Terdapat ralat dalam alat ini

Sabtu, 23 April 2011

AZAN : DiLaungkan dalam GEREJA..



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt~
Bila azan dilaungkan di dalam gereja
Bertempat di Universiti of South California
Merdu suara Bilal yang mengalunkan azan nie..
Cuma nya , dy sendiri tidak Tahu apa hukum nya mengalunkan azan di dalam gereja..
Mungkin ada sesiapa yang punya perkongsian , boleh kita kongsi bersama..








~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SEDIKIT PERKONGSIAN BERKAITAN AZAN :



Maksud kalimah-kalimah ini mengikut ulama adalah lebih luas daripada tujuh lautan tetapi secara ringkas ialah bahawa Allah mengatasi segala-galanya dan bahawa Tuhan hanyalah satu dan Muhammad adalah rasulnya. Lakukanlah solat untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Bahawa Allah adalah di atas segala ciptaanNya dan bahawa Allah hanya satu.



Dari segi sejarahnya, dikisahkan Azan mula diamalkan pada tahun pertama hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah pada abad ketujuh Masehi.



Mengikut Hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar bin al-Khattab r.a. tiada orang yang menyeru atau melaungkan Azan ketika orang Islam berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang pada mula-mula umat Islam berhijrah ke Madinah.

Ini menyebabkan pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah.

Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmat

Pada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompet dan ada juga yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namun semua usul itu ditolak Nabi Muhammad s.a.w.

Umar kemudian mencadangkan supaya diteriakkan ayat "telah datang waktu solat" dan ini diterima Nabi, tetapi Baginda menukar lafaznya kepada "assolatu jamiaah" yang bererti "Marilah solat berjemaah".

Sehinggalah pada suatu malam Abdullah bin Zaid bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk menghebahkan solat dengan mengumandangkan Allahhu Akbar (dan seterusnya...)

Semasa diberitahu kepada Rasullullah s.a.w pada paginya, (Umar juga menyatakan bermimpi yang serupa), Baginda bersabda: "Mimpi itu mimpi yang benar", maka Nabi memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan itu.

Untuk solat Jumaat, Azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama menandakan masuk waktu Zohor untuk memanggil orang Islam ke masjid dan kali kedua sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat.

Begitu juga Azan Subuh diamalkan semasa zaman Rasullullah s.a.w. dikumandangkan dua kali seperti yang dilakukan di Masjidil Haram -- pertama selepas berlalunya separuh malam untuk memberitahu muslimin bahawa waktu Subuh sudah hampir dan waktu itulah mereka digalakkan bersembahyang sunat tahajjud dan sebagainya atau bersahur untuk berpuasa. Azan kedua diperdengar ketika masuk waktu Subuh dengan tambahan lafaz "as-salatu khayrun min an-naum (solat itu lebih baik daripada tidur).

Selain untuk tujuan sembahyang, Azan sunat diamalkan untuk dibisikkan ke telinga bayi lelaki baru lahir atau suatu ketika dulu sebagai isyarat untuk memaklumkan kepada umat Islam waktu mudarat atau bahaya seperti bencana alam, kebakaran dan perang.


FENOMENA AZAN

Namun yang menarik perhatian ialah keajaiban yang banyak dibincangkan termasuk di Internet bahawa Azan berkumandang 24 jam di seluruh dunia berdasarkan perbezaan waktu dan tempat.

Ribuan bilal akan melaungkan seawal kira-kira 5.30 pagi, Azan Subuh yang bermula di bahagian timur, Indonesia dan proses itu akan bergerak ke barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan waktu timur dan barat kepulauan Jawa adalah 90 minit.

Belum pun laungan Azan itu selesai di seluruh Indonesia, mengikut perkiraan, ia akan bergema di Malaysia, kemudian disambut di utara, di Myanmar, China dan seterusnya.

Dalam tempoh satu jam bermulanya Azan Subuh di Jakarta, Azan akan bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India.

Belum berakhir di Pakistan, laungan Azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad, Iraq dianggarkan satu jam, maka dalam jangka masa ini juga Azan Subuh dikira akan dilaungkan di Emiriyah Arab Bersatu, di tanah suci Mekah dan Madinah dan negara-negara lain.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah, tetapi sebelum Azan Subuh bergema di situ, Azan Zohor sudah berkemundang di Indonesia semula.
Begitulah seterusnya bilal-bilal di serata pelusuk dunia akan sahut menyahut melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w setiap detik, sepanjang waktu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




10 ulasan:

oneTieyha berkata...

perkongsian yg baek..tp sy pon x tau pe hukum azan dlm gereja..

mujahid berkata...

Rasa nya xpa kot.. dy cari2 juga hadis brkaitn nie.. bertnya pada yg yg berhaq.. x jumpa lagi..
Azan stu laungan yang dilaungkan brtujuan sbg isyarat kepada tanda atau masa untuk kita sujud pada Yang Esa.. mana lah tau kan.. orang di dalam tuh dok dengar dan tiba2 dengan izin Allah swt.. terbuka hatinya mengucap dua kalimah syahhadah deq kemerduan dan perincian azan itu sendiri.. wallahualam~

Woofer Storm berkata...

pasal fenomena azan tu penah dgr,memang hebat ciptaan tuhan,sebab tuhan menjdikannya sesuatu pasti bersebab..

*kurang pasti pulak hukum azan kat gereja, sy ni serba kekurangan,..
follow sni ye..

Inspirasi HatiQ.. berkata...

salam ziarah..^_^

kit0ranG kat sini(Insaniah University College) bLajar amek kos syariah..s0,ad Lar bLajar cket saL tjuk ne..sya tya nGan akQ tahun3..di0ranG ada bLajar saL hkum s0Lat daLam Gereja..n ms0k cket bab azan ne..

cam ni..xle azan@solat dalam greja slagi dalam gereja tue ada tanda salib kar..ptung2 kar..ntah Lar..akaQ tue ckp,ad Gak greja yG ndak da saLib dLmnya..p,ndak taw d mna..law m0 jgak azan@s0lat,cari tmpat suci..cnt0hnya cam atas tanah di luar greja tue..sebabnya,ada dalam Al-Quran..p akaQ tue ndak eGat ayat Al-Quran yG mna..p byinya lbih kurang camni..

"ALLAH MENJADIKAN SEMUA TANAH ITU ADALAH TEMPAT YANG SUCI"..

Law dy ad kLapaGan,ble lar try2 cri dam Al-Quran k..

SEKADAR PERKONGSIAN BERSAMA..^_^
wassaLam..

mujahid berkata...

inspirasi hatiqu :
hehehe.. tuh yang dy cari2 jugak hadith yg berkaitan soal tuh..
x trjumpa lagi.. kalau terjumpa or teringat.. habaq2 lah ek.. arituh dy tgk dowg dok bahas soal nie.. kata x haram plak.. ntah.. mungkin sbb mazhab??.. Tuh yg dy pun nak kpastian soal nie.. soal gereja xdaq salib tuh.. memang ada cabang kristian yg x guna salib.. kristian jnis SDA kalau dy x silap ( kalau salah, maaf lah ek )... pngamalan ajran dowg lebih kurang mcm islam..
tapi,yg pasti bukan islam lah.. se akan jak.. Gereja basel.. kalau nak tengok.. Tapi dy tengok skrg ada juga gereja basel yang guna salib.. hehehe.. tuh yg dy tau lah.. coz dy pon tau dr kwn2 dy yg non muslim..

pa pun.. trima ksih prkongsiaan nya.. ^_^

Inspirasi HatiQ.. berkata...

salam ziarah..:)

sma2..0o..gitu ea..bgus ek..byak yg dy taw..:pa pLak..akQ sni0r tue ad ckp..try bca bku 4mazhab..insya'ALLAH bLe dpt byak inf0 kt c2..

mujahid berkata...

inspiras hatiQu :
baik lah.. insyaALLAH.. dy try cri tuh buku.. tenkiu lek.. hehe

Muhammad Nurfirdaus berkata...

subhanallah!!

Tanpa Nama berkata...

Saya pernah mendengar pengalaman seorang pelarian dari Kemboja Islam yang menceritakan mereka dipaksa untuk menunaikan solat di gereja oleh pihak vietkong yg menceroboh negara mereka...lalu mereka pun bersolat..apabila saya tanya sahkan solat katanya sah sebab kita berniat solat kerana Allah...tp jgn tanya saya solat yg macammana dia buat..jd x salah le kot azan dlm gereja.

Tanpa Nama berkata...

ANDAI SESUATU YG BAIK ITU KITA SAMA2 MENGGALAKKAM DAN YG MANA XBAIK TU KITA TOLAK JAUH2... MANA KITA TAHU BILA AZAN INI SELALU DI LAUNGKAN DLM GEREJA MAKAN LAMA KELAMAAN TERBUKA HATI PARA PENDETA ITU DAN YG HADIR UTK MEMELUK ISLAM KERANA KEINDAHAN YG ADA DIDALAM NYA... DULU ADA KISAH ANGKASAWAN RUSIA PERGI KE BULAN... DAN APABILA DIA DISANA TERDENGAR SATU LAUNGAN YG SGT KUAT N INDAH DI AMGKASA LEPAS... APABILA BELIAU PULANG KE BUMI DIA MENCARI2 LAUNGAN SUARA ITU RUPA2NYA ADALAH LAUNGAN AZAN... WALLAHUALAM..