Assalamualaikum wbt~
Berikut
ini adalah petikan temubual dengan Dr. Jamal Al-Din Ibrahim, seorang
professor toksikologi dari California University, yang disiarkan dalam
TV Al-Rahman/Al-Rawdha, pada Disember 2, 2010
Seperti yang kita tahu, Barat mahu mengubah wanita jauh dari
kesuciannya, kewanitaannya, dan kemulian yang dianugerahkan oleh Islam
kepadanya, kepada kehidupan Barat, kepada lesbianism, kepada "Kenapa
wanita tidak boleh memiliki ramai suami?", kepada "Kenapa wanita tidak
boleh menikmati seks bebas sebelum kahwin?", kepada "Kenapa tidak boeh
difokuskan pada wanita sahaja, seperti di Barat – supaya wanita boleh
bersama wanita, tanpa memerlukan lelaki, dan lelaki boleh bersama
lelaki, tanpa memerlukan wanita?" Ini adalah isu-isu yang merbahaya.
Adakah sains mempunyai penjelasan dalam hal-hal seperti ini?
Kata DR. Jamal Al-Din Ibrahim , Berhubung
dengan persoalan wanita, masyarakat Amerika sendiri mengakui bahawa
wanita di Amerika mempunyai kurangnya hak-hak berbanding lelaki. Sebagai
contoh: Apabila seorang wanita itu berkahwin, beliau akan menggunakan
nama keluarga suaminya, dan membuang nama keluarganya sendiri. Jika dia
mengahwini A, dia akan menjadi Mrs. A. Sebelum revolusi saintifik, dan
sebelum adanya mesin-mesin, seorang wanita itu akan menjadi hamba
kepada suaminya. Beliau tidak mempunyai apa-apa hak langsung. Ini
berlaku kurang dari 250 tahun yang lampau.
Situasi
ini berkembang apabila wanita diperlukan untuk membantu lelaki dalam
kehidupan moden. Akibatnya, wanita menjadi semakin maju dalam banyak
aspek, tetapi masih ketinggalan dalam hal tentang perlunya nama keluarga
mereka dibuang.
Keduanya, wanita di Amerika
dipergunakan seperti barangan. Wanita dilihat sebagai barang. Jika
seorang wanita itu cantik, maka beliau mempunyai harga dan status
tertentu dalam masyarakat. Di universiti pun, professor akan memberi
markah yang lebih baik kepada yang cantik berbanding yang biasa. Dalam
pengiklanan, wanita yang mempunyai susuk badan yang lebih menawan akan
memenangi harga yang lebih tinggi.
SEKS
Sewaktu
saya masih menuntut di sebuah universiti, sekitar tahun 1975-1977,
mereka menjalankan kaji selidik yang menunjukkan pelajar wanita Amerika,
yang secara puratanya menghabiskan masa empat tahun di universiti,
telah melakukan hubungan seks dengan 200-300 pasangan lelaki dalam
tempoh empat tahun.
Apabila seorang wanita mengadakan hubungan
seks dengan lebih dari seorang lelaki, ia akan menjejaskan
kesihatannya, kerana hubungan seperti itu melemahkan sistem
immunisasinya.
Kata Dr.Jamal Al-Din Ibrahim , Apabila
seorang wanita itu melakukan hubungan seks dengan lebih dari seorang
lelaki... Bila dia melakukannya dengan lelaki pertama, tubuhnya cuba
menentukan identiti sperma lelaki tersebut.
Terdapat satu proses identifikasi, dan sperma itu didaftarkan dalam
tubuhnya. Ianya seperti apabila seorang itu memasuki rumah seseorang,
beliau akan dikenali, dan sama seperti kad pengenalan dihasilkan...
Lelaki ini sekarang mempunyai kedudukan istimewa. Proses ini
dikendalikan oleh sistem immunisasi. Ianya seperti apabila seorang
lelaki bekerja untuk syarikat tertentu, maka pihak syarikat ini akan
berusaha mengenali lelaki tersebut, dan memberi beliau jawatan yang
betul. Selepas itu, tubuh wanita tadi dengan mudah mengenalpasti sperma
lelaki itu, yang kini menjadi sebahagian dari wanita tersebut. Kemudian
datang lelaki lain dan mengadakan seks dengan beliau. Sekarang sistem
immunisasi terpaksa mengulangi semula proses tadi.
Ianya
menjadi lebih sukar apabila terdapat dua lelaki dalam satu masa.
Wanita-wanita di sana biasa melakukannya. Mereka ada seorang, dua, atau
tiga kekasih, dan kawan lelaki. Walaupun tidak rapat, wanita ini tetap
melakukan hubungan intim dengan kawan-kawannya. Ini akan melemahkan
sistem immunisasi.
Ia
sibuk dengan identifikasi sepanjang masa akibat hubungan seks dengan
teman yang pelbagai. Apabila usia wanita itu mencecah 30an atau 40an,
dan selepas 15 tahun terlibat dengan seks, beliau mula dihinggapi
penyakit barah payudara dan barah rahim, yang mana sudah menjadi
kebiasaan di Amerika.
Hubungan seks dengan pasangan-pasangan berbeza akan menyebabkan sistem immunisasi wanita berkenaan rosak dan menjadi lemah.
BABI
Makan
daging babi boleh menyebabkan seseorang itu bekerja kuat, tapi tidak
boleh berfikir. Pemikirannya akan menjadi lemah, kerana perutnya
terpaksa bekerja keras untuk memecahkan molekul-molekul kompleks.
Tabiat
makan daging babi didapati boleh melemahkan keupayaaan seseorang untuk
berfikir, dan juga melemahkan keinginannya untuk mempunyai perasaan
bangga dengan dirinya sendiri. Ia menghilangkan semangatnya.
Ini
telah dibuktikan secara saintifik. Ia merendahkan kandungan serotonin
dalam badan, yang berfungsi melancarkan aktiviti dan meningkatkan
perasaan banggga seseorang, dan mungkin juga menambah keceriaan
seseorang. Apabila hormon ini berada dalam badan, seseorang itu akan
menjadi ceria, tetapi daging babi pula mengurangkan kandungan serotonin
ini. Seorang pemakan babi boleh menggunakan otot-ototnya untuk bekerja,
tetapi bukan otaknya.
JANGGUT
Beberapa
orang doktor telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam
mengubati masalah impoten dengan hanya menyuruh pasakit-pesakit
menyimpan jambang dan janggut yang panjang.
Jamal Al-Din Ibrahim: Menyimpan
jambang dan janggut menggalakkan penghasilan testosteron. Apabila
seseorang yang menderitai masalah impoten dan ereksi menyimpan janggut
dan jambang, kandungan testosterone akan bertambah... Mereka mengukurnya
dalam ukuran mikrogram, dan mendapati tahap testosteron meningkat di
kalangan lelaki yang menyimpan janggut dan jambang.
p/s :
Peringatan untuk diri sendiri terutamanya
Selamat berfikir.. dan selamat beramal..
1 ulasan:
terima kasih kerana berkongsi maklumat..
Catat Ulasan