بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt..
IMAM MUDA kembali lagi untuk musim Kedua.Majlis pelancaran telah diadakan pada 18-04-2011 bersiaran langsung dari astro oasis.
Pelancaran bermula dengan persembahan oleh sembilan imam muda musim pertama mengalunkan shalawat burdah.Seterusnya,persembahan Almawlid gabungan kump. Ruffedge dan Innuendo.
Pelancaran majlis Imam Muda musim kedua di hoskan oleh Abu Talib Husin.
MUDIR :
Dato hj.Hassan Mahmud al hafiz
MURSYID :
Nama : Ikmal Zaidi bin Hashim
Umur : 36 tahun
Tarikh Lahir : 10 September 1975
Tempat Lahir : Melaka
Kelayakan Akademik
• Sarjana Usuluddin, Jabatan Al-Quran & Al-Hadith (Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)
• Sarjana Muda Kepujian Al-Qiraat dan Ulum Al-Quran (Fakulti Al-Quran dan Al-Qiraat, Universiti Al-Azhar, Mesir)
• Sarjana Muda Kepujian Al-Qiraat Maahad Al-Qiraat Al-Azhar, Shobra, Mesir
• Sanad Al-Quran Riwayat Hafs ‘An ‘Asim (Talaqqi & Hafazan)
Kerjaya
• Pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
• Bekas Pensyarah Jemputan di Darul Quran (JAKIM), Kuala Kubu Baru, Selangor
Pengalaman
• Tenaga Pengajar dan Ahli Unit Penerbitan, Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia
• Pewasit Penterjemahan Buku Mukhtasar al-Zubaydi INHAD, Institut Kajian Hadis KUIS
Nama : Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
Umur : 32 tahun
Tarikh Lahir : 14 Januari 1979
Tempat Lahir : Selangor
Kelayakan Akademik
• PhD, Fakulti Pengajian Islam, UKM (dalam proses)
• M.A Pangajian Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM
• B.A (Hons) Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir
• Diploma Syariah dan Bahasa Arab, Kolej Badaruddin Al-Hasani
Kerjaya
• Pensyarah Fiqh Ibadah dan Semasa, Jabatan Syariah, UKM (2007 – sekarang)
• Pensyarah Jabatan Syariah, Kolej Universiti Islam (2005-2006)
Pengalaman
• Penasihat Agama Saudara Baru JAWI
• Penceramah jemputan program-program JAKIM, pihak kerajaan dan swasta di seluruh negara
• Penceramah jemputan di program Astro dan stesen televisyen lain
•
Nama : Tuan Asmawi Tuan Umar
Umur : 35 tahun
Tarikh Lahir : 1 Ogos 1975
Tempat Lahir : Selangor
Kelayakan Akademik
• B.A (Hons) Pengajian Islam (Bahasa Arab & Permodenan Islam),Universiti Kebangsaan Malaysia
• Diploma Bahasa Arab dan Kesusasteraan, (KUSZA)
Kerjaya
• Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah JAKIM
• Penolong Pengarah Perhubungan Awam , bahagian Hub Halal, JAKIM
• Penolong Pengarah, Perhubungan Awam JAWI
Pengalaman
• Juri Anugerah Seri Angkasa 2004,2005 & 2006 – Kategori Radio
• Tenaga pengajar Bahasa Arab dan Tamadun Islam di Universiti Putra Malaysia
• Penasihat Media kepada Islamic Relief Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Nama : Zulkefli Bin Hamat
Umur : 38 tahun
Tarikh Lahir : 1 Januari 1973
Tempat Lahir : Kelantan
Kelayakan Akademik
• M.A Pengurusan Sumber Manusia UPM
• B.A (Hons) Usuluddin Dakwah dan Pembangunan Insan UM
• Diploma Perguruan Pendidikan Islam / Muzik, MP Kuantan
Kerjaya
• Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
• Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Malaysia
• Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
• Penolong Pengarah Bahagian Pelajaran, JAWI
Pengalaman
• Jurulatih Dakwah Kementerian Pelajaran Malaysia
• Fasilitator kursus untuk badan kerajaan dan swasta
SENARAI IMAM MUDA MUSIM KEDUA :
- Wan Najdi wAN Mohd noh,20 Berasal dari Kelantan.seorang guru tarannum.
- Mohd Azlan Zulkarnain,25 berasal dari Cheras Kuala Lumpur.Seorang Jurutera.
- Mujahid Suhaimi,20 Berasal dari Singapura.Bekas ahli gimnastik(seorang pelajar)
- Ammar Wan Harun berasal dari Alor setar,Kedah.
- Mohd Fakhrrurazi Hussin,27 berasal dari Terengganu.
- Nazrul Izwan,26 berasal dari Segamat Johor.Seorang guru besar.
- Mohd Hassan Adli Yahaya,26 berasal Air Tawar Perak.Seorang pensyarah
- ZulFadhli Awang,24 berasal dari kg.Rimba Brunei darussalam.Seorang pegawai Masjid
- Ali khairudin abd marif,26 berasal dari Sabah.seorang guru kafa
- Abdul Fattah Riddzwan,21 berasal dari Negeri sembilan.Seorang Fasilitator.
10 ulasan:
erk,,ada nama MUJAHID gak ker???
adyva :
ada.. Tapi bukan mujahid yang nie lah.. hehe
ada tak gambar peserta2 imam muda ni???
wanie :
xde lagi.. kalau dah ader,nnti dy akan uploud ek..
salam ziarah..akak ambik nama peserta..akak bagi kredit blog kamu yer
kak ina :
salam ziarah kak..
terima kasih.. sharing is caring kak.. ^_^
Salam ukhwah..
Dtg lawat gang wasaber..
Tak dpt mau tgk musim kedua..
Stay hostel, xda TV.. huhu~
Btw.. nice info..
Follow u~ Jom tgk blog aku anak mak http://renunganask.blogspot.com/
bole sesiapa bagitahu tak ..tajuk lagu yg edry cipta untuk tema imam muda musim kedua ini.tq
Hambamu by mawi ft ustz akhil hayy..
ash.
salam taaruf geng.. hehe
ndak pa.. tgk utube.. ndak pon tgk jak d page rasmi imam muda.. ehehe
terima kasih yah geng.. hehe
Catat Ulasan