"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"
Aliyah yang
sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu.
Adakah
pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah
dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah.TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah
ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang...
Dia
memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian
tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas
menujuke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk
perlahan.Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin
hariannya,mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu,
semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.
Kini,anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik
puterabujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.
Pengabisannyadia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali isterinya.Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun,kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbirkesetiausahaan di
jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah..
"Kau mampu Asraf,
dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan2 keluarga,"
sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia
berdepan dengan Aliyah.
" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup
bermadu jika itu yangditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang
yang mampu memimpin Qis,"
masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir
ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi,selesai solat
subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman,
dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai,
penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
"
Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa
dengan wanita tu,"
Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia
tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna,
baik tetapi hatinya kini sedang mengilai wanitayang jauh lebih muda.
"Bawa
dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,boleh?"
pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya
itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju.Sebab, dia yakin
isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya
dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu
wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah
periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni,
isteri-isteri lebih bijak.
Teringat dia kisah seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah
perkahwinan yang tidaksempat dilangsungkan. Dan dia, hanya mendapat senyuman
daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,"
terjegil bulat mata Qisyang berwarna hijau. "
Kak Aliyah yang minta,"
masih lembut dia memujukQis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan
Qis?"
"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!"
terkejut Asraf
Mukmin.
"Percayalah Qis,Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama
hidup dengannya. Abang faham,"
Qistina mengalih pandangannya.
Mahu
apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan
pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.
Heh, ini Qistina
lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku.
Desis hati kecil Qistina.
Hari
ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui kemana Qistina
pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantarQistina untuk
ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di
Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik.Sekian lamanya
dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu,
sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersamadengan
Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid.Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman
Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi
dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.Seharian di Masjid Putra,
dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam
Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air
matanya. Hatinya masih tertanya-tanya,apakah yang telah terjadi pada
hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada
kurangnya layanan Aliyah.Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya
hal calon madu Aliyah.
Tit tit...
sms menjengah masuk ke kantung
inbox telefon bimbitnya.
"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang
jadikan isteri.
Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis
sehebatnya untuk bersama Abang."
Dibawah telefon bimbitnya, ada sekeping sampul besar.
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...
---------------------------------------------------------------
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Salam
sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi
jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang
Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan
penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model,
dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-
bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang.
Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa.
Sedangkan dosa Abang sendiripun, masih belum termampu untuk dijawab di
akhirat sana , apatah lagiAbang nak menggalas dosa org lain.
Aliyah
sayangkan Abang...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak.
Memang pandai dia masak, apatahlagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan
Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak
tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah
masih ingat lagi,masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran
western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu,
anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan
la pula anak-anak kita.
Aliyah sayangkan Abang...
3. Aliyah
ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.Aliyah minta
dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu padazuriat Abang yang
lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untukmengajar anak-anak Abang
untuk menjadi imam dan imamah yang beriman.Tapi, kalau dia sendiri pun
kelam kabut memakai telekung...
Aliyah sayangkan Abang...
Abang
yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu
persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1
hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik
memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang
yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami.
Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke
Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang
ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa
nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak.Menunggu Abang...
Aliyah
sayangkan Abang...
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum
cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang
setanding denganAliyah...
Aliyah sayangkan Abang.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang baik disisi Abang.. Tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah
---------------------------------------------------------------
2 ulasan:
jemput2
Jom join contest senang ni, menang sehingga RM500 =)
sangat menarik!:)
Catat Ulasan