Rabu, 27 April 2011

Dari LELAKI untuk LELAKI , Dari LELAKI untuk WANITA..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adam dan hawa diciptakanNYA.. Disemai rasa kasih sayang..
Agar bersemi ketenangan dan kedamaian di Hati..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt..

Wanita.. wujudmu dari rusuk kami.Tercipta nya bukan dari kaki untuk di alasi..
Bukan dari kepala untuk dijunjung.. tapi dekat di bahu untuk dilindung dan juga dekat di hati untuk dikasihi..


Jangankan lelaki biasa, Nabi Adam as pun terasa sunyi tanpa wanita. Dy?? lagi lah.. itu sudah fitrah kejadian seorang lelaki.Yakni kejadian hawa pun akibat dari rasa sunyi Adam itu sendiri. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Lihat lah,betapa hebat kewujudan kaum hawa ini kan..
Lihat saja Nabi Adam as.. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

WANITA : Kepada wanita lah lelaki memanggil ibu,mama,ummi isteri atau puteri. Macam-macam gelaran dan panggilan kan.. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu  meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.Betul kan?? Makna nya,kena jadi yang LURUS sebelum meLURUSkan..

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba2 jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Tapi... sekarang ramai yang jinak dengan Harta yang dilihat .. uhuk! 
 Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Kita sebagai lelaki juga akan menderita.. Kenapa dy cakap macam tuh?? Kang kerja mereka hanya mencantikkan diri semata.. matay!.. 
Yang sepatut nya,Kenalkan mereka kepada Allah SWT yang kekal. ( harap2 lah dy bulih buat )

Senang je nak jadi superWOMAN kat dunia dan akhirat. Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilai diri mereka. Part nie,wanita2 ini kena lah amik langkah sendiri ek.. tak kan lah kami2 nie nak bagi semua.. HEHE..

 Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman.. Hebat kan wanita???

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.. dah bengkok,kang nak diluruskan patah pulak..

Lebih banyaki lelaki yang dirosak oleh perempuan daripada perempuan yang dirosak oleh lelaki.
 Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki.Bukan nak salahkan wanita yang memperbodoh,tapi salah lelaki jugak macam kami2 nie yang nak diperbodoh.. adil kan?? dua-dua bersalah..

 Apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
KERANA APA??? Salah wanit akah?? salah lelaki kah?? Salah kepimpinan..

Bila wanita derhaka(merasa hebat lah) dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rusaklah jantung, hati dan limpa. Dan segala macam yang ada di dalamnya. Tidak lagi cantik dalam cantik luar. Tapi dah jadi cantik luar jelek dalam
Para lelaki aka kaum ku pula , jangan hanya mengharap ketaatan wanita semata tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya. (Tang nie merujuk pada diri dy sendiri)

Jinakkan diri dengan Allah, InsyaALLAH akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Tak kira apa pun akan jinak bila kita jinak pada penciptaNYA.

Kesimpulan nya macam nie.. sangat lah mudah ..
Jangan mengharap isteri seperti bayangan Siti Fatimah, kalau peribadi tidak seindah bayangan Sayidina Ali.
 Kaum ku, apakah yang harus kita perbuat?? HEHEHE..
Pandang cewek , tanya Aqal..  ^_^




P/S : Entry ni,khas ku dedikasi buat ku yang mengentry sendiri.. 
Dan siapa yang merasa perlu untuk menjadikan entry ini untuk nya..


1 ulasan:

nur maisarah berkata...

lelaki dengan wanita, dua dua ada keistimewaan. huhu

harap2 bakal suami saya nanti dapat memimpin keluarga kami dengan baik. :)