Isnin, 11 April 2011

Telur Ayam Asli VS Telur Ayam Tiruan




سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum wbt..

Hari ini kecoh pasal telur ayam tiruan gara-gara laporan dari suratkhabar kosmo. Menurut laporan tersebut, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah mendedahkan bahawa terdapat kemungkinan telur ayam tiruan telah dijual di pasaran negara kita.


Bukan itu saja, malahan kat China siap ada sekolah lagi untuk mengajar sesiapa yang berminat dengan proses pembuatan barang tiruan termasuklah telur ayam tiruan. Dan di katakan kelas untuk membuat telur tiruan mendapat sambutan yang paling menggalakkan.
Percaya atau tak untuk menghasilkan telur, ayam sudah tak diperlukan lagi. Tapi itulah hakikatnya di sana. Jom tengok proses pembuatan telur tiruan ni.
- x sian ke kat ayam-ayam atas fitrah nya betelur?? - UHUK!

CARA PEMBUATAN TELUR AYAM TIRUAN


  • Glucolactone
  • Asid Benzoic
  • Kalsium Klorida
  • Selulosa
  • Alum
  • Asid Amino
  • Pewarna Makanan
  • Sodium alginate
  • Gelatin




: ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida + Pewarna Makanan = Untuk telur kuning
2: ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida  tanpa pewarna makanan = Putih telur
3: Acuan untuk
4: Acuan untuk kuning telur




Telur kuning dihasilkan daripada bancuhan Kalsium Kloride,air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) dan pewarna makanan ditambah untuk hasilkan warna kuning. Bancuhan tadi dimasukkan kedalam acuan (4) sebanyak 2/3 daripada isipadu acuan (4) tadi.




Lepas telur kuning tadi dah beku keluar kan dan masukkan ke dalam acuan (3).  Bahagian acuan (3)  tadi dicelupkan kedalam bekas yang mengandungi Kalsium Klorida, air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) untuk menghasilkan lapisan putih telur. Biarkan telur selama 1jam untuk membeku dan  telur boleh dibasuh selepas itu.




Dengan menggunakan benang, telur yang tadinya dah membeku direndam dalam larutan parafin. Yang ni untuk proses membentuk cengkerang telur.







Dan ini hasilnya tapi telur tiruan ini dikatakan lebih mudah pecah berbanding  dengan telur ayam biasa tu.Tapi kalau dari segi rupa memang saling tak tumpah. Rasanya pon lebih sedap dari telur ayam sebenar dan rasa sedap inilah punca keracunan makanan.




Telur ayam yang dipalsukan sudah siap !.. Cantekkkk




PERBEZAAN TELUR AYAM ASLI DAN TELUR AYAM TIRUAN




Ini telur ayam asli. Salah satu hujung telur ayam apabila kulitnya dipecahkan terdapat ruang kosong / ruang udara



Telur ayam tiruan tiada ruang kosong pada kedua hujungnya itu.



Bentuk telur ayam asli selepas dikupas kesemua kulitnya. Salah satu hujungnya nampak rata.




Bentuk telur ayam tiruan selepas dikupas kesemua kulitnya. Bujur dengan sempurna, tiada bahagian rata.



Telur ayam asli tiada selaput yang memisahkan antara kuning dan putih. Nampak cantik jer.




Telur ayam tiruan mempunyai satu selaput aneh yang memisahkan putih & kuning telur.



Kalau digoreng pulak,ia akan menampakkan ada gelembung-gelembung udara yang pelik dari selalu nya. Kalau telur didarkan pulak,nnati kita try dan selidik ye..




KESAN PENGAMBILAN TELUR AYAM TIRUAN

Dikatakan kos untuk membuat telur tiruan ini cuma 0.55 Yuan setiap sekilogram kalau nak dibandingkan kos untuk telur ayam sebenar ialah 5.6 Yuan sekilogram. Patut lah pon siap buat kelas buat telur tiruan sebab untung banyak kalau nak dibandingkan dengan telur ayam. Dan khabarnya, telur tiruan ni telah menyumbang kepada masalah keracunan makanan yang semakin meningkat di China.
Telur ayam tiruan itu dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya yang terdiri dari natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon. Di mana kesan daripada memakan telur ayam tiruan dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap.








p/s : 
-Sila periksa bebetul telur anda ori ke x. 
(Jangan dok pikir bebukan pulak ek ! ) HAHA
-Kalau kita dok tiru telur ayam , sian kat ayam-ayam dok betelur... erm!

2 ulasan:

Unknown berkata...

gilak eh..makin maju btl dunia ni..
smpi tlur pn le d duplicate..
huhuhu..cian tlur2..n ibu ayam..:p

dy Rahman berkata...

sian ibu2 ayam kan..
Penat2 diowg betelur,kna cetak rompak plak hasil dowg..
ades~ kalau begini terus.. lambakan telur lah gamak nya..