Rabu, 4 Mei 2011

Sangka Baik , Sangka buruk..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah dari kebanyakan dari syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang.” 
(Surah al-Hujurat 48: 12)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt..
Hari ni aku nak belajar dan paham apa itu bersangka-sangka.. Yakni, bersangka baik..
Ini realiti hidup sekarang.. Bukan cobaan~ HEHE

___________________________________________

* Orang beribadah disangka riak

* Orang yang “relax” disangka malas

* Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk

* Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud

* Orang makan banyak disangka pelahap

* Orang makan sikit disangka “diet”

* Orang baik disangka buruk

* Orang buruk disangka baik

* Orang senyum disangka mengejek

* Orang masam disangka merajuk

* Orang bermuzakarah disangka mengumpat

* Orang diam disangka menyendiri

* Orang menawan disangka pakai susuk

* Orang nampak ceria disangka membela


Mana tahu..
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah
___________________________________________






Oleh itu jauhilah sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah sesama manusia..
seperti musnahnya kayu dimakan api , Seperti musnahnya bandar dilahap taufan..
seperti musnahnya....... Macam-macam lagi yang boleh musnah lah..

 Satu perkara yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. 
Satu gambar,menggambarkan pelbagai cerita dari manusia yang berbeza.
Satu perlakuan menceritakan pelbagai reaksi..

Semuanya bergantung kepada bagaimana kita melihatnya Dan bagaimana kita memikirkan nya.. bersangka baik lah wahai incik.Dy.R.. 
Wallahu a’alam..





1 ulasan:

tH berkata...

insyaallah..