Memaparkan catatan dengan label ilmu agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmu agama. Papar semua catatan

Selasa, 2 Ogos 2011

KELEBIHAN MALAM TERAWIH : HADIS PALSU


Kelebihan terawih di setiap Malam.
Mesti Ramai yang selalu berkongsi tak kisah lah di mana pun teramsuk entry di blog atau post di facebook.
Sebenarnya,Isu ni dah lama cuma nya kita yang kuarang tahu agaknya.
Dan saya sendiri tahu akan hal ini Ramadhan yang lepas. Dah berpuluh tahun Hidup,baru tahun lepas tahu akan hal ini. Dimana silap nya??? Mungkin saja salah pada diri sebab kurang mengambil tahu akan hal ini.

Jumaat, 29 Julai 2011

Animasi 40 Hadis


Saja nak share satu video yang menceritakan 40 Hadis
Semoga bermanfaat..




Khamis, 30 Jun 2011

Kristian Ortodox Syiria (KOS) , AJARAN MENYERUPAI ISLAM



Jangan terkejut bila anda berjumpa dengan kelompok orang yang shalat, berjilbab atau berbaju muslim dengan jubah atau purdah, berbahasa arab, kaligrafi arab, dan lainnya yang sangat dekat dengan budaya Islam. 

Itulah cabang Kristian Ortodox Syiria (KOS)


Rabu, 29 Jun 2011

ISRAK MIKRAJ




Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah keMadinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailidmeninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)

Rabu, 25 Mei 2011

Indahnya Molekul Ais Ciptaan Allah SWT




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“(Begitulah) perbuatan Allah yang membuat tiap-tiap sesuatu dengan kukuh"

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Selasa, 24 Mei 2011

KIBLAT : 28.05.2011 MATAHARI BERADA TEPAT DI ATAS KAABAH



Dimanakah arah kiblat kita sebagai seorang muslim?? Tentunya meng'arah ke arah kaabah di makkah.
Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat.  Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.
Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah.  Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Isnin, 23 Mei 2011

Dr. Jamal Al-Din Ibrahim : FAKTA TENTANG SEKS , BABI DAN JANGGUT




Assalamualaikum wbt~
Berikut ini adalah petikan temubual dengan Dr. Jamal Al-Din Ibrahim, seorang professor toksikologi dari California University, yang disiarkan dalam TV Al-Rahman/Al-Rawdha, pada Disember 2, 2010


Jumaat, 20 Mei 2011

LIMA NAMA RASULULLAH SAW



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Huzaifah (r.a) meriwayatkan:
" Aku suatu ketika terserempak dengan Rasulullah (s.a.w) yang sedang pergi kesuatu tempat,Di dalam percakapan mereka,Nabi(s.a.w) bersabda:
" Namaku ialah Muhammad dan juga Ahmad dan Nabi Ar-Rahmah dan Nabi At-Taubah, daku adalah Muqaffi dan Hasyir dan Nabi Al-Malahim.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sabtu, 14 Mei 2011

"APA YANG DIPAKAI TIDAK PENTING , YANG PENTING HATI IKHLAS DAN SUCI " -Ye ke??



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” 
[TMQ An-Nur (24):31].
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Sekelompok Ilmuwan Menemukan TerLetaknya Terompet Malaikat Israfil??.. Wallahualam~




بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt
Sekitar enam tahun lalu sekelompok ilmuwan yang dipimpin oleh Prof. Frank Steiner dari Universitas Ulm, Jerman melakukan observasi / penyelidikan terhadap alam semesta untuk mengkaji bentuk sebenarnya dari alam semesta ini.Ini  disebabkan  prediksi yang rata-rata selama ini mengatakan bahwa alam semesta berbentuk bulat bundar atau prediksi lain menyebutkan bentuknya mendatar sahaja.


Khamis, 12 Mei 2011

" Ramai Umatku Masuk Neraka Kerana Air Kencing " Sabda Nabi Muhammad SAW


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
” Daripada Aisyah r.a katanya:
’ Siapapun yang memberitahu kamu bahawa Rasulullah s.a.w pernah kencing berdiri, maka janganlah membenarkannya (jangan mempercayainya)”.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt..

Berbicara soal cara buang air kencing yang diajarkan dalam Islam. Mungkin sebelum ini ramai tidak ambil berat soal air kencing , termasuk saya.
Perkongsiaan ini diharapkan dapat mengubah cara kita ( Terutamanya saya) terhadap air kencing.



Ahad, 8 Mei 2011

AZAN Di Alunkan , BIDADARI DI 7 SYURGA MENANGIS


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Barangsiapa azan selama dua belas tahun wajiblah baginya syurga dan ditulis untuknya dengan azannya itu pada setiap hari enam puluh kebajikan dan pada setiap iqamah pula tiga puluh kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt.
Apakah akan terjadi apabila orang azan atau iqamah seikhlas2 hatinya dan bukan kerana menunjuk nunjuk.


Azan apabila dialunkan dengan penuh ikhlas dan dan bukan nya untuk menunjuk-nunjuk, bidadari yang berada di 7 syurga akan menangis meraung kerana tidak pernah mendengar azan dan iqamah yg begitu ikhlas sekali.

Pernah dizaman Rasulullah SAW,bilal bin rabah telah dicabar oleh seorang pemuda yg begitu cantik suaranya,cabaran itu ialah azan dan iqamah,maka pemuda itu pun melaung kan azan dan iqamah,rasulullah saw mendengar laungan azan itu tetapi tidak mendengar bidadari menangis,itu kerana pemuda itu tidak ikhlas.



Ini disebabkan kerana dia hanya hanya mahu menunjuk nunjukkan suaranya yang cantik dan merdu itu.
Apabila Bilal bin Rabah melaungkan azan dan iqamah,Rasulullah terdengar suara bidadari menangis kerana Bilal bin Rabah begitu ikhlas melaung kan azan.






Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Imam-imam itu dhumana (menjamin sembahyang makmumnya) dan orang-orang yang azan itu umana (amanah atas waktu sembahyang) maka Allah memberi petunjuk kepada imam-imam dan mengampunkan... orang-orang yang azan.”

(Hadis riwayat Ibnu Hibban)




Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 
“Muazzin-muazzin itu ialah orang yang paling panjang lehernya di hari qiamat.”
(Hadis riwayat Muslim)







Semoga bermanfaat kepada  yang lain .
AZAN dalam GEREJA ?? kLik siNi

Isnin, 2 Mei 2011

Rahsia Dan peristiwa HARI dalam Islam





بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt..
Tertarik dan tergerak hati nak berkongsi sedikit sebanyak info berrkaitan Hari dan peristiwa yang berlaku di dalam nya.Ikutkan,dari semalam dapat tahu pasal perkongsian nie.Tapi baru hari nie ada masa nak updated.Tergerak nak berkongsi akibat dari melihat pertanyaan Imam muda Aran di Page beliau.Satu page yang sangat bermanfaat dan banyak perkongsiaan.kLik siNi untuk berkongsi.

ALLAH SWT menjadikan seminggu itu terdiri daripada tujuh hari dan didalam hari-
hari tersebut terjadi peristiwa-peristiwa tertentu yang merupakan rahsia 
keutamaan dari hari tersebut.
Sebenarnya,banyak lagi peristiwa yang berlaku dari setiap hari yang ada.Cuma nya,
Mana yang dapat kita ingat dan ketahui,sedikit sebanyak dapat menambah apa 
yang kita tidak tahu..
Terdapat tujuh (7) Hari dalam seminggu.
Isnin bersamaan dengan hari satu , selasa bersamaan dengan hari dua , 
rabu bersamaan dengan hari tiga , khamis bersamaan dengan hari empat  , 
jumaat bersamaan dengan hari lima , sabtu bersamaan dengan hari enam ,
dan terakhir hari ahad bersamaan dengan hari Tujuh.



1.) Nabi Idris as. naik kelangit
2.) Nabi Musa as. pergi ke Gunung Thursina
3.) Turunnya dalil-dalil tentang ke-Esaan Allah SWT
4.) Lahirnya Rasulullah SAW
5.) Malaikat Jibril turun menemui Rasulullah SAW
6.) Semua amalan umat ditunjukkan kepada Rasulullah SAW
7.) Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin


 SEJARAH HARI SELASA
1.) Jurjais as. dibunuh
2.) Wafatnya Nabi Yahya as.
3.) Wafatnya Nabi Zakaria as.
4.) Meninggalnya tukang sihir Fir'un
5.) Meninggalnya Asiah isteri Fir'un
6.) Sapi Bani Israil disembelih
7.) Meninggalnya Habil putera Adam as.




1.) Kehancuran Auj bin Unuq
2.) Kehancuran Qarun
3.) Kehancuran Fir'un
4.) Kebinasaan Namruz bin Kan'an
5.) Kehancuran! kaum Sa leh as.
6.) Kehancuran Syadad bin 'Aad
7.) Kebinasaan kaum Hud



 SEJARAH HARI KHAMIS
1.) Nabi Ibrahim as menghadap Raja Mesir
2.) Tukang memberi minum Raja Mesir memperolwhi kebebasan
3.) Saudara-saudara Yusuf as menemuinya
4.) Bunyamin datang ke Kota Mekah
5.) Ya'akub as datang ke Mesir
6.) Nabi Musa masuk ke Mesir
7.) Rasulullah SAW masuk ke Kota Mekah



 SEJARAH HARI JUMAAT 
(ada sesetengah dr kita yg masih tak tahu dan tertanya2 kenapa orang 
selalu bernikah pada hari Jumaat)
KIAMAT juga berlaku pada hari Jumaat dan akan turut menjadi sejarah pada umat
 manusia di dunia ini.
1.) Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa
2.) Pernikahan anatara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha
3.) Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa
4.) Pernikahan Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis
5.) Pernikahan anatara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
6.) Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah 
7.) Pernikahan antara Sayyidina Ali as dengan Siti Fatimah



SEJARAH HARI SABTU
1.) Tipu daya kaum Nuh terhadap Nabi Nuh
2.) Tipu daya kaum Saleh as. terhadap unta Nabi Saleh as.
3.) Tipu daya saudara-saudara Yusof terhadap Yusof as.
4.) Tipu daya Fir'un terhadap Nabi Musa.
5.) Tipu daya kaum Yahudi terhadap Nabi Isa as.
6.) Tipu daya kaum Quraisy terhadap Rasulullah SAW
7.) Tipu daya kaum Yahudi terhadap larangan Allah SWT



SEJARAH HARI AHAD
1.) Penciptaan tempat jalan bintang-bintang
2.) Penciptaan bintang-bintang yang bergerak
3.) Penciptaan api neraka yang bertingkat-tingkat
4.) Penciptaan tujuh lapis bumi
5.) Penciptaan tujuh lautan yang besar
6.) Penciptaan tujuh anggota tubuh manusia
7.) Penciptaan tujuh hari dalam seminggu




p/s : Ada pertambahan sila kongsi.. ^_^






Khamis, 28 April 2011

Nusaibah : ana sudi menjadi isteri kedua enta..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu ber-kenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat." 
(Al-Qur'an, Surah an-Nisa ayat 3)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt..

POLIGAMI??  ISTERI BERMADU?? 
-hehehe-
dy nak sampaikan satu cerita berkaitan MADU2 nie.. Kiranya,lucu juga lah.. Tapi ada mesej dan perkongsian yang nak disampaikan.. Bukan cerita kosong.. hehe.. sebelum tuh,bek kita amik dan kongsi sedikit ilmu berkaitan poligami nie dulu..



Islam adalah agama fitrah yang mengiktiraf kepelbagaian keperluan dan kehendak manusia dalam hidup berpasangan. Berasaskan kepada keadaan inilah Islam membenarkan poligami yang merupakan amalan masyarakat turun temurun sejak sebelum kedatangan Islam lagi.
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)



SYARAT BERPOLIGAMI :

Berkemampuan untuk menanggung Nafkah zahir dan batin isteri-isteri dan anak-anak..

Berlaku ADIL..
-Berlaku adil dalam menyediakan kediaman..
-berlaku adil dalam giliran bermalam..
-Berlaku adil dalam bermsafir..

p/s ; Ustazah dy pernah cakap..
Nak berpoligami.. Kalau isteri pertama rumah banglo.. isteri yang lain pun kena banglo jugak..
Kalau isteri pertama sofa empuk , isteri yang lain2 kena macam tuh jugak..
Tak leh bagi kusyen murah plak.. itu dah x berlaku adil..
Semuanya kena serba-serbi adil.. MAMPU kah anda??? hehehe

Nak lebih lanjut kLik siNi



MANFAAT BERPOLIGAMI :
     Sebenarnya banyak manafaat yang boleh diambil dari poligami ini atas sebab ia disyariatkan oleh Allah s.w.t. yang Maha Bijaksana yang mengetahui kebaikan yang tersembunyi tanpa tercapai oleh ilmu dan pemikiran manusia. Manfaat yang dapat kita ambil dari kebaikan poligami ini adalah seperti berikut :



     a. Bagi isteri yang telah lanjut usia dan mengalami kesakitan, ia akan menyebabkan si suami hilang tumpuan dari segi batin, caranya dengan berpoligami bagi mengelak dia membuat perkara yang dilarang di sisi Islam;

     b. Menambahkan hubungan antara keluarga dengan ikatan yang dibuat;

     c. Kehormatan wanita akan terjaga bila ia dilindungi oleh kaum Adam yang ingin mengambilnya sebagai isteri;

     d. Mengelak berlakunya perzinaan terutamanya kaum lelaki yang akan menyalurkan keinginan nafsunya ke tempat yang haram.
     e. Mengelakkan perceraian bila terdapat isteri-isteri yang tidak dapat melahirkan anak;
     f. Kebanyakan lelaki yang sering bermusafir ia memberi manafaat kerana tidak melakukan perzinaan apabila dia amat memerlukan;
g. Bagi isteri-isteri yang kematian suami, mereka dibantu oleh para suami dengan berpoligami;
  h. Memberi kesempatan yang lebih besar untuk para isteri beramal apabila giliran isteri yang kedua;
  i. Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan antara isteri-isteri digilirkan;    
 j. Menambahkan keturunan-keturunan;




Ini cerita yang dy nak sampaikan sebenar nya.. HEHE..

________________________________________________

Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.
“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fatimah mula sebak.
“Tak. Maksud saya – ”
“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar.
“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.
Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yangsemudanya.
Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?
Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
“Er, betul ke ni?” tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.
“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.
Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.


Perjuangan,” jawab Fikri.



________________________________________________



p/s :
wanita ada rasa fobia sikit nak dengar perkataan bermadu aka poligami kan?? 
kan dah salah paham.. HEHE


Sabtu, 23 April 2011

AZAN : DiLaungkan dalam GEREJA..



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt~
Bila azan dilaungkan di dalam gereja
Bertempat di Universiti of South California
Merdu suara Bilal yang mengalunkan azan nie..
Cuma nya , dy sendiri tidak Tahu apa hukum nya mengalunkan azan di dalam gereja..
Mungkin ada sesiapa yang punya perkongsian , boleh kita kongsi bersama..








~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SEDIKIT PERKONGSIAN BERKAITAN AZAN :



Maksud kalimah-kalimah ini mengikut ulama adalah lebih luas daripada tujuh lautan tetapi secara ringkas ialah bahawa Allah mengatasi segala-galanya dan bahawa Tuhan hanyalah satu dan Muhammad adalah rasulnya. Lakukanlah solat untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Bahawa Allah adalah di atas segala ciptaanNya dan bahawa Allah hanya satu.



Dari segi sejarahnya, dikisahkan Azan mula diamalkan pada tahun pertama hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah pada abad ketujuh Masehi.



Mengikut Hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar bin al-Khattab r.a. tiada orang yang menyeru atau melaungkan Azan ketika orang Islam berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang pada mula-mula umat Islam berhijrah ke Madinah.

Ini menyebabkan pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah.

Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmat

Pada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompet dan ada juga yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namun semua usul itu ditolak Nabi Muhammad s.a.w.

Umar kemudian mencadangkan supaya diteriakkan ayat "telah datang waktu solat" dan ini diterima Nabi, tetapi Baginda menukar lafaznya kepada "assolatu jamiaah" yang bererti "Marilah solat berjemaah".

Sehinggalah pada suatu malam Abdullah bin Zaid bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk menghebahkan solat dengan mengumandangkan Allahhu Akbar (dan seterusnya...)

Semasa diberitahu kepada Rasullullah s.a.w pada paginya, (Umar juga menyatakan bermimpi yang serupa), Baginda bersabda: "Mimpi itu mimpi yang benar", maka Nabi memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan itu.

Untuk solat Jumaat, Azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama menandakan masuk waktu Zohor untuk memanggil orang Islam ke masjid dan kali kedua sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat.

Begitu juga Azan Subuh diamalkan semasa zaman Rasullullah s.a.w. dikumandangkan dua kali seperti yang dilakukan di Masjidil Haram -- pertama selepas berlalunya separuh malam untuk memberitahu muslimin bahawa waktu Subuh sudah hampir dan waktu itulah mereka digalakkan bersembahyang sunat tahajjud dan sebagainya atau bersahur untuk berpuasa. Azan kedua diperdengar ketika masuk waktu Subuh dengan tambahan lafaz "as-salatu khayrun min an-naum (solat itu lebih baik daripada tidur).

Selain untuk tujuan sembahyang, Azan sunat diamalkan untuk dibisikkan ke telinga bayi lelaki baru lahir atau suatu ketika dulu sebagai isyarat untuk memaklumkan kepada umat Islam waktu mudarat atau bahaya seperti bencana alam, kebakaran dan perang.


FENOMENA AZAN

Namun yang menarik perhatian ialah keajaiban yang banyak dibincangkan termasuk di Internet bahawa Azan berkumandang 24 jam di seluruh dunia berdasarkan perbezaan waktu dan tempat.

Ribuan bilal akan melaungkan seawal kira-kira 5.30 pagi, Azan Subuh yang bermula di bahagian timur, Indonesia dan proses itu akan bergerak ke barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan waktu timur dan barat kepulauan Jawa adalah 90 minit.

Belum pun laungan Azan itu selesai di seluruh Indonesia, mengikut perkiraan, ia akan bergema di Malaysia, kemudian disambut di utara, di Myanmar, China dan seterusnya.

Dalam tempoh satu jam bermulanya Azan Subuh di Jakarta, Azan akan bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India.

Belum berakhir di Pakistan, laungan Azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad, Iraq dianggarkan satu jam, maka dalam jangka masa ini juga Azan Subuh dikira akan dilaungkan di Emiriyah Arab Bersatu, di tanah suci Mekah dan Madinah dan negara-negara lain.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah, tetapi sebelum Azan Subuh bergema di situ, Azan Zohor sudah berkemundang di Indonesia semula.
Begitulah seterusnya bilal-bilal di serata pelusuk dunia akan sahut menyahut melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w setiap detik, sepanjang waktu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~