Jumaat, 29 April 2011

Medan Imam muda ( 1 ) Tiada penyingkiran



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt..



29-04-2011

Medan Imam muda bersiaran buat pertama kalinya pada jam9 malam di astro oasis.



Medan Imam muda bersiaran setiap hari jumaat.
Para imam muda memulakan medan dengan mengalunkan alunan nasyid.

Dihoskan oleh hj.dzulkarnain hj hamzah.Hos terdahulu meneruskan pengacaraan untuk musim kedua.

Format imam muda musim kedua sama seperti musim pertama dimana penjurian diambil kira dengan 50% ujian bertulis 50% ujian praktikal yang di adili oleh Mudim dan juga para mursyid.



MEDAN IMAM MUDA PERTAMA : 



TUGASAN : KELAHIRAN 

Pembukaan rancangan medan imam muda dipaparkan dengan Kejadian buang bayi yang terjadi dimana ditemui mayat seorang bayi yang dicampak ke dalam longkang.
Kejadian itu turut di ulas dan diberi hujah oleh beberapa orang Imam Muda.

Tugasan kali pertama nya ialah , mengalunkan azan dan iqamah kepada kelahiran bayi yang baru lahir.
Tapi perubahan dibuat oleh mudim dan mursyid dengan menukarkan tugasan dari ke PUSRAWI ke KEWAJA. KEWAJA merupakan pusat dimana terletaknya para wanita yang dianiaya/mengandung tanpa suami.

Para Imam muda diberi Tugasan untuk memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada para penghuni kewaja yang didiami oleh wanita mengandung yang dianiaya.
Tugasan ini adalah untuk mengurangkan sedikit sebanyak gejala/penyakit pembuangan bayi yang terjadi kebelakangan ini.



PENYINGKIRAN :

Tiada penyingkiran







INFO TAMBAHAN:  Isteri Imam Muda Azlan mengalami keguguran ketika program berlangsung.






Tiada ulasan: