~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa”.
(Surah al-Baqarah, ayat 237)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt..
Wanita itu lembut Jiwanya.. lembut juga Peribadi nya..
Seorang yang agak pengalah dalam banyak hal.. Betul ek?? Rasa nya yah..
Pengalah bukan maksud nya pencundang.. Makna nya disini wanita satu makhluk yang agak bertimbang rasa dan bertolak ansur.. Itu fitrah seorang wanita..
Kelembutan seorang wanita.. Itu buat laki-laki tertwan.. aiseh!.. HEHE
Dan... Wanita juga adalah seorang yang agak PEMAAF berbanding Lelaki..
عذرا
Menurut Imam Al-Ghazali,
pengertian maaf itu ialah apabila anda mempunyai hak untuk membalas, lalu anda gugurkan hak itu, dan bebaskan orang yang patut menerima balasan itu, dari hukum qisas atau hukum denda.
Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu
“terima kasih” dan “maaf“. Mungkin
bagi ramai orang perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah anda bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan ikhlas
dapat membantu memanjangkan usianya. ( Mengikut kajian sains)
Mengucapkan ‘maaf’
mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. sebab nya kami-kami nie merasakan maaf itu mahal.. erk!.. hehehe.. Akan
tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan,
meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan
kesihatannya terutama jantung.
Perempuan yang mempunyai
sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan
peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung
atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan
tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar
20% lebih cepat.
Sebaliknya tekanan darah
lelaki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan
maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan
seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar
pengakuan bersalah. Lelaki itu kurang lembut jiwa nya.. Penerimaan yang agak lama.. Adakah ini disebabkan kesan dari ego seorang lelaki??? EHEM!.. Jangan tanya kami ye..
Kajian ini dilakukan ilmuwan di
University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian
mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.
Tekanan
darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik,
iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam
arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika
tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau
serangan jantung pada orang tersebut.
Betul atau tidak. Tidak salah kalau kita memohon maaf dan mengucapkan terima kasih kan??
Panjang umur ke x,itu sudah tertulis dalam La Mahfuz..
Panjang umur ke x,itu sudah tertulis dalam La Mahfuz..
Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf
Pada ibu mu.. kekasih mu.. sahabat wanita mu.. semua wanita..
Lelaki juga yah.. HEHE
MELAKUKAN KESILAPAN ITU MANUSIA ,
MEMAAFKAN KESILAPAN ITU KEMANUSIAAN..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan