~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu ber-kenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat."
(Al-Qur'an, Surah an-Nisa ayat 3)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt..
POLIGAMI?? ISTERI BERMADU??
-hehehe-
dy nak sampaikan satu cerita berkaitan MADU2 nie.. Kiranya,lucu juga lah.. Tapi ada mesej dan perkongsian yang nak disampaikan.. Bukan cerita kosong.. hehe.. sebelum tuh,bek kita amik dan kongsi sedikit ilmu berkaitan poligami nie dulu..
Islam adalah agama fitrah yang mengiktiraf kepelbagaian keperluan dan kehendak manusia dalam hidup berpasangan. Berasaskan kepada keadaan inilah Islam membenarkan poligami yang merupakan amalan masyarakat turun temurun sejak sebelum kedatangan Islam lagi.
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)
SYARAT BERPOLIGAMI :
Berkemampuan untuk menanggung Nafkah zahir dan batin isteri-isteri dan anak-anak..
Berlaku ADIL..
-Berlaku adil dalam menyediakan kediaman..
-berlaku adil dalam giliran bermalam..
-Berlaku adil dalam bermsafir..
p/s ; Ustazah dy pernah cakap..
Nak berpoligami.. Kalau isteri pertama rumah banglo.. isteri yang lain pun kena banglo jugak..
Kalau isteri pertama sofa empuk , isteri yang lain2 kena macam tuh jugak..
Tak leh bagi kusyen murah plak.. itu dah x berlaku adil..
Semuanya kena serba-serbi adil.. MAMPU kah anda??? hehehe
Nak lebih lanjut kLik siNi
MANFAAT BERPOLIGAMI :
Sebenarnya banyak manafaat yang boleh diambil dari poligami ini atas sebab ia disyariatkan oleh Allah s.w.t. yang Maha Bijaksana yang mengetahui kebaikan yang tersembunyi tanpa tercapai oleh ilmu dan pemikiran manusia. Manfaat yang dapat kita ambil dari kebaikan poligami ini adalah seperti berikut :
a. Bagi isteri yang telah lanjut usia dan mengalami kesakitan, ia akan menyebabkan si suami hilang tumpuan dari segi batin, caranya dengan berpoligami bagi mengelak dia membuat perkara yang dilarang di sisi Islam;
b. Menambahkan hubungan antara keluarga dengan ikatan yang dibuat;
c. Kehormatan wanita akan terjaga bila ia dilindungi oleh kaum Adam yang ingin mengambilnya sebagai isteri;
d. Mengelak berlakunya perzinaan terutamanya kaum lelaki yang akan menyalurkan keinginan nafsunya ke tempat yang haram.
e. Mengelakkan perceraian bila terdapat isteri-isteri yang tidak dapat melahirkan anak;
f. Kebanyakan lelaki yang sering bermusafir ia memberi manafaat kerana tidak melakukan perzinaan apabila dia amat memerlukan;
g. Bagi isteri-isteri yang kematian suami, mereka dibantu oleh para suami dengan berpoligami;
h. Memberi kesempatan yang lebih besar untuk para isteri beramal apabila giliran isteri yang kedua;
i. Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan antara isteri-isteri digilirkan;
j. Menambahkan keturunan-keturunan;
Ini cerita yang dy nak sampaikan sebenar nya.. HEHE..
________________________________________________
Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
“Tak
sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati
saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara
tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada
sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan
pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan
penampilannya.
“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fatimah mula sebak.
“Tak. Maksud saya – ”
“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar.
“Awak
nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar
saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fatimah
semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah
bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya
berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila
memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung
minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan
jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang
diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah
yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi.
Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang
membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di
hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit
sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri
dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah
memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu
ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu
rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap
kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi
isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun
hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia
mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang
memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah,
Fikri tak ubah seperti lelaki lain.
Gerak kerja dakwah Fikri
berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta
amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan
sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya,
sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman
sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada
pemikiran pendakwah lain yangsemudanya.
Namun, Allah s.w.t. Maha
Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang
perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau
perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu petang dalam suatu program
dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari
sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah
tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga
nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya,
namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau
tidak?
Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah
merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri
berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan
yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada
Fatimah.
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
“Er, betul ke ni?” tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah
mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa
apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.
“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.
Setelah
seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa
dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya
disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu
mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa
Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih
menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti
mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin
dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah
juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau
penghalang dakwah suaminya.
“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.
Hatinya
berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak
kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya
membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama
Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif
dalam dakwah sebelum ini.
“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.
Fikri
berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh
ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
“Perjuangan,” jawab Fikri.
________________________________________________
p/s :
wanita ada rasa fobia sikit nak dengar perkataan bermadu aka poligami kan??
kan dah salah paham.. HEHE
4 ulasan:
hehe.. kan dah terlepas lelaki yang cukup baik. kekadang poligami seing di salah gunakan pada zaman ni. sebab tu ramai yang was2..
isma :
wanita selalu nya yang fobia ngn perkataan poligami ni kan.. hehehe
rugi2~
baru fikri nak habaq,dia dah mencela.. nk buat macam mana.. hehe
Best cite nih...! Prmpuan memg tkut dgn MADU tp MADU LEBAH sedap..! hihihi... Tp kadang2 memang berlaku salah faham kan dalam hal mcm ni, sb apa...??? x fham mkna sbnr mADU nih... tp si suami plak kna main peranan, iaitu yakinkan istri... tpi kalo jd mcm dlm cite ni memg bahagia sgt2... huhuh
Nak bahagia...??? kita bercinta lepas kahwin.. mcm pasangan Ustzh Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi.. sweet gitu.. hehehe~
sweet kot...untung nusaibah 2 kan.dua2 baek.:)
Catat Ulasan