Ini kisah berkaitan cinta yang bersendikan diam.. Bersenikan kependaman perasaan..
Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada
sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang
punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah
lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia,
yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi
Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya
apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja
supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda
sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat
mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.
”Allah
mengujiku rupanya”,
begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa
apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih
utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan
dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah
bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara
’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di
ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa
banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena
sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair,
Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan
kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak
muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal,
Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang
dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah
lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga
miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”
Namun,
sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar
ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha
mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini
perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah
perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah.
Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang
nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan
oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki
yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya,
Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar
Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku
datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan
’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya
di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar
lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala
perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah
sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut
ditolak peminangannya?
Pada suatu hari
Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz
bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu
diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu
baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau
bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu
Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi
Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a.
dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya:
“Anda datang membawa berita apa?”
Setelah
duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan
persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada
Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan
orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau
adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah
menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau.
Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa
persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali
apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri
beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri?
Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar
perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata.
Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah
membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah
mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang
menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku
ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu
Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan
menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali,
janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan
seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah
berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong
keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa
waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg
ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu
diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah
yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan
pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun
mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum
dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan
pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi
Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai
kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang
itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia
masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia
dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan
kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasul
Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu
keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau
perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar
kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali
bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu
ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan
makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum
mengerti apa-apa.
Sesungguhnya Allah
telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul
Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di
dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang
menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri.
Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya
Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan
Fatimah?”
Ummu Salmah melanjutkan kisahnya:
“Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil
tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah
engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .
“Demi
Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri
mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak
anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi
sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang
pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi
Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan
untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi
keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh
kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin
sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai
Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wajalla sebenarnya sudah
lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau
di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.
Setelah
segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn
disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata
ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan
aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham.
Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.
Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.
Dan
ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam
suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada
‘Ali:
“Maafkan aku, karena sebelum menikah
denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang
pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau
mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fathimah berkata,
“Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”
*********************************************
Begitulah
cinta yang bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam
perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya.
Memang sukar menjadi mereka, tetapi untuk meneladani mereka tidaklah
sukar. Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, melamar gadis pilihanmu
dengan jalan yang diredhaiNya, yakni pernikahan, bukannya couple, kerana
bercouple itu banyak keburukan berbanding kebaikan. Para wanita pula,
teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun
cintakan pemuda sehebat Ali r.a.
Titipkan cintamu
kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang
terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah,
kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu.
Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang
lebih baik lagi buat kita.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
Ia adalah keberanian, atau pengorbanan..
1 ulasan:
wah..!!cinta yg agung...huhu..
tanpa ku sedar jatuh air mata bla bca bl0g ni..huhuhu..
Catat Ulasan