Terdapat ralat dalam alat ini

Khamis, 14 April 2011

Slang Sabah


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

masuk kandang kambing , mengembek..  masuk kandang rimau , mengaum...
masuk kandang itik ,, kuekkk kuekkk...  masuk kandang ayam , berkokok..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum wbt..


Anduk bah,budak sabahan pula sia ni kan.. HEHE
Kalau lah apa yang dy entry kan dy buat dalam slang sabahan.. agak-agak,korang leh paham dan mengerti tak??? HEHE
Tetiba rasa nak mengentry berkaitan slang sabahan nie,akibat ditegur oleh kawan pesbuk dy.Mungkin bahasa dy agak jauh dari sabahan agak nya.HUHU.. indak baituh,sia msih lagi bah bulih sakap matsam besa.. HEHE... Bukan apa,keadaan tuh buat jadi macam tuh.Berkawan dengan ramai budak semenanjung,mengubah cara cakap tuh sikit.Apa-apa pun.. terima kasih sahabat kerana menegur dari mungkin menjadi seorang yang murtad slang sabahan. HEHE.. Slang sabahan,slang kebanggan dan pengamalan pertuturanku sejak dilahirkan.seperti yang korang tahu,di sabah punya dan didiami oleh pelbagai etnik dan kaum.Penduduk aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek.Banyak kan???? Kekadang tuh,ada jugak yang dy x paham.Tapi,kena lah belajar palan2 bilang urang sabah. HEHE... Mari kita kenal etnik nya dulu sebelum kenal bahasa aka slang nya.. HEHE

Kaum kadazandusun  :

Kumpulan etnik yang terbesar adalah kaum Kadazandusun yang merupakan satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah. Mereka adalah petani secara tradisi yang menanam padi sawah dan huma dan sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Berbagai-bagai kumpulan kecil dalam kumpulan Kadazandusun merangkumi kaum Kadazan di Penampang dan Papar, Lotud, Rungus dan kumpulan kecil yang lain di Tempasuk, Tambunan, Ranau dan daerah-daerah lain dengan sistem kepercayaan yang sama dengan beberapa variasi dari segi adat dan amalan. Kesemua etnik kecil ini menggunakan Bahasa Kadazandusun sebagai bahasa pengantar mereka.


Kaum Murut :

Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta di wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. Kebanyakan dari mereka adalah petani yang berpindah, pemburu dan sesetengah menangkap ikan sungai.



Bajau dan kumpulan yang sama :

Kaum Bajau dan kumpulan yang sama telah menetap di kawasan pantai Sabah sejak beberapa ratus tahun dan telah diiktiraf sebagai sebahagian dari penduduk asli negeri ini. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di kawasan pantai barat di samping terkenal sebagai penunggang kuda. Di pantai timur, mereka secara tradisi adalah nelayan.



Kumpulan Etnik Lain :

Kumpulan asli lain yang datang kemudian dan menetap di negeri ini termasuk kaum Suluk,berbagai-bagai kumpulan etnik Filipina selatan, Lundayeh dan Iban dari Sarawak dan Kalimantan, serta yang lain dari rumpun Melayu Indonesia.Suku kaum bugis juga merupakan yang datang ke sabah sebagai satu bangsa menetap di sabah yang kebanyakkan menetap di Tawau.Suku kaum Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di dalam kelompok ras berbilang bangsa di negeri Sabah. Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai Timur Sabah iaitu di daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.Dari aspek sosial, suku kaum ini lebih terkenal dengan kerabat pangkat diraja (keturunan dara), mementingkan soal status individu dan persaudaraan sesama keluarga. Dari segi perkahwinan,suku kaum ini lebih suka menjalinkan perkahwinan dengan keluarga terdekat dan perceraian pula merupakan hubungan sosial yang amat tidak disukai oleh suku kaum ini kerana ia meruntuhkan hubungan kekeluargaan dan bertentangan dengan nilai-nilai agama.Walaupun terdapat sesetengah penduduk asli ini masih mengamalkan hidup secara tradisi tetapi ramai daripada mereka telah berkecimpung dalam berbagai-bagai bidang sebagai pekerja kolar putih dan biru, peniaga, kakitangan perkhidmatan awam dan ahli politik.



Kumpulan Bukan penduduk asli :

kumpulan bukan penduduk asli yang terbesar di Sabah ialah masyarakat Cina. Mereka telah menetap di Sabah sejak abad yang lalu dan mereka merupakan kumpulan etnik yang terbesar selepas kaum Dusun/Kadazan.
Kumpulan-kumpulan etnik di Sabah dapat dibezakan di antara satu dengan yang lain melalui adat resam dan amalan masing-masing di samping kebudayaan kebendaan khususnya pakaian, bentuk serta penggunaan hiasan diri.Perkahwinan antara masyrakat cina dan kadazan dusun menjadikan satu etnik baru iaitu SINO.





Berbalik pada fokus utama iaitu Slang sabahan.Banyak Kekeliruan Orang Semenanjung terhadap kami-kami ni sebagai budak sabahan.Contohnya, :

Ramai yang menganggap Bahasa Sabah seperti slang Indonesia. Itulah sebabnya, ada rakan-rakan semenanjung akan menggunakan perkataan "nggak" apabila berbual dengan orang Sabah. Sedangkan perkataan "Nggak" tidak termasuk dalam kamus Slang Sabah.Yang ada hanya lah NDAK bah tuh.Ndak bermaksud Tidak.Jadi,nya terdapat kekeliruan disitu.Perkataan BAH sebenarnya tiada maksud.Dy nak describe pun dy tak tahu.Yang pasti,orang sabahan mesti ada BAH!.. hehe


Satu lagi,budak sabahan bercakap LAJU aka cepat eK?? HUHU.. selalu kena tegur dek kawan2 dari sebelah sana.. Mengatakan tak paham akibat dari terlalu cepat aka Laju berbicara.Tak pasti pula dy,samaada memang macam tuh ataupun..... erm! Mungkin cara dan kebiasaan budak2 sabahan macam kami ni berbicara dan bertutur sedemikian rupa.Apa pun,akan belajar untuk paham anda-anda semua.HEHE


Untuk pengetahuan, di Sabah sendiri mempunyai pelbagai Slang Bahasa Melayu. Tetapi kebanyakan Slang ini difahami oleh Sabahan.Sebenarnya banyak jenis dan pelbagai.Tapi dy pun tidak lah terlalu arif berkaitan ni.apa yang dy tahu,dy sampaikan.Antara Slang2 yang biasa kita dengar diketegorikan kepada :
1. Slang org Pantai Timur Sabah
2. Slang Org Dusun
3. Slang Pantai Barat
4. Slang Brunei
5. Slang kedayan
6. Slang tawau ( agak serupa dengan slang bugis sabah)



Uniknya di sabah,walaupun pelbagai dan terlalu banyak slang.. Tapi tetap dapat memahami antara satu sama lain.Harap-harap nya kat malaysia pun sama lah.Walau kita dalam kepelbagaian bahasa dan cara pertuturan.. kita masih boleh memahami antara satu sama lain.kesimpulannya,andai seseorang berubah slang kerana satu keadaan,jangan ditegur.Mungkin dia mahu menseragamkan bahasa pertuturan dan mudah difahami.macam saya!.. HEHE.. Ditegur pun bagus juga lah untuk di ingatkan.Kang lupa diri plak kan.. HEHE.. 










p/s :
-ambo suko kecek kelate dan kecek ganu..
-dy pandai ckp utara sikit-sikit.. cakap nogori sikit.. Teman baru nk blaja ckap perak..

6 ulasan:

Miss Eiza berkata...

jangan lupa..blajaq kedah jugak .. hehe

Miss Eiza berkata...

jangan lupa..blajaq kedah jugak .. hehe

mujahid berkata...

Miss eiza...
mmG nak pun.. itu pun kalau ada yang ngajaq..
Penang ngn kedah ebey kurang kn>>>
HEHEHE~

hariz chacho berkata...

Salam.

Baguuus bah! hehe

mujahid berkata...

hAriz....
as salam..
bagus bah!.. ko memang bulih bah.. HEHE

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.