Jumaat, 20 Mei 2011

INI CERITA BERKAITAN C.O.U.P.L.E






بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt..


Ini kisah antara seorang rakan yang bertanya kepada rakan nya mengenai rakan nya..

“Bagaimana ya saya nak menegur kawan perempuan saya yang bercouple?”


Saya tersenyum. Saya soal semula kepada dia: 
“Kamu bercouple tak dengan kawan perempuan kamu itu?”

Eh? Saya tersengih. Mesti dalam kepala dia, dia fikir pelik. Hilal Asyraf suruh orang jadi lesbian ke? Haa… tersilap la kalau fikir macam itu.
Apakah maksud saya?


Couple dan  kasih sayang : 
Mengapa bercouple?
Jatuh cinta. Mungkin itu satu jawapan yang popular.

Tetapi bagaimana boleh sampai bercouple? Pastinya ada ‘tragedi’ urat mengurat.
Apa yang ada dalam seni mengorat ni? Ungkapan-ungkapan sayang, hadiah-hadiah yang mengisi kasih, momen-momen indah yang tak dapat dilupakan, ambil berat dan pemberian perhatian, serta banyak lagi perkara yang didahagakan oleh fitrah manusia.

Itulah dia yang membawa kepada bersatunya dua manusia di atas nama couple. Apabila berada di alam couple, berganda-gandalah lagi keindahan itu. Setiap kali birthday disambut dan diingati, hadiah-hadiah sempena hari-hari tertentu pasti menghadiri, bertanya khabar dan mengambil berat satu sama lain, ungkapan-ungkapan cinta ala-ala rome dan juliet yang mampu mencairkan hati dan sebagainya yang menghiasi dunia mereka menjadi indah.

Mengapa seseorang itu bercouple? 
Kerana rasa kasih sayang yang wujud di dalam jiwa mereka terisi.

Di sinilah timbul persoalan. 
Kalau anda tidak suka kawan anda bercouple, mengapa bukan anda yang mengisi rasa yang ada di dalam jiwa mereka itu?


Bila suci tak dijaga, bila kotor dihina-hina

Kita ini hakikatnya tidak cinta dengan sahabat kita secinta-cintanya. Kita tak ambil berat fasal dia. Tanya khabar pun tidak. Ungkap sayang jauh sekali. Hadiah jangan cerita la, lagi tak diberi. Birthday pun tak tahu bila hari. Berjumpa pun tak bertukar senyum. Peluk kasih pun tidak pernah.

Kemudian bila sahabat kita terjerumus ke lembah kekotoran, menumpang kasih kepada manusia yang hendak memberikannya kasih, kita menghina-hinanya.

Persoalan sekarang, mengapa sampai dia perlukan kasih sayang orang lain sampai dah tak kenal halal haram?

Kerana kita, sahabatnya yang halal ni, tak mengisi kehidupannya.
Bagaimana ukhuwwah kita dengannya? Adakah kita telah memenuhi hak-hak mereka? Adakah kita membina jambatan hati antara jiwa mereka dengan kita? Adakah kita mendoakannya?


Apabila wujud keakraban

Posibiliti untuk seseorang itu bercouple apabila lompong kasih sayang di dalam jiwanya telah terisi adalah sangat tipis.

Tetapi masih ada juga yang telah kita berikan kasih sayang, dan dia juga merasa kasih kepada kita, tetapi dia bercouple. Masih ada. Bukan saya kata tidak ada.

Namun ada beza. Ada beza antara dia bercouple dan kita tidak akrab dengannya, dan dia bercouple dalam keadaan kita akrab dengannya. Bezanya adalah, kita lebih mudah hendak menegurnya. Kita lebih mudah hendak menyedarkannya. Hal ini kerana, kita dengan dia, saling kasih mengasihi. Kita adalah sahabatnya yang terbaik.

Kita memberikannya hadiah semasa hari lahirnya, kita caring dengannya, kita ungkapkan sayang kita kepadanya, kita belanja dia makan, kita sentiasa bersama dengannya, dan berbagai lagi yang kita lakukan untuk membina jambatan hati antara kita dengannya.

Mustahil dia tidak membuka hati mendengar bicara kita.
 Apatah lagi, kita berhikmah dengannya.


Satu cerita saya

Saya mempunyai seorang junior yang bercouple. Ya, memang apabila mendengar dia bercouple, hati memang sedih. Namun, Alhamdulillah, saya selama ini menjaga hubungan dengannya. Bahkan berusaha merapatinya serapat yang mungkin. Masa birthday bagi hadiah, lapang-lapang tanya khabar, ada peluang belanja makan, ada masa ziarah rumah dan sebagainya.

Apabila mendengar dia bercouple, saya mengajaknya bersama saya duduk-duduk lepak-lepak. Kami bersembang pelbagai perkara. Bertepuk tampar bersama apabila bercanda. Diam bersama apabila mengenang sesuatu yang mungkin setimental.
Bila melihat peluang yang sesuai mengutarakan isu dia bercouple, saya berkata:

“Ana dengar, enta ada cerita hot”

Dia tersengih. “Apa yang hot-hot ni?”

“Siapa nama Si Dia tu? Timah(bukan nama sebenar)? Senah(bukan nama sebenar)?” Saya bergurau. Sedangkan saya tahu aja nama sebenar couplenya itu.

Dia ketawa. “Umairah(bukan nama sebenar) la bro”

Saya membiarkan dia bercerita itu dan ini berkenaan couplenya. Saya juga menyoal-nyoal beberapa soalan seperti cantik ke? Orangnya macam mana? Asal mana orangnya? Dan begitulah kami bersembang-sembang.

Bila dia berhenti menceritakan couplenya itu, saya berkata kepadanya.

“Enta rasa, orang macam dia, boleh didik anak-anak enta?”

Dia diam. Dan saya berkata: “Ana tak kenal dia. Ana bukan nak hitung couple enta. Ana cuma nak enta yang hitung dia. Enta kenal dia kan? Dah pernah sembang kan? Dah pernah jumpa kan? Cuba enta fikir panjang-panjang.”

Dia tersengih. Diam lama. Kami diam bersama lama malam itu.

Kemudian kami bersembang lagi. Saya membicarakan seputar keredhaan Allah dalam hidup, bagaimana membina keluarga, konsikuensi apabila dasar cinta itu tidak benar dan sebagainya. Dia mendengar dan sekali sekala memberikan pendapat.

Akhirnya dia bersuara: “Ana sebenarnya, rasa tak senang juga dengan benda ni”

Kemudian dia menceritakan ketidak senangannya, keresahannya, kegelisahannya, kerisauannya. Saya membiarkan dia menceritakan semuanya. Dia rupanya buntu mencari jalan keluar dan tak mampu mengeluarkan dirinya dari suasana itu.

Maka saya memberikannya semangat, beberapa tips dan pandangan. Akhirnya…

“Bro, enta bagitahukan mak ana boleh? Kata ana tak couple dah. Esok ana sms dia minta berhentikan hubungan kami” Itu konklusi yang dia buat sendiri.

Dan saya diam sambil tersenyum.

“Kalau enta rasa itu yang terbaik, insyaAllah ana bagitahu mak enta. Mesti dia gembira.”
Itulah cerita saya dengan sahabat saya itu.

Saya kira, kalau selama ini jambatan hati itu tidak saya bina, mustahil dia boleh mendengar apa yang saya utarakan kepadanya pada pukul 3 pagi itu. Pastinya dia boleh memberikan 1001 alasan untuk meninggalkan saya pukul 3 pagi itu. Pastinya dia boleh sahaja memarahi saya agar tidak sibuk dengan urusan peribadinya.

Tetapi jambatan hati+uslub menegur+doa kepada Allah, itu adalah formula yang mustajab.
Sepatutnya, kita mampu melakukan ini. Hal ini kerana kita ‘couple’nya yang halal sebelum dia beristeri atau dalam kes perempuan, dia bersuami.


Penutup: Kita isi hatinya.

Maka di sinilah kita perlu melihat. Jangan hanya pandai menghina kesalahan orang lain. Lebih teruk lagi, meninggalkan sahaja seseorang itu bergelumang di dalam dosa dan kita hanya mengutuknya dari belakang sahaja.

Setiap orang ada masalahnya. Kalau orang jauh, boleh lah kita usahakan tegur dengan artikel dan sebagainya. Tetapi sahabat kita, yang tinggal dengan kita, yang hidup dengan kita, yang sekelas dengan kita, takkan la kita tak boleh usahakan lebih dari sekadar teguran?

Manusia perlukan sentuhan.

Pernahkah kita menyentuh hati dan jiwa sahabat kita? Pernahkah kita isi kekosongan hatinya? Pernahkah kita memimpinnya? Pernahkah kita mengungkapkan kepadanya bahawa kita sayang kepadanya? Dan pernahkah kita membuktikan sayang kita itu kepadanya?

Di sini, kita memerhatikan kembali situasi ini.

“Bagaimana hendak menegur kawan perempuan saya yang bercouple?”

“Kamu bercouple tak dengan kawan kamu itu?”

Kalau sekadar sebut Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” Surah Al-Israa’ ayat 32 tu, semua orang boleh bagi.

Persoalannya, siapa yang betul-betul usaha bimbing sahabatnya dalam hal “Dan janganlah kamu menghampiri zina”?

So, sekarang, baik mula couple dengan sahabat sendiri.

Mengisi rasa hatinya. Dan insyaAllah, rasa hati kita juga terisi.



p/s :
Pernah dengar alkisah berkaitan MENGHALALKAN YANG HARAM?? 



2 ulasan:

Unknown berkata...

sekadar berkongsi idea tentang couple ni..

http://www.duniafaris.com/keagamaan/couple-itu-tidak-haram/

mungkin apa yang disampaikan adalah benar dan mungkin juga tidak..pandai2 la kita menilai

Tieyh berkata...

nice sharing,,,moga turut dipelihara hati ini..