Khamis, 28 April 2011

Daging LEMBU itu Daging BABI ??




بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt..
Macam-macam ada...
Lepas TELUR AYAM dipalsukan ( kLik siNi ),ada lagi satu kes terbaru dimana DAGING LEMBU plak dipalsukan??? adeh !..

Yang tak leh blah.. Dipalsukan dengan Menggunakan DAGING BABI.. erm~



Ok jom nak terangkan, "ekstrak daging lembu" ialah bahan aditif yang digunakan oleh pelbagai restoran kecil di sekitar Hefei untuk membuat daging lembu tiruan dengan menukar daging babi menjadi daging lembu dengan hanya mengambil masa selama 90 minit!

Produk "ajaib" ini telah menjadi sangat popular di restoran2 kecil di Hefei, Fujian, Jianxi dan tempat-tempat lain di seluruh China. Sebab utamanya adalah kerana daging lembu dua kali lebih mahal dari daging babi. Daging lembu dijual sekitar 20 yuan, sedangkan kos daging babi hanya 10 yuan, beberapa pemilik restoran cenderung untuk membeli satu liter "ekstrak daging lembu" yang berharga 45 yuan untuk membuat daging tiruan dan menggunakannya untuk memaksimumkan keuntungan
p/s : Terima kasih Budak Botak



Nak tengok macam mana pengekstrakkan ini berlaku??
jom layan..

 1. Extrak yang berkualiti digunakan untuk proses ini.


 2. Glazing agent digunakan bagi membuangkan rasa daging babi itu. Paket yang kecil ini sesuai untuk 50kg daging babi.


 3. Pengasinan daging babi dalam pinggan selepas itu ditambah ekstrak daging lembu.


 4. Perbandingan daging babi yang telah dicampur ekstrak daging lembu dengan daging yang belum dicampur ekstrak.


 5.  Perbandingan daging babi asli dan daging lembu palsu selepas 2 jam memasak. Daging babi yang dicampurkan ekstrak daging lembu kelihatan mirip dengan daging lembu asli.



SATU LAGI CARA PENGEKSTRAKAN DAGING BABI KEPADA DAGING LEMBU :

 1. Daging babi dipotong.


 2.  Tambah ekstrak daging lembu ia membolehkan daging babi untuk mendapatkan rasa daging lembu.

Setelah setengah jam, daging babi menjadi warna coklat.

Kemudian masukkan daging babi ke dalam air mendidih untuk memasak. Warna daging babi akan menjadi lebih gelap.



 3.  Tambah ”serbuk daging lembu” siap pada daging babi, kemudian tambah karamel.


 4. Setelah selesai, daging babi akan berubah, warna nampak seperti kicap direbus dengan daging lembu, dengan aroma daging lembu.



5. Proses terakhir ni nampak seperti daging lembu yang direbus.






P/S :
Kepada anda yang mula risau dengan paparan ini, bawak bertenang kerana proses penukaran daging babi kepada daging lembu tidak terdapat di negara kita. Ia baru sahaja dikesan di negara seperti China dan Taiwan. Jadi tidak perlu risau, cuma perlu berwaspada dengan daging import. 



Tiada ulasan: