Selasa, 12 April 2011

Nailah binti al-Farafishah


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum wbt..
Lama x updated Belog.Tetiba malam nie rajin plak nak ushar banyak belog berkaitan srikandi islam.
dok baca dan baca,tetiba dy terbaca entry berkaitan seorang srikandi Islam yang buat dy kagum dan sangat lah hormati.Jujur,dy sendiri tidak tahu riwayat hidup isteri khalifah uthman bin affan ini.sangat kagum dengan pendirian nya,Pendirian nya.. Yah!.. Terkesan pula di hati nie,dengan semangat dan kesetiannya terhadap suaminya.seorang wanita berumur 18 tahun berkahwin dengan lelaki berumur 81 tahun.Jauh nya perbezaan kan.Tiada yang mustahil perisitiwa dan kejadian macam ni berlaku pada zaman nie.Tapi,adakah disebabkan AGAMA nya??
HARTA banyak,x kesah lah umur berapa pun,aku sanggup..
itu kata perempuan lah.. HUHU ( x semua kan)



NAILAH AL-FARAFISHAH ( Yang Suka Memberi )


Nailah binti al-Farafishah adalah isteri Khalifah Uthman bin Affan. Saat itu Uthman bin Affan, menyambut Isteri terakhirnya, pada saat ia berusia 81 tahun sedangkan Nailah berusia 18 tahun.


 Tanya Uthman.
“Apakah engkau tak keberatan menikah dengan seorang lelaki tua bangka?”  

Nailah tersenyum sambil tertunduk malu ia berkata :
“saya termasuk wanita yang lebih suka memiliki suami yang lebih tua.”

Jawab Uthman :
“Tapi aku telah jauh melampui ketuaanku?”

Nailah tersenyum dan berkata :
” Tapi masa mudamu sudah kau habiskan bersama Rasulullah saw. Dan itu jauh aku lebih sukai dari segala-galanya.”


 Nailah terkenal sebagai seorang wanita yang cantik dan pandai. Bijak dalam bermadah ,juga arif menyusun kata indah.Bahkan suaminya sendiri memujinya..
“Saya tidak menemui seorang wanita yang lebih sempurna akalnya dari dirinya. Saya tidak segan apabila ia mengalahkan akalku.” Subhanallah!


Mereka menikah di Madinah al-Munawwarah dan sejak itu Uthman kagum pada tutur kata dan keahlian Nailah dalam bidang sastera. Kerana cintanya, Uthman sangat suka untuk memberikan hadiah kepada istrinya itu. Mereka mempunyai satu orang anak perempuan, Maryan binti Ustman.Dia seorang wanita yang cantik dan akhlaknya,isteri Khlifah Uthman bin Affan.Seorang isteri yang ikhlas,setia dan taat pada suami.Meskipun Nailah bukannya dari golongan wanita Quraisy,mempunyai ayah penganut agama nasrani namun dia tetap menonjol dari kalangan muslimah ketika itu.Ini disebabkan kelebihan kecantikkan,kebijaksanaan,kefasihan lidahnya serta kematangan fikirannya.


Nailah hidup dirumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan.Ketika pengepungan selama 50 hari,rumah Khalifah Uthman,org yg tidak berengang daripada Khalifah Uthman ialah Nailah.Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah.Tiga orang telah terbunuh.Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah,namun masih ada dua orang yg melanggar perintah itu.Muhammad bin Abu Bakar yg mengetuai pembelotan itu. Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah dan memanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yg ikal.Khalifah menegurnya
"Nailah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku".
Nailah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah,yg penting baginya ketika itu adalah melindungi suaminya. Kedua lelaki tersebut telah berada dihadapannya.Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi dengan pantas Nailah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya.Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut.Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar,dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jari tangan yang lain. Muhammad mencabut janggut Khalifah,memukul kepala dan menikamnya.Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup .Apabila Muhammad Hendak memotong kepala Khalifah,badan Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah.Mereka berdua ditolak lalu di pijak-pijak. Ketika Uthman terbunuh, Nailah berkata,
 “Sungguh kalian telah membunuhnya padahal ia telah menghidupkan malam dengan Al Qur’an dalam rangkaian rakaat.”

Sesudah pembunuhan itu,tidak seorg pun yang berani datang untuk memandi dan mengebumikan jenazah beliau.sehingga Nailah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwaitib bin Abd Uzza.mereka tidak berani mengebumikannya di waktu siang.Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazah Khalifah.Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam. Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang membawa perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam.


Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi :
"Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jika yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggarperjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah".


Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong. Walaupun  telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. Nailah menolak dan mematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya : 
"Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?". 


Lalu Nailah menjawab :
"Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan akutidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".



Sebagai seorang sasterawan dan penyair, Nailah banyak mengubah sajak dan syair yang diabadikan buat suaminya. Dia menolak perkahwinan selepas perginya Saidina Uthman. Dia tetap setia meskipun selepas kematian Khalifah. Dialah wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya..











p/s :
-cinta nya bukan kerana HARTA.. Setianya kerana kasih dan cinta nya padaNYA..
-Rasa-rasa.. ada lagi tak wanita semacam nie ek??? Kagum..




1 ulasan:

Cik tikah berkata...

untuk mencari wanita seperti dia amat mustahil tapi insyaAllah masih ada wanita yg perangainya masih indah untuk dilihat...
untuk mendidik anak, jgn diikut caranya seperti zaman kita. hndaklah dididik anak seperti zaman anak itu.
ayat tersirat tuh :)

|CIK TIKAH|