifat separuh lelaki-
-Lelaki yang tidak bersifat lelaki-



LELAKI SEMPURNA
Lelaki yang sempurna adalah lelaki yang disempurnakan oleh Allah agama dan akalnya,
apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan, dia sentiasa meminta pandangan daripada orang-orang
yang mempunyai pandangan menyebabkan dia sentiasa membuat keputusan yang tepat.



LELAKI YANG BERSIFAT SEPARUH LELAKI
Manakala lelaki yang bersifat separuh lelaki pula adalah lelaki yang tidak disempurnakan oleh Allah agama dan akalnya, 
Apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan, dia tidak meminta pandangan daripada sesiapapun sebaliknya dia berkata: 
"Sesiapa sahaja aku boleh mengikuti dan menggunakan pandangannya mengikut kesesuaian", 
menyebabkan kadangkala dia membuat keputusan yang tepat dan kadangkala dia membuat keputusan yang salah.



LELAKI YANG TIDAK BERSIFAT LELAKI
Adapun lelaki yang tidak bersifat lelaki pul ialah lelaki yang tidak mempunyai agama dan akal
fikiran sedikitpun menyebabkan dia sentiasa membuat tindakan yang silap."


Tiada ulasan: