Selasa, 5 April 2011

Terfikir Untuk berfikir





سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum wbt..
Membaca note yang dtag oleh sahabat ku SAF, memaksa aku untuk berfikir sesuatu yang rasa nya perlu aku fikir.
Banyak input yang dy belajar,dan banyak jugak lah persoalan yang bermain di fikiran nie.so,banyak jugak pengisian saya cilok dari dia.
-ko marah SAF,saya jual ko-
Kenapa selama nie aku tidak terfikir menda yang patut difikir ni.. Terfikir lagi nie..
yang aku dok pikir.. cinta.. kayes.. hidup.. bla bla bla bla bla bla..
Terpanggil dan tergerak hati dan pale hutak ni untuk berfikir sesuatu yang harus difikir.
Andai dikira-kira,ditambah,ditolak,dibahagi,didarab, sememangnya hari-hari kita akan berfikir sesuatu yang sememangnya harus difikir oleh sang pemikir ini.
Beza nya,apakah yang difikir itu sesuatu yang sememangnya patut difikir atau sebalik nya???
semua menda pun kita kan fikir,yakni baik ataupun tidak baik.
Baik buruk,memang kita akan fikir dulu sebab dengan berfikir menggunakan aqal kita baru kita bboleh tahu apakah yang dibuat itu sesuatu yang bawa manfaat atau sebalik nya.


Terfikir dy untuk berfikir sesuatu yang sememangnya patut difikir.




Bagaimana mahu Mengenal diri ?
Bagaimana kita mahu mengenal diri?? Kita akan kenal dengan diri kita bila kita kenal sifat-sifat yang Allah swt  sedia letak dalam hati setiap manusia dan kemampuan kita sebagai manusia mempergunakannya,

Bila kita nak tahu sifat yang ada pada diri kita ?
Bila kita di UJI.Bila masa kitadi uji,disitu kita akan melihat sifat diri kita yang sebenarnya.

Bila kita di uji 
Bila kita mengaku beriman.Sebab tu Nabi terus perintah semua sahabat yang beriman pergi buat dakwah yang mana dengan perantaraan kerja dakwah, iman akan teruji dan sifat sifat hati kita akan dapat dikenali, insyallah.

Bila kita diuji ? Macam mana ek?
Untuk belajar kenal diri sendiri, kita kena buat dakwah, dan untuk buat dakwah kita kena belajar dari 5 manusia agung.5 manusia agung yang aku maksudkan adalah, Rasul Ulul Azmi.Adapun yang termasuk rasul ulul azmi adalah Nabi Nuh AS, Ibrahim AS, Musa AS, Isa AS, dan Muhammad SAW. Maksud Ulul azmi pula adalah, ‘Nabi yang mempunyai Azam yang tinggi’, dan tingginya Azam Nabi Ulu Azmi adalah sampai satu tahap mereka minta pada Allah untuk menjadi Nabi akhir zaman, tapi Allah dah tetapkan bahawa Nabi Muhammad SAW sahaja yang jadi Nabi akhir zaman, lalu mereka minta pulak turun pangkat nak jadi ummat akhir zaman dan hanya seorang sahaja yang Allah makbulkan menjadi ummat akhir zaman. iaitu Nabi Isa a.s.Straight to the point, Bagaimana meneladani dan belajar sifat terpuji dari Nabi Ulul Azmi dalam proses mengenali diri sendiri.Kita kenal satu persatu dan mendalami nya.





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


1) Nabi Nuh AS.
Sebagaimana diketahui umum, Nabu Nuh AS mewarisi umat Nabi Idris yang telah menuhankan lima berhala utama sebagai sembahan mereka. Berhala-berhala tersebut adalah Wad, Suwa, Ya'uq, Yaguts, dan Nasr. Nama kelima berhala tersebut dahulunya adalah ulama-ulama umat Nabi Idris yang awalnya dikeramatkan lalu dimitoskan dan dituhankan.
Apa yang boleh kita belajar sifat terpuji dari Nabi Nuh AS selaku Nabi Ulul Azmi dalam proses mengenali diri sendiri adalah: ISTIQAMAH.Bagi yang tak faham erti istiqamah, bolehlah di fahamkan sebagai ‘KETABAHAN’ kerana maksud Istiqamah adalah ‘BERTERUSAN’.., yang mana jika korang buat dakwah atau apa sahaja amalam yang baik, dan korang berjaya melakukannya secara berterusan, maka korang akan mengenal sifat ISTIQAMAH yang akan mencetus ISTIKHLAS, dan akhirnya mencapai IKHLAS…
Dalam Al- Quran cerita kisah Nabi Nuh AS buat dakwah SIANG dan MALAM selama 950 tahun, sebagai bukti ISTIQAMAH.., maknanya, jika orang PAS dan UMNO boleh buat ‘dakwah’ 5 tahun sekali, pergi rumah ke rumah bagi hadiah atau duit sagu hati waktu dekat mengundi, atau orang tabligh pergi rumah ke rumah 2 minggu sekali selama 45 minit, nak lawan dengan ISTIQAMAHnya Nabi Nuh AS, adalah jauh seperti langit dan bumi, sebab Nabi Nuh buat dakwah SIANG dan MALAM selama 950 tahun…
Apa lagi nak di kata?
Orang tabligh yang belajar istiqamah 45 minit berdakwah aku tengok orang kampong dah bising, apa lagi ummat Nabi Nuh yang kena dakwah siang dan malam selama 950 tahun, tu yang mereka benci sangat kat Nabi Nuh sampai sanggup pergi berak atas bahtera Nabi Nuh. Jadi kepada mereka yang berdakwah, ISTIQAMAHlah dalam kerja korang sampai jadi mayat, atau sampai orang kampong jadi mayat.., takpe takde orang ikut atau sikit orang ikut, Nabi Nuh yang buat dakwah dekat 1000 tahun pun pengikut tak sampai seratus orang, apa nak peduli?, kejayaan dakwah bukan berjaya buat orang ikut kita, tapi berjaya ISTAQAMAH sampai mati..

Aku ulangi:

Kejayaan dakwah bukan di ukur apabila berjaya buat orang ikut kita, tapi kejayaan dakwah adalah apabila kita sendiri berjaya ISTAQAMAH buat dakwah sampai jadi mayat..  InsyaAllah!!
Alahai, lagipun tak lama buat dakwah, sampai mati sahaja, dan bila kita mati? Kalau mati petang esok, sampai esok sahajalah.. -hehe-





2) Nabi Ibrahim AS.
 Nabi Ibrahim AS juga di kenali sebagai BAPA PERGORBANAN, dan aku rasa tak payah nak terang lagi sebab tiap tiap tahun kita buat ibadat korban sembelih lembu dan kambing serta unta sambil mengenang PERGORBANAN Nabi Ibrahim AS.

 Apa yang Nabi Ibrahim Korban? 
Pendek cerita, Nabi ibrahim a.s ni takde anak, doa punya doa punya doa, umur 80 tahun lebih kurang barulah Allah bagi anak, Tapi Allah suruh Nabi Ibrahin meninggalkan anak dan isteri di Padang pasir yang takde asbab hidup selama 7 tahun lebih kurang. Maka Nabi ibrahim AS sanggup korbankan masa yang amat berharga bersama keluarga lalu pergi berdakwah..,

Pesan Nabi Ibrahim kepada isterinya:
"Bertawakkallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungi mu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguh kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat ku cintai ini. Percayalah wahai Hajar bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah."
Lalu berangkatlah nabi ibrahim a.s dengan perintah Allah meninggalkan anak yang baru lahir bersama ibunya di padang pasir yang tandus dan kudus..

Huh, orang zaman sekarang tinggal anak bini berdakwah siap ada Handphone, SMS, ada peti sejuk dan bukan kat padang pasir tapi kat taman perumahan yang segala-gala kemudahan ada.., bank commers pun dekat ajer, tapi itupun masih tak sanggup nak tinggal sekejap (bukan 7 tahun, beberapa hari jer..) kerana ugama..0h! (aku ler ni..isk..)

LEBIH KURANG 7 TAHUN KEMUDIAN…
Baginda telah pulang dengan hati yang berbunga-bunga, al-maklumlah anak dah besar, boleh main lari-lari, main sorok-sorok, ketawa-ketawa, boleh main batu seremban, congkak dan lain lain.. 
Tapi.., datang perintah baru dari Allah untuk buktikan iman dan cintanya iaitu tak boleh turun dari unta dan kena keluar lagi jalan Allah selama 3 tahun,
Menangis Siti Hajar lalu membasuh kaki suami tercinta dengan air zam-zam dan kata Siti Hajar (lebih kurang):
“Allah yang sama jaga abang dalam api, Allah yang sama juga jaga saya dan anak abang, pergilah abang, bila ini perintah Allah maka janganlah bimbang, kerana ALLAH BERSAMA KITA, ALLAH TAK KAN SIA-SIAKAN KITA.!!!

LEBIH KURANG 3 TAHUN KEMUDIAN…
Pulanglah baginda dengan hati yang sangat rindu pada anaknya, anak aku dah besar, dah pandai bercakap, boleh aku ajar itu-ini. Tapi.., Allah perintahkan Nabi Ibrahim a.s supaya mengorbankan anaknya pula, bunuh terus, sembelih hidup-hidup.

Korang semua yang aku muliakan,

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEEKOR BINATANG
TAPI DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA…
NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA SAHAJA
TAPI MANUSIA ITU ADALAH ANAK DIA…
NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH ANAK DIA SAHAJA
TAPI ITULAH SATU-SATUNYA ANAK DIA…
DAN BAGINDA TELAH MELAKUKANNYA….
Pisau telah di asah, dan telah di kenakan pada leher anaknya.Pisau juga telah di tekan ke dalam daging, dan tarik menarik telah bermula. Baginda buat sungguh-sungguh, tapi pisau tak lut, Allah tarik sifat pisau yg memotong, susah hati baginda fikir macamna nak sembelih anak dia, baginda asah pisau lagi dan sembelih lagi dan lagi akan anaknya tapi tak cedera sedikitpun .

Baginda buat berkali-kali sehinggalah datang malaikat Jibril a.s bagitahu lebih kurang cakap:“cukuplah duhai Nabi Ibrahim, engkau telah buktikan cintamu pada Allah mengatasi segala-galanya, engkau sanggup korbankan apa saja demi Allah walaupun nyawa anakmu sendiri, Maka sebagai hadiah Allah telah hadiahkan seekor kibas dari langit yang diambil dari zaman nabi Adam dulu kepunyaan Qabil(Qabil ke Habil? Kene check semula nanti) Lalu bersyukurlah akan Nabi Ibrahim a.s kerana Allah telah iktiraf iman baginda…
 Maka hadiah itu di sembelih dan telah menjadi amalan yang di tuntut oleh ummat islam sampai akhir zaman sehinggalah ke hari ini…
Jadi, Pernah tak korang ‘sembelih’ perasaan cinta korang pada anak isteri demi kerana Allah? 
Dan itulah PENGORABANAN..
Maka, apa yang boleh kita belajar sifat terpuji dari Nabi Ulul Azmi dalam proses mengenali diri sendiri adalah PENGORBANAN. Sesungguhnya, Kalau kita nak dapat kebahagian dengan harta benda. Kita kena korbankan waktu bersama keluarga, Dan kalau kita nak dapat kebahagian dengan Allah, kita juga kena korbankan kebahagian dengan anak dan isteri kita!…
Oh..   Berkorbanlah sebelum menjadi mayat…!!!




3) Nabi Musa AS
Apa yang boleh kita belajar sifat terpuji dari Nabi Musa AS?
Aku ringkaskan cerita, semua orang tahu bahawa Firaun tu sejahat-jahat manusia, sebab mengaku sebagai TUHAN..
Tapi apabila Allah hantar Nabi Musa AS berdakwah pada Firaun, Allah perintahkan Nabi Musa supaya ‘BERLEMAH-LEMBUT’. LEMAH LEMBUT di sini bermaksud HIKMAH.. 
Ni banyak nak kena belajar, terutama orang politik, korang suka sangat LAKNAT musuh korang sana sini, , sedangkan korang tidaklah sebaik Nabi Musa a.s dan musuh korang tidaklah sejahat firaun laknatullah(mengaku tuhan)…tapi, Allah tetap perintahkan Nabi Musa a.s berdaqwah dengan lemah lembut (hiqmah) pada firaun…Apa? Adakah Allah tidak tahu hakikat firaun yang tak nak langsung akan hidayat? Allah sudah tahu kerana Dia Maha Mengetahui.. tapi kenapa Allah masih perintahkan nabi Musa berdaqwah pada firaun berkali-kali?..ya..benar, kerana keuntungan berdakwah adalah untuk Nabi Musa as. Walaupun firaun tak nak ikut baginda setelah banyak kali ‘lemah lembut’… tapi hikmahnya, kesemua ahli sihir firaun pula berbondong bondong masuk ugama Nabi Musa..
Apa lagi nak di kata?
Maka, apa yang boleh kita belajar sifat terpuji dari Nabi Musa merangkap Nabi Ulul Azmi dalam proses mengenali diri sendiri adalah HIKMAH.




4) Nabi Isa AS 
Kita teruskan, apa yang boleh kita belajar sifat terpuji dari Nabi Isa AS?
Sebab aku nak cepat, aku ringkaskan terus, apa yang boleh kita belajar sifat terpuji dari Nabi Isa yang tersenarai Nabi Ulul Azmi dalam proses mengenali diri sendiri adalah ZUHUD…
Nabi Isa adalah Nabi yang paling zihud, tiada rumah, tiada harta, tiada isteri, tiada anak, tiada waris dan TIADA BAPA..
Jadi, belajarlah sifat ZUHUD, kerana ianya akan membuang KESOMBONGAN..




5) Nabi Muhammad saw
Maka, Apa yang boleh kita belajar sifat terpuji dari Nabi Muhammad SAW?
Jawapanya: SABAR YANG TIADA BANDINGAN!
Para Rasul dan Nabi bila buat dakwah, sampai satu tahap akan mintak Allah hancurkan kaum mereka, tapi nabi Muhammad SAW, SABAR sampai BAGINDA WAFAT…
Antara nikmat yang terbesar dalam hidup adalah :“HATI YANG SENTIASA BERSABAR” Kerana itu kalau korang rujuk cerita sahabat Nabi S.A.W yakni:

Bila batu dihempap atas dada Bilal Ra,
Bila Khabbab RA di heret atas bara api
Bila Sumayyah di seksa
Bila Abu Bakar Ra di pukul..
Bila Nabi di baling batu

Apakah korang ingat Allah tak boleh halang orang kapir?
Buat batu tu stop macam Neo stop peluru dalam the matrix?
Kenapa Allah biarkan saje Nabi-Nya di baling batu dan Sahabat-sahabat RA diseksa..?
Tak lain tak bukan…Kerana Allah nak uji iman mereka…dengan perantaraan sabar!
ALLAH SANGAT SUKA DENGAN GOLONGAN YANG BERSABAR DENGAN MUSIBAH!!!!
Apa pesan Nabi pada Bilal, Khabab, sumayyah, kelarga Yasir dll?
Bersabarlah…sesengguhnya Allah bersama kita..
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar…
Dan..SABAR itu kepala kepada iman….

Teringat cerita bila Nabi zakaria a.s di gergaji oleh orang kafir…Nabi Zakaria mengerang kesakitan..lalu Allah tegur, jika kamu mengeluh, kamu akan di buang daripada senarai kenabian..lalu Nabi Zakaria ‘senyap’menahan kesakitan di gergaji sampai jadi mayat..err..sampai mati… 
Teringat pada Nabi s.aw waktu di baling batu kat Taif..malaikat offer nak terbalikkan bumi taif..Nabi kata biarlah…biarlah mereka..oh..sambil air mataNabi bergenang…

Korang tahu apa itu sabar?
Sabar terbahagi kepada dua:

Satu:
Sabar dalam mengerjakan amal kebaikkan

Dua:
Sabar menahan segala penderitaan..

Jadi maksud sabar dalam mengerjakan kebaikkan adalah:
TAAT SEGALA PERINTAH ALLAH SAMPAI MATI!!!

dan maksud sabar dalam menahan segala penderitaan..adalah :
TAHAN UJIAN ALLAH SAMPAI MATI!!! SAMAADA ALLAH HILANGKAN KESUSAHAN INI DENGAN BERKAT KESABARAN SAYA, ATAU SAYA MATI MENAHAN UJIAN ALLAH!!!

Atau aku tambah lagi..SABAR SAMPAI SAYA JADI MAYAT!!!!
 Nasihat aku:- 
Sahabat..
Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini..."
Sahabat..
kalau kau nak menangis, menangislah, kalau nak bersedih, bersedihlah kerana kita akan buat perkara ini(perintah Allah) dan tanggung beban ini (ujian Allah) sampai kita jadi mayat!!!!
Sahabat..
Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."
Tahukah korang bahawa Allah sangat suka satu keadaan yang mana bila ada orang lalai pada Allah, maka Allah akan datangkan satu golongan untuk memberi peringatan, akan tetapi memang hakikat manusia tak suka di tegur..(termasuk aku kadang-kadang..oh..), lalu mereka yang ditegur ini menyusahkan utusan-utusan Allah ini, dengan mencaci, menghina, mengancam, mengugut, di baling batu dan sebagainya..
Tetapi apabila golongan ini sabar..maka Allah memandang dengan rahmat iaitu, Allah menyimpan ganjaran yang besar untuk si penyampai tadi dan Allah juga tidak mengzahirkan kemurkaannya kepada yang lalai, sebaliknya Allah simpan azab yg dahsyat di akhirat kelak dengan syarat si penyampai ini bersabar..

Maka mintak lah dengan Allah SIFAT SABAR…SABAR SAMPAI JADI MAYAT !!!!




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Bagi ku.. Kesimpulan dari kisah dan tauladan di atas,kita kena lah sentiasa istiqamah , Berkorban dengan ikhlas , Berlemah-lembut aka Berhikmah , zuhud , sabar..
Tidak kira lah dalam apa jua yang kita lakukan.Senang untuk dikata dan ditaip,tapi diperbuat???
InsyaAllah,bulih bah tuh.. kasi palan-palan bilang urang sabah.
Paling penting,sentiasa kita mendakwahkan diri kita dahulu terutama nya.Itu sebesar-besar jihad.








p/s :
-Semoga aku terutama nya dan kita semua-semua mengambil iktibar dengan apa yang disampaikan..
-Andai aku tersilap , tegur aku.. marah kalau bulih.. Jangan pukul,tapi sayang2..  Jangan biarkan aku...


Tiada ulasan: