Jumaat, 21 Januari 2011

4 Golongan lelaki yang ditarik ke NERAKA






Ayah

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia.

Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.

Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, maka dia akan ditarik oleh anaknya.





Suami

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.

Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,

Andai si suami mendiam diri, biarpun dia seorang ya warak dan alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.





Abang @ saudara lelaki

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya @ saudara lelakinya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik/kakak perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, maka tunggulah tarikan adiknya/kakaknya di akhirat.






Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak, maka nantikan tarikan ibunya.






p/s : Muslimah@Wanita

Wahai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda.

Kasihanilah mereka seperti kamu kasihani diri kamu sendiri.

Jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas.

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik ke Neraka Jahanam.

Insaflah...Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.


Tiada ulasan: