Khamis, 21 April 2011

Aku Malu Bila Dipuji



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt..
Sebenarnya , Qalam ini dicoretkan pada 12.01 tengah malam 6 nov 2010..
Masih tersimpan rapi Kat note pesbuk tuh.. 
Dah lama berlalu.. Tapi suka pulak untuk dy berulang-ulang kali membaca nya.
Kenapa???.. Muhasabah diri.. Kadang-kadang kita tidak sedar.. Pujian itu memakan diri..
Riak pun berlaku.. Jadi dy lebih suka ditegur untuk peningkatan diri..
Tapi,suka juga bila dipuji.. HEHE.. 
Fitrah Manusia.. Tempat letak Qhilaf dan dosa..
Tegur aku andai aku tersalah langkah ye..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AKU MALU PADA TUHAN DAN DIRIKU..

MENDENGAR PUJIAN ORANG BUATKU..

KERANA KU TAHU , AKU TIDAK LAYAK UNTUK ITU..


ILAHI KAU MAHA MENGETAHUI TENTANG HAMBAMU INI..
DOSA DAN NODA PADA ANGGOTA DAN JIWA..
DALAM KESUNYIAN MALAM , KU POHON KEAMPUNAN..
JANGANLAH PUJIAN ORANG ITU HANYA IGAUAN..
SEDANG DAKU DALAM LEMBAH KEMURKAAN..
HULURKAN UNTUKKU LAUTAN KEAMPUNAN..
LIMPAHKAN DAKU HAMPARAN KEIKHLASAN..
HINGGA PUJIAN ATAU MAKIAN..
TIDAK AKAN MENGGUGAT PERASAAN..

TUHANKU , AMPUNKANLAH DAKU BILA AKU DIPUJI..
SEDANGKAN DIKAU MENGERTI..
DIRIKU INI BELUM CUKUP MURNI..
SIAPALAH DAKU DIBANDINGKAN HAMBA-HAMBAMU YANG SUCI..
PARA MUJAHID YANG CUKUP BERBAKTI..
SEDANGKAN AKU HANYA DI PINGGIRAN BUDI..
BELUM CUKUP HARTA , ATAU AIRMATA YANG KU CUCURI..
BELUM PUN DARAH KU TUMPAHI , ATAU NYAWA KU KORBANI..
MEREKA SUDAH MEMUJI..
SEDANGKAN BAKTIKU BELUM PUN TERBUKTI..
BAHKAN JAUHNYA ANTARA LANGIT DAN BUMI..

MAKA TUTUPILAH KELEMAHAN DIRI INI..
KETIKA DAHI MERAPAT KE BUMI , AKU TANGISI..
DALAM KESUNYIAN DINIHARI , AKU RATAPI..
AKU AMAT MALU PADA MU YA ILAHI..
AKU BIMBANGKAN NIQAF DIRI TERSEMBUNYI..
BIMBANGKAN PUJI MEMBUNUH KEJUJURAN NALURI..

WAHAI ILAHI..
AMPUNKAN DAKU KERANA TAK LAYAK DI PUJI..
AMPUNKAN MEREKA KERANA SALAH MEMUJI..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






3 ulasan:

ratna syazana berkata...

assalamualaikum...datang ikut blog kamu..sangat menarik.. :)

Cik Cempaka berkata...

betul tu..sangat setuju..

kadang2 terlupa siapa sy, bila di puji

Unknown berkata...

isi yang mantap..teruskan!!!