Selasa, 24 Mei 2011

INOVASI DUNIA : PENA AL-QURAN , MESIN WUDUK , SEJADAH KIBLAT







Institut Ilmu Al-Quran (IIQ) Jakarta melancarkan sebuah produk baru berupa pena digital untuk mempermudah belajar membaca Al-Quran. Hanya dengan menyentuhkan pena tersebut pada ayat-ayat dalam mushaf yang dilengkapi dengan plastik mika khusus, secara automatik akan keluar suara rakaman sesuai dengan ayat yang ditunjuk. Rektor Institut Ilmu Al-Quran KH Ahsin Sakho Muhammad di stand IIQ saat mempamerkan produk baru itu di pameran MTQN XXII Kota Serang, Banten, mengatakan, pena digital itu lebih efektif jika dibandingkan dengan kaset atau CD. Kalau kaedah biasa menggunakan kaset dan CD atau belajar dengan guru, ini lebih mudah kerana pengguna mampu belajar sendiri lengkap dengan tajwid dan 7 lagu. Setiap orang boleh memilih ayat-ayat tertentu yang diinginkan dengan menyentuhkan pena digital, dan boleh dilakukan berulang-ulang jika memang belum difahami dengan betul. Saat pen tersebut disentuhkan dalam mushaf secara automatik akan keluar suara rakaman sesuai dengan ayat yang ditunjuk. Dalam rakaman pena digital tersebut, ada tujuh lagu yang dilantunkan oleh qari Muammar ZA danqoriah Maria Ulfah, lengkap dengan tajwid yang sudah diuji oleh pentashih dari pihak studio dan pentadbiran Agama.



Mesin wudu’ automatik ini direka oleh  AACE Tecnologies Sdn. Bhd. (AACE)
 bagi memudahkan seseorang untuk mengambil wudu’. Teknologi ini direka dengan dua jenis model. Model pertama digunakan untuk jemaah yang ingin menunaikan solat di Masjid manakala model yang kedua direka untuk kegunaan di rumah. Model ini direka dengan dua singki iaitu singki atas dan singki bawah. Singki atas digunakan untuk membasuh muka, tangan, sebahagian kepala dan telinga manakala singki bawah digunakan untuk membasuh kaki. Kelebihan rekaan ini adalah jimat dan mudah kerana kosnya tidak terlalu tinggi dan ia mudah untuk dipasang. Pembaziran air juga tidak berlaku kerana rekaan ini menggunakan teknologi ‘auto- sensor’. Rekaan ini dibuat dari bahan plastik yang disalut dengan bahan anti-fungal dan anti-bakteria.



Sejadah kiblat ini dicipta oleh Soner Ozenc dan diberi nama Sajaddah 1426 sempena tahun hijrah yang direka (2005). Sejadah ini ditenun dengan teknologi Electro Luminescent Phosphore Painting dimana benang tersebut boleh menyala seperti kabel optik. Kecerahan benang tersebut bergantung kepada arah kiblat. Apabila sejadah menghadap kearah kiblat yang betul maka kecerahan benang tersebut adalah pada tahap maksimum. Aplikasi kompas digunakan dalam teknologi ini.



1 ulasan:

Atiqah Safian berkata...

Mak saya ada belikan Al-Quran tu. Memang bagus dan efektif.. Untuk sejadah tu nampak unik.. Rasa macam nak beli je..