Jumaat, 1 April 2011

Janggut Kambing ?? Itu SUNNAH..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

خالِفُوا المُشركينَ، ووَفِّرُوا اللِّحى، واحْفُوا الشوارب
Maksudnya : "Berbezalah dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai." (al-Bukhari)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ibn Hajar al-Asqalani telah menyebut dalam bukunya Fath al-Bari huraian Sahih al-Bukhari bahawa jambang adalah termasuk dalam janggut. ia adalah maksud dari segi bahasa arab sendiri bagi perkataan 'lihyah' atau kita terjemahkan dengan janggut. Janggut bukan sekadar sunnah tradisi masa lalu.Ianya masih relevan pada masa ini. Nabi SAW menyuruh kita kaum muslimin memelihara janggut adalah kerana untuk membezakan kaum muslimin dan kaum kafir kerana kaum kafir suka memelihara misai dan mencukur janggut. Bahkan ianya juga adalah kerana untuk membezakan antara muslimin dan muslimat. 
-Empunya beloggg memang x sukeeee dengan KUMIS,geli !-
Perlu diingatkan bahawa dengan mengamalkan sunnah-sunnah Nabi SAW secara istiqamah dan ikhlas, pada hari akhirat kelak Nabi SAW nescaya akan mengenali ummatnya dan Nabi SAW, insya Allah akan memberi syafaat pada ummatnya yang mengikuti sunnah-sunnahnya.
Tiada istilah janggut kambing atau apa pun gelaran nya.Adakah disebabkan keadaan dan rupa bentuk nya yang agak seiras membuat ada antara kita berkata sedemikian.Ok,mai pikiaq satttt noooo
(loghat utara plak bdk sabahan nie)
Hang dok kata janggut kambing,Hang x tau kah itu sunnah Nabi.. Makna nya disini,hang dok kutuk Sunnah Nabi.Nak wat lagu mana,hormon x kuat...
Xpa lah,pasrah dan redha saja kalau terussssssssssss dikata macam tuh.. 
-HUHU-



-Tau r janggut ambo dok sejempot je,x yah dok kutuk mace kmbing pulok-
comey apa..
-Pasan plak tuan belog nie-
Yang penting,NIAT kena betul..
InsyaALLAH~





3 kali sahaja Nabi cukur. 3 cara Nabi menyimpan rambut:
Paras cuping teling (Wafra). Potong straight di paras cuping telinga.
Paras tengkok / leher (Limma)
Paras tulang belikat (Jumma)






HUKUM MEMELIHARA JANGGUT :

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum memelihara janggut. Sebahagian berpendapat hukumnya wajib dan mencukurnya adalah haram. Sebahagian yang lain berpendapat sunat muakkadah (sunat yang dituntut) memeliharanya dan mencukurnya adalah makruh. manakala sebahagian yang lain berpendapat harus.Cari punya cari, dy ada terjumpa beberapa hukum mengenai memelihara janggut mengikut 4 mazhab yang ada :


(bagi mereka yang ada hormon dan berupaya menyimpan rambut pada dagunya):
Hanbali & Maliki: haram hukum mencukur janggut; 

Hanafi: Makruh Tahrim 

Syafi'iy: Makruh (Qadhi 'Iyadh (fuqaha' Syafi'iy) berpendapat makruh dalam madzhab Syafi'iy ialah tidak dikenakan sebarang hukuman atau celaan). 
(Lihat: Prof Dr Wahbah Zuhaili, Fiqh Islami, Jld 1; Prof Dr Abd Karim Z, al Mufassal) 


Dr. Yusuf al-Qaradhawi berpendapat pendapat yang lebih pertengahan dan lebih hampir dengan kebenaran ialah pendapat yang mengatakan Makruh mencukurnya dan memeliharanya adalah sunat muakkadah.





HIKMAH MEMELIHARA JANGGUT :


..............................................................

Dari Abu Hurairah juga diriwayatkan oleh Muslim :

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda : “Bezakanlah kalian dengan orang-orang Majusi, karena sesungguhnya mereka (orang-orang Majusi) memendekkan janggutt dan memanjangkan kumisnya.”

..............................................................

Dari Nafi’ dan Ibnu Umar radliyallahu ‘anhuma berkata bahwasanya bersabda Rasulullah SAW,

“Bezakanlah kalian dengan orang-orang musyrik, Iaitu banyakkanlah janggutmu dan cukurlah kumismu.”

..............................................................

Diriwayatkan juga oleh keduanya dari Abdullah bin Umar radliyallahu ‘anhuma : 

“Cukurlah kumis kalian dan biarkan janggut kalian tumbuh.” 

..............................................................





PERINGATAN DALAM MEMELIHARA JANGGUT :


Jangan memintal janggut!

-sory tuan punya gambar-


Pintal janggut ni nabi larang.Sebab dulu org jahilliyah ni, mereka pintal janggut sebagai tanda 'good luck' sebelum pergi berperang.

Kalau mengikut trend zaman jahiliyyah, ikat janggut adalah untuk mendapatkan tuah semasa peperangan.

Kalau mengikut trend sekarang, ikat janggut dah menyerupai kumpulan rock metal Barat. 
( agak nya lah )

So,pintal2 rambut boleh.. Jangan pintal janggut ek.. -HEHE-







p/s :
-Janggut adalah mahkota lelaki manakala rambut adalah mahkota kaum hawa.. Berjanggut lah selagi mampu.. -HEHE-
-Sejemput itu comey... Ambo kato lah.. ^_^v

5 ulasan:

Nur Adibah Kamarul Baharin berkata...

Assalamu'alaikum... Haaa, smpan2 la janggut tu eyh.. Ikt sunnah Nabi semampu yang blh tp kna amalkan btul2... jgn buat pastu tnggal.. x blh tu.... Jd Muslim & pmuda yg blh bg contoh kpd Muslim yg lain dr segi peribadi, akhlak & Cara kt... insyaAllah... ^_~ ~

Noor Maizan berkata...

Salam..
Ye...comel apa ada janggut...
haha .. :)

Kejora berkata...

salam..

tuanblog punya janggut baru nak tumbuh memang ler ciput..
lama2 esk lebat lah tu..hihi

suke-suke tengok lelaki alim berjanggut..:))

Ahmad berkata...

Kalu janggut macam system of a down memang xleh la kan?hehehe

Jai berkata...

ooo tak bley ikat ek... sebab janggut saya cam bersepah tu saya ikat nak nampak kemas sket... da ada larangan kita kena patuh la. tq admin atas pencerahan