Ahad, 24 April 2011

Dia Bukan lah untukku..



Assalamualaikum wbt..
Dalam dok bermusafir.. sempat lagi nak updated belog kan??.. HEHE
dia bukan lah untukku.. eh!.. Nie bukan lagu rossa ek..
Al-Kisah ini berkaitan Luahan rasa seorang perempuan yang kini menjadi seorang WANITA..
yah,seorang wanita.. Aku bangga bila ada wanita macam nie..
Bukan nya frust,lepas tuh dok balas dendam dengan mempermainkan lelaki..
Bukan nya frust , dengan melakukan sesuatu yang akhirnya memudaratkan diri..
Dan bukan nya frust dan tak merasa erti frust selepas itu.. makna nya Mati lah kan !..
Pasti tak  rasa frust dah kan ???
Ades.. Mati kah hati mu bila mati juga cinta makhluk pada mu???
Alkisah nya bermula macam nie...............



Jujur jauh di lubuk hati ni..sebak terasa..bagi ku dia adalah seroang lelaki yg hebat di mata ku dan di mata orang tua ku.Dia berjaya menjinakkan saya dari seorang perempuan yg nakal dan keanak-anak kan kepada seorang muslimah berniqab.. Siapa yg tahan dengan diri ini ..tapi allah memberi kelapangan hatinya utk mengkhitbah ku..

19/4 dia dtg utk merisik bersama ustaz2 lain.. Dengan cincin sebentuk dan sebuah al-quran sebagai tanda.aku lah bakal zaujah nya.

Alhamdulillah mak dan ayah sangat sayangkan nya.. Perjanjian ditetapkan selama 3 tahun..
Maka bermula lah kehidupan sebagai tunangan orang..
Dia lah yang mengenalkan ku kepada ibadah-ibadah sunat,hafalan al-quran dan juga akhlak mahmudah.Banyak yang di ubah nya dari diri ku. Kerap air mata tumpah kerana terasa susah ingin mengikut arahannya.Ibadah hanya kerana di suruh...
Alhamdulillah hampir setahun aku menjadi seorang yg ikhas.Mampu hidup tanpa dia..bahagia dengan kasih sayang emak yg juga menyayanginya.Emak menjadi orang tengah perhubungan kami.Aku menjadi muslimah yg tidak lagi liar dan tidak lagi bersahabt dengan lelaki...Aku juga istiqamah dalam mengerjakan ibadah.

21/4-SETAHUN pertunangan kami..Dia menghantar 1 mesej.
Demi menjaga diri nya,dia lepaskan aku,kerana dia tidak mahu aku menunggu dalam masa yg lama itu.Katanya..tidak pantas rasanya dia mengikat ku lama-lama.Aku padanya sudah menjadi muslimah sejati..pergilah kau puteri ku kepada orang yg lebih soleh.Aku sudah berjaya mendidik mu.Pesan ku baca lah al-quran yg kuberkan padamu.Jaga lah wajah mu dengan niqab mu.....

Menitik air mata ni pabila memberitahu ibu,kepada ayah ku rahsiakan hal ini.Anak kesayangan mu telah pergi ayah...
Benar dia lelaki yg hebat,cnta nya kerana allah.Sesungguhnya ku doakan kau agar dapat mujahidah yg terbaik..





Ok.. Dy nak tanya kat korang.. Rasa-rasa korang.. LELAKI ini lelaki yang baik ataupun???
Aku perlu tahu... 

4 ulasan:

Noor Maizan berkata...

kenapa saya yang sedih ni..:(

Inspirasi HatiQ.. berkata...

salam ziarah..
Mungkin bag s'stgah org@specific tuk wanita..akn ckp laki ni jhat kot..sbb dia dtg n prgi gtu sak..lag2 lah law pmpn tue frust sbb laki tue yg ubah dia..pas dia dh brubah,llaki tue tgglkn dia..
p..bag s'sorg yg ikhlas b'ubah di jalan ALLAH S.W.T..dialah llaki yg terbaik..sbb dy hrap pmpn tue akn dpt org yg lbih baik dri drinya..
^_^..........

amny berkata...

sdiihhnyeeee..beruntung spe yang dapat laki camtuu...^^

NurMohdYussof berkata...

salam dan rahmat serta keberkatan Allah ke atas kamu..
segala urusan atasmu dan kami, Allah lah yg lebih mengetahui nya..
mengapa tidak di tanyakan halangan apa yg menimpa atas saudara seorang itu sehingga menetapkan keputusan begitu..
sesungguhnya penilaian kami amat lemah..
pemandangan kami juga masih kabur..
sabar lah saudaraku, adukan lah pada Tuhanmu, kasihNya tidak diragui, mgkin dia mahu kamu kenaliNya lebih lagi..
Kasih itu milikNya..Cinta itu titipanNya, pintalah pada Dia, hanya pada Dia..