Jumaat, 6 Mei 2011

Bila TOK GURU berbicara soal CINTA dan JODOH



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Dikahwini  wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, 
keturunannya, kecantikannya dan agamanya.  Maka utamakanlah (dalam 
pemilihanmu itu) wanita yang kuat  beragama, nescaya sejahtera hidupmu” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt~
Hadith di atas meriwayatkan tentang pemilihan tentang ciri-ciri wanita yang 
akan dijadikan sayap kanan kehidupan bagi seorang lelaki.
Wanita yang kaya,  berharta, berdarjat tinggi ,cantik jelita dan paling penting kerana Agama Dan ketaqwaan nya.

Bila TOK GURU berbicara soal CINTA dan JODOH , dy pun jadi tertarik untuk merepek berkaitan nya.




Andai saja diberi statistik pencarian cinta aka jodoh itu mengikut islam dia macam nie :

Agama dan taqwa
Cantik , keturunan , Harta..


Ini pula statistik mengikut apa yang kita MAHU kan pada zaman ini dalam pencarian cinta aka jodoh :

Cantik , Harta , Keturunan..
Agama dan Taqwa




Sila lihat perbandingan dimana letaknya kedudukan agama dan taqwa itu secara Realiti hidup ini??
Kenapa begini?? Kenapa begitu??

Andai dikata pemilihan pada zaman nie,akan ramai yang menjawab nak mencari yang cantik/handsome.
Harta banyak.. HOHO..
Tak dinafikan aku juga tergolong dalam spesis macam tuh.Kenapa?

Pertama nya kita salahkan diri kita sebab berperangai dan suka memandang luaran berbanding dalaman sesuatu.kenapa?
sebab itu memang fitrah kita yang suka kan sesuatu yang cantik dan sedap mata memandang..

Kalau difikirkan secara waras,akan berkekalan kah cantik itu?? Lama-kelamaann akan beruban juga..
Andai cantik itu yang dipandang,akan hilang kah cinta itu andai cantik itu juga turut hilang??

Kalau saja taqwa dan peribadi yang mulia itu dipandang.. Yah,tidak akan kekal jugak taqwa dan peribadi mulia itu sebab manusia itu letak khilaf dan dosa.Tapi sekurang-kurang nya kebaikan diri itu akan menjadi satu tali pemegang pada cinta antara pasangan.. Chewah!.. HEHE

Kesimpulannya macam nie..
Biar cantik dalam , maka otometik/secara tidak langsung anda akan cantik di luar juga..
Bila sekadar cantik Luar tapi jelek di dalam , lama-lama akan terserlah Kejelekkan itu.. 


Kedua nya,nak tak nak kita kena salahkan persekitaran kita nie.
(walaupun hakikatnya yang membentuk persekitaran tuh adalah kita juga)
makna nya,tetap kita juga yang bersalah.

Kenapa dy cakap macam tuh????
Ok,mari kita lihat realiti Hidup zaman ini..
Kata lah sedara atau sesiapa saja yang hendak berkahwin..
Apakah soalan Popular / hot yang akan ditanya ??

Apa pekerjaan bakal-bakal si polan tuh?? 

cantik kah ?? / handsome kah ??
( Soalan RANKING tinggi nie)


Macam mana dengan Agama bakal-bakal si polan tuh?? 

soleh tak ??  / solehah tak ??
(Selalu dengar tak pertanyaan macam nie?? )


Secara psikologi nya bagi kita yang belum bernikah aka masih bujang nie yang sudah lali dan kerap mendengar pertanyaan macam nie.. 
Sure akan mencari yang ......................... ( Tanya diri sendiri ek) HEHE




Ok,kita dengar dan amik mana Input yang baik,kita cedok dan jirus-jirus di dalam aqal kita nie.. HEHE





p/S : 
Sebenarnya entry ni seperti biasa nya dy dedikasi dan qalamkan untuk diri dy terutama nya..
Kalau rasa baik , ambil dan cedok2 lah sikit.. Kalau ada yang salah,Hang tegur lahh yah.. HEHE




1 ulasan:

Nur Adibah Kamarul Baharin berkata...

Assalamu'alaikum... Entry Yang Menarik...! Perkongsian Yang Tok Guru Berikan.. Best3...! Yang Penting apa...??? AGama, ketakwaan seseorang itu baik lelaki atau perempuan, boleh membimbing antara satu sama lain & saling menerima kelemahan dan juga kekurangan pasangan... yelah, manusia di dunia ni xde yang smpurna.. ye takk..??? hehehe.. Wallahu'alam...~ =D ~