Memaparkan catatan dengan label Bugis Inside. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bugis Inside. Papar semua catatan

Rabu, 16 Mac 2011

Adat perkahwinan Bugis



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Melihat gambar perkahwinan saudara ku yang berlangsung di Makassar ,sulawesi selatan.Menghairahkan aku untuk berkongsi sedikit perkongsian berkaitan perkahwinan suku kaum bugis.perkongsian yang aku sampaikan adalah pengalaman saya sendiri yang sudah dibiasakan dengan majlis ini.Ditambah dengan pertanyaan-pertanyaan saya dengan beberapa orang-orang lama.
-SKEMA NYA SAYA KAN- hahahaha . Mari kita sama-sama mengenali dan mendampingi adat perkahwinan suku kaum bugis ini.



Masyarakat Melayu yang beragama Islam akan mengadakan adat merisik dan meminang.Walau bagaimanapun bagi kaum Bugis,TIADA adat pertunangan.Bagi mereka, yang paling penting ialah hari pernikahan. Ibu bapa kaum Bugis beranggapan bahawa pertunangan boleh menimbulkan fitnah dan syak di kalangan masyarakat. Hal ini timbul kerana tempoh pertunangan yang lama memungkinkan fitnah dan syak.Walaupun begitu terdapat majlis yang menyerupai adat bertunang, tetapi masyarakat Bugis tidak menganggapnya sebagai adat bertunang. Majlis ini digelar ?men?drek doik? yang membawa maksud ?naik duit?.

MAPENDREK DOIK aka naik duit (membawa wang hantaran) :
Dalam majlis ini, pihak lelaki akan membawa wang hantaran yang telah ditetapkan semasa meminang. Sebilangan besar daripada keluarga pihak perempuan akan menerima kesemua wang hantaran dan selebihnya hanya menerima sebahagian sahaja. Oleh yang demikian, semasa dulang hantaran diberikan ketika majlis pernikahan, dulang wang hantaran sekadar simbolik sahaja,kerana wang hantaran telah pun diserahkan kepada pihak perempuan untuk menampung kos perbelanjaan majlis persandingan.


Undangan perkahwinan :
Sudah menjadi kebiasaan kaum bugis mengundang orang ramai menggunakan khidmat dua orang wanita untuk memanggil.MEMANGGIL adalah cara yang menjadi kebiasaan kaum bugis.Dengan membawa dulang berisi rokok/gula-gula,dibalut dengan kain.Walau pelbagai alternatif lain seperti jemputan melaui FB,kad undangan,Memanggil masih diamalkan sehinggah hari ini.

MALAM MAPPACI :
Malam mappaci atau lebih dikenali sebagai malam berinai.Dilakukan pada malam sebelum hari nikah keesokkan hari nya.Hanya dilakukan di rumah pengantin perempuan dan malam mappaci adalah malam untuk pengantin perempuan sahaja.


Pelamin adat bugis
Rangka diperbuat daripada buluh dan dihias dengan kain berwarna-warni..
meriah nya.....


 Eh.. Nie plak pelamin adat bugis yang agak dimodenkan sikit.. erm~
oohhhh yah.. sentuhan dari saya.. hehe



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
bahan2 untuk mengadakan upacara mapacci dan maksudya:
1)kain 11 helai sutera bugis : untuk golongan bangsawan yang memberi maksud
penghormatan kepada bakal pengatin dan menunjukkan orang
bugis mempunyai harga diri yang tinggi.
2)Daun pisang : mmberi maksud kesinambungan.Melalui perkahwinan boleh mngeratkan
silaturrahim dan boleh membesarkan keluarga dgn pertambahan zuriat.
3)daun nangka : memberi maksud orang bugis sentiasa berusaha, bercita2 tinggi.
4)Beras : memberi maksud ahli keluarga mendoakan bakal pengantin akan hidup bahagia.
5)Lilin : memberi keterangan kpd khidupan baru untuk bakal pengantin
6)Daun inai : kesucian


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Balasuji :
Sebuah kotak yang diperbuat dari bambu.Bilangan dinding nya harus nombor ganjil dan bukan nya genap.Makna nya,harus 5 atau 7.BALASUJI tu akan di isi dengan gula merah /gula melaka , ubi kayu , nenas , tebu , nangka , kelapa muda setandan , kelapa tua seiji , ikan kering , kulit kayu manis , pisang setandan.Barangan ini semua kaan dilitupi kain putih 2 meter.BALASUJI ini akan dibawa oleh pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.Tetapi, tidak semua kaum akan memperbuat seperti ini.Mengikut kepercayaan sub2 kaum itu sendiri. ( semacam je kan - uhuk!- )
gambar balasuji tu,tidak dapat saya nak kongsikan sebab nya.. tidak terlintas pula untuk memorikan nya walau pun selalu sangat melihat benda tuh.. HEHE



MAJLIS PERSANDINGAN :
Majlis persandingan sepertinya sudah menjadi kemestian bagi suku kaum bugis.Majlis Tidak dibiarkan hambar kerana kemeriahan penting bagi suku kaum ini.Pihak pengantin lelaki juga akan menyarungkan cincin sebagai tanda ikatan sebelum tiba majlis pernikahan yang berlangsung selepas tiga hingga tujuh hari setelah majlis naik duit. Selepas majlis ini, kemeriahan di rumah kedua-dua mempelai akan berterusan dan ramai keluarga dari jauh yang akan datang terutama dari Sulawesi.Kedatangan kaum kerabat mereka akan meriuhkan suasana perkahwinan tersebut.

Perkahwinan/persandingan selalunya akan diadakn di luar rumah.SARAPO atau khemah kahwin adalah tempat dimana perksandingan ini akan diadakan.Sarapo diperbuat dari bambu yang didirikan menjadi sebuah khemah yang besar.Proses membina sarapo ini selalu nya akan dibuat seminggu sebelum majlis.Dan akan diusahakn oleh ahli keluarga , saudara mara , kawan-kawan , dan jiran tetangga.semangat keKITAan sangat dititik beratkann dalam kaum bugis.Segala kerja dilakukan bersama-sama.Di bahagian dapur juga begitu,segala aktiviti masak memasak akan dilaksanakan sesama mereka.sangat-sangat kerjasama.Jarang sesuatu majlis perkahwinan bugis akan mengambil catering,kerana segala aktiviti ini akan dilakukan bersama-sama yang diketui oleh seorang tukang masak yang agak arif~

Majlis akan bermula pada sebelah petang bermula jam2 petang sehingga 12 malam.RAJA SEHARI sangat-sangat!.. -HAHA- Apa pon,jangka waktu majlis bergantung pada keputusan tuan rumah untuk melaksanakan majlis itu dalam waktu yang bagaimana.

Malam sanding,adalah malam yang sangat-sangat meriah.Rata-rata perkahwinan bugis akan mengundang live band untuk menghiburkan penonton dan jemputan.Yang sadis nya,singer2 nye tuh tersangat-sangat lah seksi. - HUHUHU-
Macam-macam akan disaksikan pada malam persandingan.Sesiapa yang rasa nak tahu,kena lah menghadiri majlis tuh.Baru lah anda tahu bagaimana keadaan nya. -HUHU-


Tempayan atau aper (TEMPAT SOLO) .Tetamu akan memasukkan sumbangan berupa duit atau pun cek yang boleh di cash kan kedalam tempayan ini.tempayan ini diletakkan di atas pelamin.Selepas itu tetamu akan bersalaman dengan pengantin , makan sambil berhibur dan akan pulang.











....................................................

Mari kita layan keadaan majlis yang berlangsung di Enrekang,sulawesi selatan yang penuh dengat adat.

....................................................




- Pengantin disambut dengan tarian bugis -


- Disambut dengan tikar mengkuang , bukan kapet merah- HIHI


- Perasan atau x,siap ada simpul ikatan lagi antara pengantin lelaki dengan my grandmother tuh-
Tak tau la apa simbolik nya..
-uhuk-



-Posing-posing time-
Sangat-sangat tradisional.. LuV it !!!!



Cewek-cewek bugis memakai baju adat
-suka hati nampaknya pakcik ku ni-
HEHE













p/s :
-Kalau dilihat banyak kelemahan yang rasa nya boleh diperbaiki dalam melaksanakan majlis kahwin adat bugis ini.
-Mana adat yang agak jauh bersimpang di jalan lurusNYA,rasa nya tidak perlu dilaksanakan lagi.
-Kadang,bila kami generasi muda menegur sesuatu yang agak tidak baik... berjela-jela penjelasan yang akan diberikan.
-sebagai seorang lelaki bugis yang agak bugis ini , mengharapkan adat bugis akan terpelihara.Asal saja adat itu tidak menyimpang dari syariat islam.Kalau bukan kita yang membetulkan,siapa lagi kan??
- PEACE yah !..
-SAYA MAHU PAKAI MACAM NI JUGAK NANTI.. ^_^v

Sabtu, 15 Januari 2011

Rumah Bugis

-Rumah Bugis-


Rumah bugis memiliki keunikan tersendiri, dibandingkan dengan rumah panggung dari suku yang lain( Sumatera dan Kalimantan ). Bentuknya biasanya memanjang ke belakang, dengan tambahan disamping/ditepi bangunan utama dan bahagian depan
[orang bugis menyebutnya lego - lego].

Bagaimana sebenarnya struktur khas rumah bugis ini ?.
Berikut adalah bahagian - bahagian utamanya :
1. Tiang utama ( alliri ). Biasanya terdiri dari 4 batang setiap barisnya. jumlahnya tergantung jumlah ruangan yang akan dibuat. tetapi pada umumnya, terdiri dari 3 / 4 baris alliri. Jadi jumlahnya ada 12 batang alliri.

2. Fadongko’, iaitu bahagian yang bertugas sebagai penyambung dari alliri di setiap barisnya.

3. Fattoppo, iaitu bahagian yang bertugas sebagai pengait paling atas dari alliri paling tengah tiap barisnya.


Mengapa orang bugis suka dengan struktur rumah yang memiliki kolong ( bawah rumah)?
Kononnya,sebelum islam masuk ke tanah bugis ( tana ugi’ ), orang bugis memiliki kepercayaan bahwa alam semesta ini terdiri atas 3 bahagian, bahagian atas ( botting langi ), bahagian tengah ( alang tengnga ) dan bahagian bawah ( paratiwi ). Mungkin itulah yang mengilhami orang bugis untuk embuat struktur rumah seperti itu terutama yang tinggal di perkampunga.
Orang bugis Lebih suka dengan struktur rumah yang tinggi. Mengapa saya suka ? kerana saya orang bugis. -hehe- . Sebenarnya bukan kerana itu, tetapi lebih kepada faktor keamanan dan kenyamanan. Aman, kerana binatang buas seperti ular tidak dapat naik ke atas - kebanyakan rumah di perkampung tingginya 2 meter dari tanah -.
Nyaman, faktor pengudaraan.Kerana pengaliran udara agak baik pada kedudukan yang sedikit tinggi.Angin bertiup sepoi-sepoi, walaupun udara panas.. - Dek syiling/wong rumahnya tinggi-


Bahagian - bahagian dari rumah bugis ini sebagai berikut :
1. Rakkeang, adalah bahagian diatas langit - langit ( eternit ) syiling rumah. Dahulu biasanya digunakan untuk menyimpan padi yang baru di dituai/panen.

2. Ale Bola, adalah bahagian tengah rumah.Yakni,ruang tempat dimana kita tinggal. Pada ale bola ini, ada titik central-titik pusat- dinamakan pusat rumah ( posi’ bola ).

3. Awa bola, adalah bahagian di bawah rumah, antara lantai rumah dengan tanah juga disebut bawah kolong.


Yang lebih menarik sebenarnya dari struktur rumah bugis ini adalah rumah ini dapat berdiri/dibangunkan walau tanpa perlu satu PAKU pun.Hanya dengan menggunakan kayu.
IBARAT MEMASANG PUZZLE.
Dan uniknya lagi adalah rumah ini dapat di angkat / dipindah randahkan..
simple + unik kan..
-hehe-





Sumber: http://buginese.blogspot.com/

Jumaat, 7 Januari 2011

BUGIS DI SABAH

Bugis Sabah sebenarnya bukan penduduk asal atau peribumi di Negeri Sabah. Majoriti Bugis di Sabah hari ini adalah Bugis Indonesia kerana mereka telah datang selepas kewujudan negara Indonesia yang merdeka selepas pada 17 Ogos 1945 iaitu akhir tahun 1960an, 1970an dan kemuncaknya ketika 1980an seterusnya berterusan sehinggalah ke hari ini. Mereka ini telah disemai dengan semangat cintakan tanah air mereka Indonesia dan mengamalkan budaya hidup Indonesia terlebih dahulu sebelum datang ke Malaysia. Sebab utama rakyat Indonesia ini dahulunya sanggup datang sejauh ini ke Malaysia adalah atas sebab faktor ekonomi yang menjanjikan kehidupan yang lebih baik di Malaysia berbanding di tanah air mereka.

Bugis Indonesia adalah berbeza dengan masyarakat Melayu yang banyak di Tawau ( wujud dari perkahwinan campur di kalangan suku-suku kaum Melayu seperti keturunan Suluk tempatan, Tidung Tawau, Iban Muslim, Jawa, Banjar dan juga keturunan Bugis sendiri. Ini kerana orang-orang Bugis asli dari Indonesia ini kurang gemar perkahwinan campur dengan masyarakat Melayu tempatan di Sabah. Sebaliknya mereka cenderung berkahwin dengan sesama sendiri (di kalangan Bugis Indonesia) dan hidup dengan mengamalkan cara hidup mereka sendiri iaitu adat resam dan budaya Bugis atau gaya hidup Indonesia. Mereka juga lebih suka bertutur dengan bahasa Bugis dan menggunakan loghat Bugis jika bertutur dalam bahasa Melayu.

Mengikut analisis semasa komuniti Bugis di Sabah boleh dibahagikan kepada 3 bahagian. Pembahagian kumpulan etnik Bugis adalah seperti berikut : Melayu Bugis ( 10 % ), Bugis Bertaraf Wargenegara ( 30 % ) , Bugis Indonesia Bukan Bertaraf Warganegara ( 60 % ).

Tafsirannya adalah Melayu Bugis ialah masyarakat Melayu Tawau yang mempunyai darah Bugis namun tidak mengamalkan budaya Bugis dan tidak tahu bertutur dalam bahasa Bugis. Ini kerana kewujudan mereka di Sabah sudah terlalu lama dan keturunan mereka sudah bercampur melalui perkahwinan dengan keturunan Melayu yang lain seperti Tidung, Arab, Suluk dan Bajau. Jumlah mereka adalah sedikit dan sukar dikenalpasti kerana mereka menganggap diri mereka adalah keturunan Melayu Tawau. Mereka juga hanya tahu bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Selain itu, mereka tidak ada hubungan keluarga dengan bangsa Bugis di Sulawesi selatan sebaliknya hubungan kekeluargaan mereka hanya di kalangan masyarakat Melayu Tawau yang terdiri dari pelbagai asal keturunan.

Tafsiran Bugis Bertaraf Wargenegara pula ialah kumpulan pendatang Indonesia yang dilahirkan di Sulawesi selatan dan datang ke Sabah semata-mata untuk bekerja di ladang-ladang. Kemudian mereka melahirkan anak-anak di sini yang kemudiannya mendapat pendidikan di sekolah sekolah kerajaan. Hari ini mereka dan anak-anak mereka yang telah dewasa telah pun mendapat taraf warganegara, penduduk tetap ataupun penduduk sementara.

Manakala tafsiran Bugis Indonesia Bukan Wargenegara pula ialah golongan pekerja Indonesia yang berbangsa Bugis yang terlalu ramai terdapat di negeri Sabah. Mereka ini bertaraf warganegara Indonesia dan bekerja secara sah di Sabah menggunakan pasport luar negara. Ramai yang sedang memohon taraf kerakyatan di Putrajaya.

Kebanyakan komuniti Bugis di Sabah tertumpu di daerah Tawau hingga ke kawasan daerah sekitarnya seperti Kunak dan Lahad Datu. Mengikut sejarah Tanah melayu adalah dipercayai suku kaum Bugis ini telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16.



Melayu Bugis

Melayu Bugis ialah masyarakat Melayu yang mempunyai darah keturunan Bugis atau Melayu Peranakan Bugis yang terdapat di Semenanjung Malaysia seperti di Johor dan tertumpu di kawasan Pekan , Pahang dan juga di kawasan Kuala Selangor dan kuala Linggi di Negeri Sembilan. Walau bagaimana pun masyarakat Melayu Bugis ini berbeza dengan bangsa Bugis yang terdapat di Sulawesi Selatan. Ini kerana Melayu Bugis ialah hasil perkahwinan campur antara lelaki Bugis dengan gadis Melayu tempatan yang merantau ke Tanah Melayu sejak ratusan tahun dahulu dan terbentuk dalam suasana budaya kemalaysiaan. Mereka tidak lagi tahu berbahasa Bugis dan tidak mengamalkan adat adat Bugis manakala bangsa Bugis di Sulawesi selatan masih pekat dengan pertuturan Bahasa Bugis, adat resam dan tradisi Bugis yang sangat berbeza dengan adat Melayu selain dari mengamalkan budaya hidup Indonesia. Antara mereka juga telah terputus hubungan sejak ratusan tahun. Yang ada persamaan, hanyalah dari segi warisan makanan dan seni tarian yang masih dikekalkan.


Kehadiran Melayu Bugis di Tawau

Wujudnya masyarakat Bugis di Tawau tidak dapat disangkal lagi kerana Tawau adalah pintu masuk ke negara Malaysia yang makmur dengan hasil ekonomi dan peluang pekerjaan yang amat luas kepada rakyat berbanding negara Indonesia yang terlalu padat penduduknya. Bugis di Tawau boleh dibahagi kepada 2 kategori iaitu Melayu keturunan Bugis dan Bugis Tulen. Bugis Tulen adalah berbeza dengan Melayu Bugis. Melayu Bugis ialah berasal dari kumpulan perantau lelaki berbangsa Bugis yang datang menetap di Tawau dan berkahwin dengan masyarakat tempatan. Mereka tidak lagi bertutur dalam bahasa Bugis dan tidak mengamalkan adat resam Bugis sebaliknya hanya tahu berbahasa Melayu dan mengamalkan adat tradisi dan cara hidup Melayu Tawau. Sama seperti Masyarakat Melayu keturunan Arab yang tidak tahu berbahasa Arab, masyarakat Melayu keturunan Bugis juga tidak tahu berbahasa Bugis. Masyarakat melayu Bugis ini adalah sebahagian dari masyarakat Melayu. Oleh yang demikian, mereka senang bergaul dengan sesama bangsa Melayu dan anak anak mereka bebas berkahwin di kalangan bangsa Melayu.

Mengikut Sejarah Tawau, 3 kumpulan perantau Bugis ini di antaranya ialah:

  1. Ketua Puado(seorang peniaga berbangsa Bugis Wajo yang berniaga di antara Banjarmasin dan Sandakan) mengetuai 25 lelaki terdiri Bugis, Suluk, Bajau dan Tidung dari Sandakan untuk membuka penanaman di tawau atas galakan Residen Inggeris di Sandakan.
  2. Daeng Passawa atau Pengeran Kuning bersama orang-orang dan ahli keluarganya (masyarakat Bugis Wajo yang menetap di sekitar Samarinda selama ratusan tahun) dari Kutei di Kalimantan Timur, yang bertindak atas arahan Belanda yang juga mahu menguasai kawasan penempatan di Tawau.
  3. Daing Mepata yang mengetuai 85 orang lelaki Bugis dari Sengkang-Wajo di Sulawesi Selatan untuk membuka kawasan penanaman kelapa pada di Tawau Lama sekitar tahun 1900an.

Semua lelaki Bugis ini telah berkahwin dengan masyarakat tempatan dan mengamalkan adat dan budaya hidup setempat iaitu adat Melayu. Misalnya Daeng Mepata telah berkahwin dengan gadis Bajau-Suluk Tawau dan anaknya Daeng Kerahu berkahwin dengan gadis Bugis-Suluk Tawau. Ahmat Mepata dan Jainal Kerahu adalah antara orang orang keturunan Melayu Bugis yang dikenali di Tawau dan banyak berjasa kepada masyarakat Melayu Tawau. Serang Saman adalah orang Melayu keturunan Bugis-Suluk yang berkhidmat di pejabat daerah dan pejabat residen Inggeris bersama sama pemimpin pemimpin Melayu lain seperti Kee Abdullah, Imam Mustafa dan Habib Sheikh sekitar tahun 1900an hingga 1920an ( Rujuk : Buku 'Borneo Under The Sun' , Nicholas Chung , Natural History Publication , 2005 ) . Hari ini banyak keturunan daripada Serang Saman ini menjadi sebahagian dari ahli masyarakat Melayu di Tawau. Mereka tidak lagi menganggap diri sebagai orang Bugis kerana keturunan mereka sudah bercampur baur dan berkahwin sesama orang-orang Melayu dari keturunan lain seperti Melayu Banjar, Melayu Jawa, Melayu Peranakan Arab, Melayu Suluk dan Melayu Tidung. Masyarakat Melayu Tempatan di Tawau adalah rumpun Melayu dari pelbagai keturunan seperti Melayu Tidung, Melayu Arab, Melayu Banjar, Melayu Jawa, Melayu Bugis , Melayu Suluk , Melayu Iban Muslim dan lain lain lagi.

( Nota : Menurut sejarah, kewujudan masyarakat Bugis Wajo di daerah Kesultanan Kutai di timur Kalimantan adalah bermula seawal kurun ke 15 iaitu selepas berlakunya Perjanjian Bungaya pada 18 November 1667. Perjanjian Bungaya ini ialah perjanjian yang terpaksa ditandatangani oleh Kerajaan Gowa ( Sultan Hassanudin ) selepas dikalahkan oleh angkatan laut Belanda ( Laksamana Speelman ) yang dibantu oleh orang-orang Bugis Bone ( Arung Palakka ) yang menyerang dari darat. Sebahagian orang-orang Bugis Wajo yang menyokong kerajaan Gowa tidak mahu tunduk dan patuh terhadap isi perjanjian Bungaya tersebut, mereka tetap meneruskan perjuangan melawan Belanda. Ada pula yang berhijrah ke tempat lain termasuklah ke daerah Kesultanan Kutai iaitu rombongan yang dipimpin Pua Ado yang pertama. Kedatangan orang-orang Bugis Wajo dari Kerajaan Gowa itu diterima dengan baik oleh Sultan Kutai. )


Kehadiran Bugis Indonesia di Tawau

Berbanding dengan Bugis tulen di Sabah yang lebih mementingkan akar umbi keturunan, mereka ini adalah sangat berbeza, tidak seperti masyarakat Melayu berketurunan Bugis. Ini menyebabkan Bugis Tulen ini lebih bersifat mengutamakan kaum atau bangsa sendiri dan mereka tidak suka berkahwin dengan masyarakat Melayu yang ada di Tawau. Bangsa Bugis di Tawau ini sangat menekankan adat dan tradisi Bugis dalam kehidupan mereka dimana adat Bugis mereka ini sangat berbeza dengan adat Melayu. Ini menyebabkan cara kehidupan mereka sukar diterima oleh masyarakat Melayu tempatan. Mereka juga lebih suka berhubungan rapat dengan saudara mereka yang masih terdapat ramai di Sulawasi Selatan. Bugis tulen ini sebenarnya adalah masyarakat Bugis Indonesia yang datang mencari kerja di Tawau selepas kewujudan negara INDONESIA. Pada asalnya, jumlah pekerja Bugis Indonesia ini agak terkawal kerana mereka sebenarnya dijemput untuk bekerja di ladang ladang koko, kelapa sawit dan kem kem pembalakan. Namun, setelah Tawau menjadi lubuk pekerjaan yang bergaji lumayan, kehadiran bangsa Bugis Indonesia sudah tidak terkawal.

Jumlah mereka ini semakin bertambah hingga ke hari ini sehingga mencecah ratusan ribu orang di seluruh negeri Sabah. Kehadiran mereka dalam jumlah yang terlalu ramai di Tawau begitu menyesakkan. Walaupun mengundang simpati dengan kesusahan hidup mereka di negara mereka di Indonesia namun dengan sikap sebahagian kecil daripada mereka yang suka mengambil kesempatan dan melakukan penipuan untuk kepentingan diri, mengundang pula banyak masalah kepada masyarakat tempatan. Sebab itulah, mereka dicurigai dan sukar dipercayai walaupun diterima atas dasar kemanusiaan oleh masyarakat tempatan. Mereka kebanyakan tinggal di kawasan penempatan tidak sah yang tidak diwartakan sebagai kampung seperti di kawasan perairan bakau atau di hutan hutan simpan berdekatan bukit.

Di Sabah, bangsa Bugis ini tidak diiktiraf sebagai penduk peribumi ( natives ) dan diberikan syarat yang ketat dalam pemilikan Tanah. Bugis Indonesia dapat dibezakan dengan Melayu Bugis ialah melalui nama mereka. Nama nama Bugis di antaranya ialah seperti Bachok, Ambok, Beche, Beddu, Bula, Bolong, Patawari, Mapiase dan Picho. Namun, anak anak mereka sudah tidak lagi menggunakan nama nama Bugis sebaliknya menggunakan nama nama Melayu seperti masyarakat Melayu tempatan. Loghat pertuturan Bugis Tulen atau Bugis sIndonesia ketika menggunakan bahasa Melayu juga berbeza dengan loghat Melayu tempatan namun anak anak mereka sudah malu untuk bertutur menggunakan loghat Bugis Tulen sebaliknya bertutur menggunakan loghat Melayu Tawau tidak seperti ibu bapa mereka yang pekat menggunakan loghat Bugis mereka selain bertutur dalam bahasa Bugis sendiri yang tidak difahami oleh masyarakat tempatan.

Sebenarnya orang orang Bugis ini berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia. Kewujudan mereka di Sabah adalah sejak abad ke-19, iaitu ketika wilayah Tawau menjadi sebahagian daripada kawasan jajahan orang-orang Inggeris iaitu melalui Syarikat (Berpiagam) Borneo Utara. Mengikut catatan The North Borneo Annual Volume (1955-1965) menyatakan sistem pentadbiran bermula pada tahun 1898, iaitu berikutan langkah-langkah pihak Syarikat (berpiagam) Borneo Utara membuka sebuah penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan asas-asas pentadbiran kerajaan tempatan di situ. pada 1947.( Rujuk : Sejarah Penghijrahan Bugis dari Sulawesi selepas Kemerdekaan Indonesia 1947 ).

Namun kehadiran perantau Bugis ini tidaklah ramai dan mereka semuanya telah menjadikan diri mereka menjadi sebahagian masyarakat Melayu Tawau. Mereka berkahwin dengan penduduk peribumi tempatan seperti Tidung dan Suluk dan tidak lagi berbahasa Bugis dan mengamalkan adat dan cara hidup Melayu Tawau. Misalnya, Serang Saman, seorang yang mahir dalam pengendalian urusan di pelabuhan telah dilantik oleh kerajaan British untuk menjawat jawatan di pejabat residen bersama sama Penghulu Tawau ( OKK ) iaitu OKK Kee Abdullah. Keturunan Serang Saman ini masih wujud di Tawau hingga ke hari ini dan menganggap diri mereka adalah orang orang Melayu Tawau yang mengamalkan adat dan budaya Melayu. Mereka juga tidak tahu berbahasa Bugis dan tidak ada hubungan dengan rakyat di Indonesia kerana mereka adalah rakyat Malaysia sepenuhnya yang pernah memperjuangkan bangsa Melayu ketika zaman Jepun dan penyatuan bangsa Melayu sebelum merdeka dari penjajahan British. Mereka bersama sama Datuk Abu Bakar Titingan, Penghulu Jainal Kerahu dan ramai lagi pemimpin Melayu bersatu di bawah PKMT ( Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu ) pada 1945 dan seterusnya bersatu di bawah USNO ( Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu ) pada 1961.

Namun setelah kemerdekaan Sabah melalui Malaysia pada 1963, telah muncul kehadiran warga-warga indonesia dari bangsa Bugis ke Tawau. Kesukaran mencari pekerjaan di Indonesia menyebabkan mereka sanggup meninggalkan tanah air mereka menggunakan kapal untuk datang mencari rezeki di Tawau yang menjanjikan kehidupan yang lebih menjamin kesenangan. Kehadiran mereka di Sabah asalnya adalah sebagai warga buruh yang bekerja di ladang-ladang koko, ladang-ladang kelapa sawit dan juga di kem-kem pembalakan. Umumnya, masyarakat Indonesia di Sabah, majoritinya adalah daripada kalangan Bugis.( Rujuk : Bancian Data Pekerja Asing di Sabah ). Tak kiralah yang masih memegang pasport pekerja, bekerja secara tidak sah ataupun yang diberikan taraf warganegara Malaysia.



Sejarah Bugis di Sabah

Kewujudan mereka di Tawau pada awal zaman pemerintahan British iaitu sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia adalah dalam jumlah yang sedikit. Mereka ini telah pun berasimilasi dengan masyarakat peribumi tempatan dan menjadi masyarakat Melayu. Mereka tidak tahu bertutur dalam bahasa Bugis, menggunakan lohat Melayu tempatan dan mengamalkan adat dan budaya Melayu.

Namun kedatangan orang-orang Bugis Indonesia setelah kewujudan Indonesia pada tahun 1950an hingga 1980an mereka secara beramai-ramai ke Tawau ( Malaysia ) adalah untuk bekerja di ladang ladang getah, koko dan abaka iaitu Ladang Bal Plantation sebuah ladang milik syarikat British. Ada juga Ladang Table, Ladang Abaka, Ladang Tiger dan Ladang Merotai. ( Rujuk : Sejarah Tawau dan Buku ' Borneo Under The Sun ' , Nicholas Chung , Natural History , 2005 ). Kedatangan rakyat Indonesia ini adalah berterusan hingga ke saat ini. Mereka kebanyakannya bekerja sebagai pekerja kontrak dengan izin atau juga sebagai pemegang pasport untuk bekerja di Tawau di sektor pembinaan dan sektor perniagaan.

Masyarakat Bugis sebenarnya terdiri daripada pelbagai suku kaum Bugis mengikut tempat asal mereka di Sulawesi Selatan seperti Bugis Bone, Bugis Enrekang dan Bugis Pinrang. Namun bangsa Bugis ini tidaklah sama dengan Bangsa Makasar, penduduk majoriti di Kota Makasar ( Ujung Pandang ), bangsa Toraja di Tanah Tinggi Sulawesi Selatan, bangsa Mandar di Sulawesi Barat ( Kota Mamuju ), bangsa Khaili di Sulawesi Tengah ( Kota Palu ), bangsa Buton di Sulawesi Tenggara ( Kota Kendari ) dan bangsa Minahasa di Sulawesi Utara ( Kota Manado ). Oleh kerana kepadatan tinggi di Kota Makasar yang dikuasai bangsa Makasar, bangsa Bugis banyak keluar mencari pekerjaan di kota-kota lain di Indonesia seperti Samarinda, Tarakan dan Nunukan.

Dengan adanya Tawau, bandar negara Malaysia yang terdekat, mereka berduyun-duyun datang untuk mencari rezeki di Malaysia yang memang menyediakan banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang lumayan. Di Tawau, mereka berusaha untuk mendapatkan kerakyatan negara Malaysia dengan cara tinggal dalam tempoh yang lama di Tawau. Ada di antara mereka yang lari ke sini kerana krisis ditempat mereka seperti kedatangan Belanda, maka sebab itu mereka lari merantau ke sini ada diantara mereka mengikut bangsawan mereka lari dan pengikut mereka turut serta, mencari perlindungan dari kolonial belanda.




Sumber: wikipedia

Khamis, 19 Ogos 2010

SUKU BUGIS












SUKU BUGIS :

Bugis adalah suku yang tergolong ke dalam suku-suku Melayu Deutero. Masuk ke Nusantara setelah gelombang migrasi pertama dari daratanAsia tepatnya Yunan.
Kata "Bugis" berasal dari kata To Ugi, yang berarti orang Bugis. Penamaan "ugi" merujuk pada raja pertama kerajaan Cina yang terdapat di Pammana, Kabupaten Wajo saat ini, iaitu La Sattumpugi.

Ketika rakyat La Sattumpugi menamakan dirinya, maka mereka merujuk pada raja mereka. Mereka mengelarkan dirinya sebagai To Ugi atau orang-orang atau pengikut dari La Sattumpugi.
La Sattumpugi adalah ayah dari We Cudai dan bersaudara dengan Batara Lattu, ayahanda dari Sawerigading.
Sawerigading sendiri adalah suami dari We Cudai dan melahirkan beberapa anak termasuk La Galigo yang membuat karya sastra terbesar di dunia dengan jumlah kurang lebih 9000 halaman folio.
Sawerigading Opunna Ware (Yang dipertuan di Ware) adalah kisah yang tertuang dalam karya sastra I La Galigo dalam tradisi masyarakat Bugis.
Kisah Sawerigading juga dikenal dalam tradisi masyarakat Luwuk, Kaili, Gorontalo dan beberapa tradisi lain di Sulawesi seperti Buton.

Bugis merupakan kelompok etnik dengan wilayah asal Sulawesi Selatan. Ciri utama kelompok etnik ini adalah bahasa dan adat-istiadat, sehingga pendatang Melayu dan Minangkabau yang merantau ke Sulawesi sejak abad ke-15 sebagai tenaga administrasi dan pedagang di Kerajaan Gowa dan telah terakulturasi, juga dikategorikan sebagai orang Bugis. Berdasarkan banci penduduk Indonesia tahun 2000, populasi orang Bugis sebanyak sekitar enam juta orang. Kini orang-orang Bugis menyebar pula di pelbagai provinsi Indonesia, seperti Sulawesi Tenggara,Sulawesi Tengah, Papua, Kalimantan Timur, dan Kalimantan Selatan. Orang Bugis juga banyak yang merantau ke macam negara.





PERKEMBANGAN SUKU BUGIS :

Dalam perkembangannya, komuniti ini berkembang dan membentuk beberapa kerajaan. Masyarakat ini kemudian mengembangkan kebudayaan, bahasa, aksara, dan pemerintahanmereka sendiri.Beberapa kerajaan Bugis klasik antara lain Luwu, Bone, Wajo, Soppeng, Suppa, Sawitto, Sidenreng dan Rappang.Meski tersebar dan membentuk suku Bugis, tapi proses pernikahan menyebabkan adanya pertalian darah dengan Makassar dan Mandar.
Saat ini orang Bugis tersebar dalam beberapa Kabupaten(daerah) iaitu Luwu, Bone, Wajo,Soppeng, Sidrap, Pinrang, Barru.Daerah peralihan antara Bugis dengan Makassar adalah Bulukumba, Sinjai, Maros, Pangkajene Kepulauan.Daerah peralihan Bugis dengan Mandar adalah Kabupaten Polmas dan Pinrang. Kerajaan Luwu adalah kerajaan yang dianggap tertua bersama kerajaan Cina (yang kelak menjadi Pammana), Mario (kelak menjadi bagian Soppeng) dan Siang (daerah di Pangkajene Kepulauan)








KERAJAAN BUGIS :

-Kerajaan bone
Di daerah Bone terjadi kekacauan selama tujuh generasi, yang kemudian muncul seorang To Manurung yang dikenal Manurungnge ri Matajang.Tujuh raja-raja kecil melantik Manurungnge ri Matajang sebagai raja mereka dengan nama Arumpone dan mereka menjadi dewan legislatif yang dikenal dengan istilah ade pitue. Manurungnge ri Matajang dikenal juga dengan nama Mata Silompoe. Adapun ade' pitue terdiri dari matoa ta, matoa tibojong, matoa tanete riattang, matoa tanete riawang, matoa macege, matoa ponceng.istilah matoa kemudian menjadi arung. setelah Manurungnge ri Matajang, kerajaan Bone dipimpin oleh putranya iaitu La Ummasa' Petta Panre Bessie. Kemudian saudara La Ummasa' anak dari adiknya yang menikah raja Palakka lahirlah La Saliyu Kerrempelua. pada masa Arumpone (gelaran raja bone) ketiga ini, secara massif Bone semakin memperluas wilayahnya ke utara, selatan dan barat.


-Kerajaan Makassar :
Di abad ke-12, 13, dan 14 berdiri kerajaan Gowa, Soppeng, Bone, dan Wajo, yang diawali dengan krisis sosial, dimana orang saling memangsa laksana ikan.Kerajaan Makassar (Gowa) kemudian mendirikan kerajaan pendamping, iaitu kerajaan Tallo.Tapi dalam perkembangannya kerajaan kembar ini (Gowa & Tallo) kembali bersatu menjadi kerajaan Makassar (Gowa).

-Kerajaan Soppeng :
Di saat terjadi kekacauan, di Soppeng muncul dua orang To Manurung.
Pertama, seorang wanita yang dikenal dengan nama Manurungnge ri Goarie yang kemudian memerintah Soppeng ri Aja. Dan kedua, seorang laki-laki yang bernama La Temmamala Manurungnge ri Sekkanyili yang memerintah di Soppeng ri Lau. Akhirnya dua kerajaan kembar ini menjadi Kerajaaan Soppeng.


-Kerajaan Wajo :
Sementara kerajaan Wajo berasal dari komuniti dari berbagai arah yang berkumpul di sekitar danau Lampulungeng yang dipimpin seorang yang memiliki kemampuan supernatural yang disebut puangnge ri lampulung. Sepeninggal beliau, komuniti tersebut berpindah ke Boli yang dipimpin oleh seseorang yang juga memiliki kemampuan supernatural. Datangnya Lapaukke seorang pangeran dari kerajaan Cina (Pammana) beberapa lama kemudian, kemudian membangun kerajaan Cinnotabbi. 
Selama lima generasi, kerajaan ini bubar/berpecah dan terbentuk Kerajaan Wajo. Kerajaan pra-wajo yakni Cinnongtabi dipimpin oleh masing-masing :
La Paukke Arung Cinnotabi I, We Panangngareng Arung Cinnotabi II, We Tenrisui Arung Cinnotabi III, La Patiroi Arung Cinnotabi IV. kedua putranya bersama mengemudi sekaligus sebagai Arung Cinnotabi V yakni La Tenribali dan La Tenritippe. Setelah mengalami masa krisis, saki baki tampuk kerajaan Cinnotabi dan rakyatnya bersepakat memilih La Tenribali sebagai raja mereka dan mendirikan kerajaan baru iaitu Wajo.

Adapun rajanya bergelar Batara Wajo. Wajo dipimpin oleh, La Tenribali Batara Wajo I (bekas arung cinnotabi V), kemudian La Mataesso Batara Wajo II dan La Pateddungi Batara Wajo III.
Pada zaman pemerintahan nya, terjadi lagi krisis sehinggakan Batara Wajo III dibunuh.
kekosongan kekuasaan dan pemerintahan menyebabkan lahirnya perjanjian La Paddeppa yang berisi hak-hak kemerdekaan Wajo . Raja Wajo bukan lagi Batara Wajo akan tetapi Arung Matowa Wajo hingga kerajaan wajo ini lupus pada pangkuan Negara Kesatuan Republik Indonesia.









KONFLIK ANTARA KERAJAAN :


Pada abad ke-15 ketika kerajaan Gowa dan Bone mulai berkuasa, dan Soppeng serta Wajo mulai muncul.

maka terjadi konflik perbatasan dalam menguasai dominasi politik dan ekonomi antara kerajaan.

Kerajaan Bone memperluas wilayahnya sehingga bertemu dengan wilayah Gowa di Bulukumba. Sementara di utara, Bone bertemu Luwu di Sungai Walennae. Sedang Wajo, perlahan-lahan juga melakukan perluasan wilayah. 
Sementara Soppeng memperluas ke arah barat sehingga di kawasan Barru. Peperangan antara Luwu dan Bone telah dimenangi oleh tampuk kekuasan Bone dan merampas payung kerajaan Luwu kemudian mempersaudarakan kerajaan mereka. Sungai Walennae adalah jalur dan terusan ekonomi dari Danau Tempe dan Danau Sidenreng menuju Teluk Bone. 

Untuk mempertahankan kedudukan nya, Luwu menjalinkan hubungannya dengan Wajo, dengan menyerang beberapa daerah Bone dan Sidenreng. Berikutan dari perjalinan hubungan,wilayah Luwu semakin tergeser/terundur ke utara dan dikuasai Wajo melalui penaklukan/penggabungan. Wajo kemudian bersaing dengan Bone. Inovasi Gowa kemudian merebut beberapa daerah Bone serta menaklukkan Wajo dan Soppeng. Untuk menghadapi hegemoni Gowa, Kerajaan Bone, Wajo dan Soppeng membuat perjanjian yang disebut "tellumpoccoe".






PENYEBARAN ISLAM :

Pada awal abad ke-17, datang pendakwah Islam dari Minangkabau atas perintah Sultan Iskandar Muda dari Aceh.Mereka adalah Abdul Makmur (Datuk ri Bandang) yang mengislamkan Gowa dan Tallo, Suleiman (Datuk Patimang) menyebarkan Islam di Luwu, dan Nurdin Ariyani (Datuk ri Tiro) yang menyiarkan Islam di Bulukumba.






CAMPUR TANGAN KUASA BELANDA :


Pertengahan abad ke-17, terjadi persaingan yang tajam antara Gowa denganVOC hingga terjadi beberapa kali pertempuran. Sementara Arumpone ditahan di Gowa dan mengakibatkan terjadinya perlawanan yang dipimpin La Tenri Tatta Daeng Serang Arung Palakka. Arung Palakka didukung oleh Turatea, kerajaaan kecil Makassar yang berkhianat pada kerajaan Gowa.



Sementara Sultan Hasanuddin didukung oleh menantunya La Tenri Lai Tosengngeng Arung Matowa Wajo, Maradia Mandar, dan Datu Luwu. Perang yang dahsyat mengakibatkan banyaknya korban di pihak Gowa & sekutunya. Kekalahan ini mengakibatkan Perjanjian Bongaya ditandatangani yang merugikan kerajaan Gowa.
Pernikahan Lapatau dengan putri Datu Luwu, Datu Soppeng, dan Somba Gowa adalah sebuah proses rekonsiliasi atas konflik di jazirah Sulawesi Selatan. Setelah itu tiada lagi perang yang besar sehingga pada tahun 1905-1906.ini terjadi setelah permusuhan antara Sultan Husain Karaeng Lembang Parang dan La Pawawoi Karaeng Segeri Arumpone dipadamkan.

Pada masa itu,masyarakat Makassar dan Bugis betul-betul ditaklukkan Belanda. Kekosongan kepimpinan tempatan mengakibatkan Belanda menerbitkan Korte Veklaring, iaitu perjanjian jangka pendek berkaitan pengangkatan raja sebagai pemulih kuasa kerajaan yang sempat hancur dan tidak berkuasa setelah penaklukan. Kerajaan tidak lagi berdaulat, tapi hanya sekadar meneruskan kekekuasaaan atas pemerintahan kolonial Hindia Belanda. Sehingga kemudian muncul kuasa asia yang berkuasa ketika itu ,Jepun yang menggeser keluar kuasa Belanda hingga berdirinya NKRI.







ZAMAN KEMERDEKAAN :


Para raja-raja di Nusantara wilayah suku bugis mendapat desakan oleh pemerintahan Orde Lama (Soekarno) untuk membubarkan kerajaan mereka dan bersatu dalam wadah NKRI.

Pada tahun 1950-1960an, Indonesia khususnya Sulawesi Selatan dalam kriris pemberontakan.

Pemberontakan ini mengakibatkan banyak orang Bugis meninggalkan kampung halamannya.

Pada zaman Orde Baru, budaya periferi seperti budaya di Sulawesi benar-benar dipinggirkan/diketepikan sehingga semakin terkikis/dilupakan. Melihat zaman sekarang generasi muda Makassar & Bugis adalah generasi yang lebih banyak mengkonsumsi/mempraktikkan/mengamalkan budaya material sebagai akibat kemodenan. Generasi bugis & makassar juga kehilangan jati diri akibat pendidikan pola Orde Baru yang meminggirkan budaya mereka. Seiring dengan arus reformasi, munculah wacana pemekaran/pencambahan semula. Daerah Mandar membentuk propinsi/kuasa baru iaitu Sulawesi Barat. Kabupaten/bahagian Luwu dipecahkan oleh tiga daerah tingkat dua. Sementara banyak kecamatan/daerah dan desa/kelurahan juga dipecahkan. Namun sayangnya tanah tidak bertambah luas, malah semakin sempit akibat bertambahnya populasi dan transmigrasi.





MATA PENCARIAN/REZEKI :

Kerana masyarakat Bugis tersebar di dataran rendah yang subur dan pesisir, maka kebanyakan dari masyarakat Bugis hidup sebagai petani dan nelayan. Mata pencaarian lain yang diminati orang Bugis adalah perdagangan. Selain itu masyarakat Bugis juga mengisi birokrasi pemerintahan dan mendalami bidang pendidikan.





PENGHIJRAAN :

Kepiawaian suku Bugis dalam mengharungi samudera cukup dikenal luas.
Dan wilayah perantauan mereka pun jauh sehingga Malaysia, Filipina, Brunei,Thailand, Australia, Madagaskar dan Afrika Selatan. Bahkan, di pinggiran kota Cape Town, Afrika Selatan terdapat sebuah suburb/kawasan yang bernama Maccassar, sebagai tanda penduduk setempat mengingat tanah asal nenek moyang mereka.







PENYEBAB KEPADA PROSES PENGHIJRAAN :
Konflik antara kerajaan Bugis dan Makassar serta konflik sesama kerajaan Bugis pada abad ke-16, 17, 18 dan 19, menyebabkan tidak tenangnya daerahSulawesi SelatanHal ini menyebabkan banyaknya orang Bugis bermigrasi/berhijrah terutama di daerah pesisir. Selain itu budaya merantau/berhijrah juga didorong oleh keinginan akan kemerdekaan dan kebebasan. Kebahagiaan dalam tradisi Bugis hanya dapat diraih melalui kemerdekaan dan kebebasan.





BUGIS DI KALIMANTAN TIMUR :

Sebagian orang-orang Bugis Wajo dari kerajaan Gowa yang tidak mahu tunduk dan patuh terhadap isi perjanjian Bongaja, mereka tetap meneruskan perjuangan dan perjuangan secara gerila melawan Belanda dan ada pula yang hijrah ke pulau-pulau lain.

Diantaranya ada yang berhijrah ke daerah Kesultanan Kutai, iaitu rombongan yang dipimpin oleh Lamohang Daeng Mangkona (bergelar Pua Ado yang pertama).
Kedatangan orang-orang Bugis Wajo dari Kerajaan Gowa itu diterima dengan baik oleh Sultan Kutai.
Atas kesepakatan dan perjanjian, oleh Raja Kutai rombongan tersebut diberikan lokasi sekitar kampung melantai, suatu daerah dataran rendah yang baik untuk usaha Pertanian, Perikanan dan Perdagangan.
Sesuai dengan perjanjian bahawa orang-orang Bugis Wajo harus membantu segala kepentingan Raja Kutai, terutamanya didalam menghadapi musuh.

Semua rombongan tersebut memilih daerah sekitar muara Karang Mumus(daerah Selili seberang) tetapi daerah ini menimbulkan kesulitan didalam pelayaran kerana daerah yang berarus putar (berulak) dengan banyak kotoran sungai disamping berdepan dengan latar belakang gunung-gunung (Gunung Selili).





BUGIS DI SUMATERA DAN SEMENANJUNG MALAYSIA :
Setelah kerajaan Gowa dikuasai oleh VOC pada pertengahan abad ke-17, banyak perantau Melayu dan Minangkabau yang menduduki jabatan di kerajaan Gowa bersama orang Bugis lainnya, ikut serta meninggalkan Sulawesi menuju kerajaan-kerajaan di tanah Melayu. Disini mereka turut terlibat dalam perebutan politik kerajaan-kerajaan Melayu.