Terdapat ralat dalam alat ini

Selasa, 28 September 2010

RABIATUL ADAWIYAH

Mendekati srikandi Islam , Rabiatul Adawiyah...


RABI'AH AL ADAWIYAH
Perindu Cinta Allah


Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq.Merupakan puteri ke 4 dari lelaki bernama ismail adawiyah.Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Beliau hidup dalam kemiskinan dan lingkungan yang serba kurang bahkan ketika Rabiatul Adawiyah lahir,lampu untuk menerangi saat kelahirannya pun tidak ada.Ayahnya merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehingga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.


Ayahnya hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan.Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.


Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan.Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali. Namun begitu, Allah telah memelihara sebahagian kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita.Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.


Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya.


Ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!


“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.


“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.


“Sekalian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”



Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”



Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”


Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”



Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.


Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”







Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”







Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”



Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata :

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”




Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meminta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.


Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.


Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin~



RABIATUL ADAWIYAH by INTEAM

Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai baying-bayang
Gelap walau di suluh cahaya

Pepasir pantai pun berubah
Pabila hakikat melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi

Kau hias rumah kasih abadi
Serik menghiasi singgahsanamu
Kau berjaya merubah segala
Kasih semalam menjadi esok

Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Dari mu Tuhan pencipta alam

Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi ikhtibar

Asmaramu dihampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu

Namamu menjadi sanjungan
Ikutan ummah sepanjang zaman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah






sumber : halaqah.net , novel Rabiatul Adawiyah


Jumaat, 24 September 2010

Yang Dicari Bukanlah Putera Raja , Tapi Putera Agama





....Lelaki idaman wanita solehah ialah seorang lelaki yang buta, bisu, bakhil dan papa...

Khamis, 23 September 2010

Apabila Wahyu Berbicara


SALING MENCINTAILAH HANYA KERANA ALLAH SWT..
SALING MENYAYANGILAH HANYA KERANA ALLAH SWT..
SALING MEMBAHAGIAKANLAH HANYA KERANA ALLAH SWT..
HANYA KERANA ALLAH SWT -LAH YANG DAPAT MENUMBUHKAN RASA CINTA ,
KASIH SAYANG , DAN KEBAHAGIAAN TERSEBUT..



Kita masih belum terlambat.Selagi nafas masih ada,ruang kembali menyintai-Nya terbuka luas.Bagaimanakah caranya.Hayati sifat-sifat Allah Yang Maha Sempurna-pepatah ada menyatakan ''TAK KENAL MAKA TAK CINTA''.Manfaatkan segala pancaindera yang ada untuk mengenal Pencipta.Dari mata turun ke hati,dari telinga terbit rasa sukacita.Lalu dengan lidah,alunan zikir berdendang menyatakan rasa cinta kpd-Nya.Seterusnya,tubuh ikut rukuk dan sujud menyembah yang Maha Esa,penyembahan yang sebenar ikhlas kerana tulus cinta dan kasih kpd-Nya.

Mari kita mulakan langkah untuk membuktikan bahawa Dia yang kita cintai, Dia yang kita sayangi,dan Dia yang sentiasa kita peduli.Walau nanti kita terlantar sakit dengan mata yang tidak boleh lagi melihat,telinga yang tidak mampu mendengar,lidah dan bibir yang tidak mampu lagi mengalunkan zikir atau anggota yang tidak boleh lagi beribadah kepada-Nya,yakinlah bahawa kita masih ada sekeping hati yang sentiasa segar membisikan kalimah cinta kpd-Nya.Hati yang menjadi bahan bukti bahawa hanya Allah,Dia yang paling kita cintai.

LELAKI ITU



Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang bidang, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya..



Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran..


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa..


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah..


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan..


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada di sebalik itu..


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dinikahinya..


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan..


SAHABAT

APABILA KITA BERSAHABAT,JANGANLAH KERANA KELEBIHANNYA..
KERANA DENGAN SATU KELEMAHANNYA,KITA MUNGKIN MENJAUHINYA..
APABILA KITA BERTEMAN,JANGANLAH KERANA KEBAIKANNYA..
KERANA MUNGKIN DENGAN SATU KEBURUKKAN,KITA AKAN MEMBENCINYA..
ANDAI KITA INGINKAN SEORANG TEMAN,JANGANLAH KERANA SIFAT CERIANYA..
KERANA ANDAI DIA TIDAK DAPAT MENCERIAKAN,KITA MUNGKIN AKAN MENYALAHKANNYA..

ANDAI KITA INGINKAN SAHABAT YANG SATU,JANGANLAH KERANA ILMU NYA SEMATA..
KERANA APABILA DIA BUNTU,KITA MUNGKIN AKAN MEMFITNAHNYA..
ANDAI KITA BERSAHABAT,TERIMA LAH DIA SEADANYA..
KERANA DIA HANYA SEORANG SAHABAT,MANUSIA BIASA..
JANGAN DIHARAPKAN TERLALU SEMPURNA..
KERANA KITA SENDIRI PUN TIDAK TAHU APAKAH KITA CUKUP SEMPURNA MENGIKUT KEHENDAK ALLAH SWT YANG SEBENAR-BENARNYA..



BESEDERHANALAH DALAM PERSAHABATAN
INSYAALAH KITA TIDAK AKAN MELIHAT
KELEMAHAN ITU SEBAGAI SATU KELEMAHAN


Taugeh





Mesti ramai suka makan taugeh. nak pulak campur dlm char kuey teow.
hmmm rangup... tapi nak beli taugeh tu kene buat eksperimen dulu la.
beli sket, jgn makan dulu sebaliknya simpan dulu utk 3 hari. pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane. dan kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu.
kepututsan yg mungkin boleh didapati... lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam.
bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing.Dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih berseri.kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang aje.kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja.

ni info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanaman
taugeh dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip.siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk disiram pada pokok2 taugeh tu.

dan kenapa taugeh jadik mangsa? sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat2 terus dlm batangnya.

tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami fotosintesis
semasa proses penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu
barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat2 dari baja.

tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan
tumbesaran bukan secara fotosintesis.tu sbbnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham...

so bagitau la kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2
hanching dgn taugeh2 bumiputera.

Rabu, 22 September 2010

Cinta..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur” 
- Saidina Umar Ibnul Khattab

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Apa Itu Cinta?... Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu. Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.



SIFAT CINTA :

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

CINTA WUJUD SEJAK DILAHIRKAN :
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

CINTA BERSEDIA :
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

CINTA ITU INDAH :
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

CINTA ITU MENGHARAP BALASAN :
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

CINTA ITU MENAKLUKI :
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

CINT ITU MENGETAHUI :
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

CINTA ITU HIDUP :
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

CINTA ITU SUCI :
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

CINTA ITU MEMPESONA :
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.



APAKAH CINTA PERLU BUKTI?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.





Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta, di situ rindu bermula
Cinta itu tidak pernah meminta, tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara, berkorban segala-gala
Semua kerana cinta, yang pahit manis dirasa
Menghibur nestapa, merawat duka, damai di jiwa
Terpadam api benci permusuhan, terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan
Dan jangan pula kerana bercinta, kita pun leka entah ke manaDan jangan pula kerana bercinta, tergadai semua maruah agama..

Cinta yang sejati, hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda, tulus suci selamanya
Cintakan saudara, masa berada hanya sementara
Cinta sesama insan, suburkan dengan ketakwaan



Rabu, 8 September 2010

SAHABATKU..




Kami kehilanganmu,sahabatku..


Hari ini,08-09-10..
Tersentak dari lamunan.
Sahabat ku,hari ini kau meningalkan kami,
Sahabat ku,kau kembali pada pencipta-NYA,
Tidak mampu untuk aku menahan sebak di dada,
Mengalir airmata tanda aku merasa sedih dan kehilangan,
Aku menangis bukan kerana aku lemah,
bukan juga aku tidak ikhlas dengan ketentuan NYA,
Merasa sangat kehilangan,
YAH!aku merasa kehilangan sahabatku..
Kehilangan sahabat yang aku kenali sejak aku kecil,
Sahabat yang membesar bersamaku,
Terasa dan tersentak,
minda dan jiwa ku,
Singkat hidup ini.
Tiada terduga,dan tiada siapa yang dapat mengagak apa yang akan terjadi,
Tidak terasa kehilangan mu.
Seperti baru semalam kau bermain kata dengan kami semua,
Bergurau senda,
tertawa bersama.
Senyum tawa mu,juga kata-kata mu menghiburkan kami.
Sahabatku,memori indah kita bersama,akan terus bersemadi.
Sahabatku,kita pasti akan bertemu,
Di satu tempat di mana kita akan berkumpul bersama,
Perjuangan hidup ini harus diteruskan.
kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mu disana sahabat ku...







Enam maut dalam kemalangan Jalan Raya di Lahad Datu

September 08, 2010
TAWAU, 8 Sept — Enam orang terbunuh manakala enam lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan yang melibatkan empat buah kenderaan di Km 35, Jalan Kunak-Lahad Datu, di sini hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu ASP Bong Kuet Khiun berkata kejadian pukul 10.25 pagi itu melibatkan sebuah van, sebuah kereta Perodua Viva, sebuah lori dan sebuah bas ekspres.
“Identiti tiga yang terbunuh sudah dikenal pasti iaitu penumpang Perodua Viva Azlan Aziz, 17, pemandu lori Norawi Madu, 37 dan anak lelakinya Mohamad Azrul, 14,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Tiga lagi yang terbunuh adalah mereka yang menaiki van iaitu Chin Tet Leong, 30, isterinya Yong Pui San, 24, dan seorang lagi wanita Thien Yuk Lin, 51.
“Kesemua mereka mati di tempat kejadian, manakala enam mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dirawat,” katanya.
Mengulas mengenai kejadian itu, Bong berkata sebuah van dalam perjalanan dari Lahad Datu ke Kunak dipercayai cuba memotong kereta Perodua Viva sebelum dirempuh bas ekspres yang datang dari arah bertentangan.
Turut ditempuh bas ekspres berkenaan ialah Perodua Viva sebelum bas tersebut terbabas ke dalam gaung, manakala lori yang mengekori van dan Perodua Viva juga terbabas ke dalam gaung dipercayai hilang kawalan selepas mengelak pelanggaran dengan bas ekspres itu, katanya. — Bernama
:: kLik sini








Kau Sahabat Kau Teman


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati














Al-Fatihah,buat arwah Azlan Aziz.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang soleh..


Selasa, 7 September 2010

CAHAYA.FM





Diberi pilihan lagi.. Dan pastinya,pilihan yang baik!





Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:

“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Riwayat Ibnu Majah)

Berdasarkan Hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam.
Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian.
Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa.
(al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal. 273).

Kadang-kadang,apa yang di dengar mungkin bawa sedikit sebanyak perubahan kepada diri kita.Cara hidup kita,serta pemikiran kita.

Mungkin kita biasa mendengar siaran IKIM.FM di corong radio.Pilihan utama,jadi pemangkin.
NASYID.FM, yang merupakan siaran online islamik pertama seumpama nya di negara kita.


Melangkah setapak lagi,ke arah Menjihadkan serta menyebar luas dakwah islamiyah buat agama kesayangan kita,islam.
Andai Nasyid.fm siaran online islamik pertama di malaysia,Cahaya.Fm pula siaran online pertama di Sabah.
Radio online internet berkonsepkan Islam yang memutarkan lagu-lagu nasyid sebagai hiburan dan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai santapan rohani serta ceramah-ceramah agama sebagai santapan minda.
Siaran untuk menyampaikan mesej Islam dalam memperjuangkan Islam sebagai agama Allah. Siaran berterusan 24 jam tanpa henti dengan memutarkan lagu-lagu nasyid, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan ceramah terpilih.
Ada masa tertentu yang mempunyai penyampai untuk berinteraksi dengan pendengar.

































CAHAYA.FM ,demi masa..
Boleh didengari di , http://www.cahayafm.net/







Dikendalikan oleh empat orang DJ.





Semoga saja keADAan wadah & medan ini,bawa kebaikan pada warga sabah khusus nya,serta kita semua yang islam bersaudara amnya.
Pilihan dan 'klik' ada di jari anda.. hehe