Jumaat, 17 Disember 2010

WANITA BERTUDUNG LABUH


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Allah berfirman,
"Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya" (An Nuur:31)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Al-kisah nya,kejadian kelmarin melihat seorang gadis bertudung labuh di guard Opis buat diri ini tergerak hati pula nak kalam berkaitan wanita BERTUDUNG LABUH.Siapa kah gerangan wanita itu , diri nie sendiri tak tahu - huhu- .Terasa ingin tahu juga siapakah wanita itu,tapi xder niat lain ye.sekadar ingin tahu -hehe- . Walau dah lama fall in love dengan wanita bertudung labuh,baru berkesempatan nak luahkan -haha- . Secara peribadi,terpesona dan teruja plak bila tengok wanita bertudung labuh nie. Ikutkan hati,teringin siotttt nak seseorang macam tuh jadi pendamping diri ini.Tapi kusedari siapa lah diri ini -uhuk- .



Proses menjadi , bukan mencari.
yah,PROSES MENJADI BUKAN MENCARI.
Jangan hanya mengharap dan mencari apa yang kita harapkan,tapi MENJADI untuk dapatkan apa yang kita mahukan.



Nak yang macam tuh , kita kena lah jadi macam tuh kan -hehe- . Maksudnya,bukan diri nie yang harus bertudung labuh ek.Maksudnya kita kena lah jadi terbaik tuk dapatkan yang terbaik juga.Betul kan?? -

Ada sesuatu pada si pemakai TUDUNG LABUH nie.Ada something yang mata kasar kita tak boleh tengok tapi mata hati kita menilai.Tenang bila melihat,terpesona jugak.Nak tengok lama-lama,tak boleh plak.Zina mata -haha- tapi insan seperti diri ini suka juga untuk melihat =.=' . Semakin Labuh , semakin jatuh hati lah plak -haha-

Alangkah bagusnya kalau semua wanita muslim bertudung labuh.Sememangnya tiada nas atau dalil yang mewajibkan pemakaian tudung labuh, tapi faham-fahamlah yang mana elok kan baik dibuat, jangan persoalkan niat orang lain buat macam itu dan macam ini, fikirkanlah untuk kebaikan diri sendiri.Mulakan dengan nawaitu yang betul dan istiqamah la, klu x berjaya, cuba lagi dan cuba lagi. KAN??? -hehe-

Islam tidak mengariskan jenis tudung apa, kain jenis macam mana, apa nama tudung itu. Tapi yang digariskan ialah
  • mesti labuh tutup dada
  • mesti tidak membentuk tubuh
  • mesti tidak nipis/jarang
  • tidak berlebih-lebihan hingga membazir (harga mahal-mahal)
  • tidak menunjuk-nunjuk

`Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu`min: `Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka`. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.` (QS. Al-Ahzah : 59)



Ramai yang kata , wanita berTUDUNG LABUH nie tak semuanya baik.Yah,semua MANUSIA akan melakukan kesilapan dan kesalahan.Sebab nya,MEREKA juga MANUSIA biasa macam kita juga -hehe- .
suka untuk melihat , dan sangat suka untuk sentiasa berprasangka baik pada mereka.




Apa yang pasti , menutup aurat itu WAJIB.Islam itu mudah



p/s suka dengan Oki setiana dewi -kcbh-
-hehe-