Terdapat ralat dalam alat ini

Ahad, 30 Januari 2011

Inshaallah versi MELAYU by Maher Zain





Leh x kowg imejin kalo MAHER ZAIN nyanyi lagu melayu??
syokkkkk ke x ek..
BEST !..
-JoM lAyAn-




............................................................................

Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah... InsyaAllah...
InsyaAllah... Ada Jalannya...

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...

[chorus]

Kembalilah....
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah...
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar...Jalan yang benar..
Jalan yang benar...

[chorus]



Melodi: Maher Zain
Lirik: Maher Zain & Bara Kherigi
Susunan Muzik: Maher Zain & Hamza Namira
Lirik Melayu: Frizdan
............................................................................






video



p/s :
bravoo akhi fairuz !.. nice video..

Sabtu, 29 Januari 2011

Al-kisah Cinta Hari Ini




.........................................

Ini lah kisah cinta terhebat abad ini..
bukan nak bohong atau nak tipu..
inilah realiti yang harus ditempohi..

Bila cinta itu bersemi..
kentut pun bau wangi...
Bila cinta itu mati...
bau ketiak pun jadi isu...

Bila cinta itu mekar..
jerawat batu pun nampak sweet..
Bila cinta itu layu..
jerawat yang tumbuh..kau kena maki...

Bila cinta itu suci..
kau tomboi pun nampak ayu...
Bila cinta itu rosak..
pakai tudung pun nampak macam hantu...

Bila cinta itu putih..
kau nak ape saja.. petik jari...
Bila cinta itu penuh warna warni..
kau nak ape..?? belilah sendiri...

Bila cinta dan sayang itu ada...
peluk kuat-kuat pun tak apa..
Bila cinta ada racun...
nak pegang tangan pun kena bekira...

Bila cinta itu berbunga..
sms.. bergayut 2,3 hari pon tak apa...
Bila cinta itu luruh..
nak balas sms pun kena check kredit...

Bila cinta hari ini..
belum tahu akan esok...
Bila cinta hari esok..
belum tentu kekal abadi...

.........................................






P/S
: DAPATKAN CINTANYA , SURE CINTA YANG LAIN PON KITA AKAN DAPAT...

Kenali LELAKI , Kenali WANITA



Lelaki itu.. wanita itu..
Senang jak bah kan nak beza lelaki dan perempuan.Tiap lelaki tahu apa yang patut dipakai untuk menampakkan dia tuh lelaki.Wanita pun sama lah jugak kan.Dia berjilbab,makna nya dia wanita.Dia berkopiah,makna nya dia lelaki.Walaupun,ada jugak yang sebaliknya!
-huhuhu-
Kita tahu siapa kita,kita tahu apa yang kita patut tahu..
Tapi,tidak ramai yang tahu,dan mungkin ada yang dah tahu apa sebenarnya TANGGUNGJAWAB sebagai seorang lelaki dan wanita.
Ku tahu ku sampaikan,Sharing is caring.Harap-harap ku amalkan lah jugak kan..
-huhuhu-



............................

Bah,jom kita ngurat-ngurat sikit diri kita nie..
-hek!-

............................








-Lelaki-


1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis

bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3.Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawabkeatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik

pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.

Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yangbergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.





-Wanita-


1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).

7. - Talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haiddan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dengan seorang wanita.

9. - Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

10. - Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak.

11. - Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).



................................




Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap

4 wanita ini:

Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.



Manakala seorang wanita pula, tanggungjawabterhadapnya ditanggung oleh

4 orang lelaki ini:

suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.




................................




Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu

Syurga yang disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja :

Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat

suaminya dan menjaga kehormatannya.




Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan

tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.










Jumaat, 28 Januari 2011

OFFICE paling best kat Dunia..


Teruja dengan office Google,


Rupa-rupa nya ada lagi office yang best-best !..
Dok ushar-ushar,dan ini jadi pilihan..
Aku rasa ini antara office yang aku rasa de-BEST .
Ikut Mata aku lah -huhuhu-
Jom kita belayar,dok angan-angan bekerja kat Office nie..
-haha-


.....................................................
-JoM LaYaN gAmBaR-
.....................................................




FACEBOOK DI US





SELGAS CANO ARCHITECTURE DI SPAIN


SKYPE DI ESTONIA

skype office Creative & Modern Office Designs Around the World




SWATCH DI SWITZERLAND

Swatch headquarter Creative & Modern Office Designs Around the World




REDBULL DI UK

Red Bull HQ London2 Creative & Modern Office Designs Around the World





M MOSER DESIGN DI HONG KONG

Moser Hong Kong office Creative & Modern Office Designs Around the World




BASE ON GROUP DI UK

Base One Group2 Creative & Modern Office Designs Around the World





NENDO DI TOKYO

Contemporary Office Space Creative & Modern Office Designs Around the World





SYZYGY-company pengiklanan- DI UK

Syzygy Hamburg Creative & Modern Office Designs Around the World




DER TANK DI ESTONIA






DIGG DI US

digg office Creative & Modern Office Designs Around the World




TWITTER DI US

twitter office2 Creative & Modern Office Designs Around the World




GENERAL MOTOR

Harley Earl Office Creative & Modern Office Designs Around the World







Macam mana??? Best tak office-office nie semua??
Rasa nya,di Malaysia nie pon ada jugak.Gambar je xde kot..
-hehehehe-




Offfice Google Yang Best gilak !..

Opis aka office kowang syokkk x?? bestt ?? selesa x nak koje??
Nak kongsi antara opis yang bessssttt gilak !..
OPIS GOOGLE YANG BEST !
Jeles dowh~
Google,terkenal dan disukai semua.Bukan makanan,bukan artis,bukan juga tempat honeymoon okey!.
-huhu-
Google,Satu pencarian yang terkenal di alam maya aka internet yang kini berada di rating paling atas mengalahkan Yahoo.
fuyyyyyyyoh~
Mempunyai ribuan tenaga kerja di seluruh benua,dan rasa-rasa nya x leh nak muflis kot.
-huhu-
Info paling beeest !
Kuala Lumpur,telah dipilih menjadi bandaraya kedua selepas singapura di Asia Tenggara untuk lokasi kewujudan Office Google.
Dan........ adakah opissss paling bestttt gilak akan berada di kuala lumpur jugak???
-hahaha-
Mungkin lah...... Kalau yah,sure Siok kerja kat opissss gilak gaban macam nie !
-hahaha-


.......................
-jOm LaYaN gAmBaR-
.........................



OPIS GOOGLE KAT SINGAPURA !














OPIS GOOGLE KAT ZURICH

Google Office in Zurich

Google Office in Zurich - Entrance

Google Office in Zurich - Reception Waiting Area

Google Office in Zurich - Meeting Igloo 1

Google Office in Zurich - Meeting Igloo 2

Google Office in Zurich - Working Area







OPIS GOOGLE KAT HONG KONG

photoes of google hongkong office

http://www.besteast.com/blog/wp-content/uploads/2010/04/google-hongkong-office-photoes6.jpg

http://www.besteast.com/blog/wp-content/uploads/2010/04/google-hongkong-office-photoes10.jpg

http://www.besteast.com/blog/wp-content/uploads/2010/04/google-hongkong-office-photoes12.jpg

http://www.besteast.com/blog/wp-content/uploads/2010/04/google-hongkong-office-photoes11.jpg







OPIS GOOGLE KAT MALAYSIA???

-Dalam proses.. agak-agak,mesti bestttt jugak kan !








p/s :
-Keselesaan di tempat keja buat kita seronok nak g keja..
-produktiviti pon meningkat,asal x layan sangat dengan kesiokkan yang ada lah.. -haha-
-Jom kerja kt GOOGLE !.. -haha-

Khamis, 27 Januari 2011

5 perkara tentang KUBUR





Kuburan setiap hari menyeru manusia sebanyak 5x:


1. Aku rumah yang terpenciL ,

maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.


2. Aku rumah yang gelap ,

maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.


3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu ,

bawalah amal soleh yang menjadi hamparan


4. Aku rumah ular berbisa ,

maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar


5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir ,

maka banyakanlah bacaan "La ilaha illallah Muhammadar Rasulullah"






Isnin, 24 Januari 2011

Lumpuh dek Gigitan Asmara aka LOVE BITE !



ehem!..

entry yang agak hot jugak lh untuk di share untuk kali nie..

Sememangnya ISLAM itu indah,Larangannya sememangnya,penuh hikmah!..

Siapa antara kita yang suka buat gigitan asmara AKA love bite tu..

stop2 lah yah..Dah DOSA pon dapat, Bidak aka jelek(x lawa) di pandang mata lagi !

-peringatan untuk diri nie terutama nya-

Terbaru,samaada betul atau tidak info nie..

Love bite nie,MEMBAHAYAKAN kesihatan jugak !

-astagafirullahulazim-



...........................................................


AUCKLAND: Seorang wanita dilapor separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung akibat gigitan asmara yang dilakukan kekasihnya.

Kejadian itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.

Wanita yang yang tidak disebutkan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Doktor mengesyaki dia diserang sakit jantung tetapi pada mulanya tidak dapat mengesan puncanya.

Mereka kemudian mendapati kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemui punca serangan sakit jantung berkenaan - kerosakan pada pembuluh darah pembentukan darah beku akibat gigitan asmara itu.

Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok. - DM


...........................................................




p/s : Tak kah malu kalau orang tahu eksiden sebab LOVE BITE nie..

Paling penting,Malu lah padaNYA...




Sabtu, 22 Januari 2011

Fadhilat Menjadi seorang ISTERI




Isteri solehah,dambaan tiap2 insan bernama Lelaki,termasuk aku !
-hehe-
Telah di anjurkan dalam Islam,etika dan cara-cara untuk menjadi seorang ISTERI solehah.
Mudah! itu yang aku boleh katakan.
Andai dipatuhi,green light tuk ke syurga.
"wanita paling mudah ke syurga,juga paling mudah ke neraka "




ANTARA FADHILAT SEORANG ISTERI :


Memberi/membuat segelas air untuk suami,Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun


Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami,Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah


Perkhidmatan yang diberi pada suami,Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus


Menghamilkan benih suami,Fadhilat : mendapat pahala syahid


Isteri mandi Junub dengan suami,Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin


Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak,Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. Dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.


Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan,Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah


Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!






'Wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah.. Yang akan membahagiakan syurga di dalam rumahtangga '


Jumaat, 21 Januari 2011

Terbakar dalam Sejuk , Banjir dalam Kepanasan , Salji Dalam Gurun

Tanah Arab,apa yang terlintas di fikiran kita??
kepanasan,suhu yang tinggi,kontang,padang pasir,sumber air yang terhad.
Bayangkan,andai SALJI di tanah arab.Apa kata anda??
tak yah membayangkan,sebab peristiwa nie fenomena yang benar-benar terjadi !

Kita Telah ditunjukkan dengan pelbagai fenomena alam yang tidak diterima aqal,tapi tidak kuasaNYA.Peringatan untuk kita semua telah ditunjuk,macam mana pula dengan tindakan dan hati kita?? Tidak sampai sebulan,kita dikejutkan dengan deretan pelbagai peristiwa fenomena alam yang menjadi hints untuk kita muhasabah diri kita.Dimana kita akan berada,tidak lama lagi.Bermula dengan Hutan di israel terbakar dikala musim sejuk !!


seterusnya Banjir besar di benua Australia dikala sepatutnya musim Panas !!
Dan Peristiwa yang baru-baru terjadi,
SALJI TEBAL di Tabuk utara Riyadh,Arab Saudi !!!







Tanda-tanda bagi yang Celik , Pelik bagi yang buta..









Sumber :
- http://pinkturtle2.wordpress.com/2010/12/03/31994/
- http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=516473&extra=page%3D1
- http://www.facebook.com/album.php?aid=269718&id=686346870&fbid=499251881870#!/album.php?fbid=499251881870&id=686346870&aid=269718

4 Golongan lelaki yang ditarik ke NERAKA






Ayah

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia.

Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.

Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, maka dia akan ditarik oleh anaknya.





Suami

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.

Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,

Andai si suami mendiam diri, biarpun dia seorang ya warak dan alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.





Abang @ saudara lelaki

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya @ saudara lelakinya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik/kakak perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, maka tunggulah tarikan adiknya/kakaknya di akhirat.






Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak, maka nantikan tarikan ibunya.






p/s : Muslimah@Wanita

Wahai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda.

Kasihanilah mereka seperti kamu kasihani diri kamu sendiri.

Jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas.

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik ke Neraka Jahanam.

Insaflah...Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.