Rabu, 20 April 2011

WANITA : Kamu Tulang Rusukku..



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rasulullah Saw menjelaskan dalam hadits-nya :
Sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atas. Jika Anda meluruskannya, sama Ertinya Anda Membengkokkannya. Jika Anda biarkan, dia akan tetap bengkok. Kerana itulah, Anda harus selalu memberikan nasihat-nasihat kebaikan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt..
Ceritera bermula dari si pemilik rusuk dan bahagian rusuk itu...




WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI : Kamu!!! 

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya,tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dancinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuahpertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". 

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak 
"Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?

WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI : Belum.

WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan?Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.......

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kitacintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semuasudah terlambat....Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuhhati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akanmenyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besarrisiko untuk kehilangan orang yang dicintai.


Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan berbanding dengan akibat yang akan diterima?? Hati-hati bila berkata.. 
PESANAN : UNTUK DIRI SENDIRI..  ^_^




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tercipta engkau dari rusuk lelaki..
Bukan dari kaki untuk di alasi.. Bukan dari kepala untuk dijunjung..
Tapi dekat di bahu untuk dilindung..
Dekat jua di Hati untuk dikasihi..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


3 ulasan:

si ngokngek berkata...

like entry nih..kenapa tulang rusuk erk,nak tahu jugak kerana saya pun wanita...hahaha

dy Rahman berkata...

si ngokngek :
lah.. dy baru nk tnya kaw wanita nie.. huhuhu..
rangkap akhir tuh menjelaskan kan agak nya..
wallahualam..
hehehe...

Inspirasi HatiQ.. berkata...

Indahnya cipTaan ALLAH.............:)