L.E.L.A.K.I
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah..
Lelaki kami
Asadullah,Saifullah, Tokoh ramai tak terkira,
Kini, Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali, Ramainya,Boneka
Yahudi.
Dulu, Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang dihati, Lelaki kami
menjaga,melindungi,
Kini, Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut
lari, Lelaki khianat,perogol bersiri. Itu kata wanita..
Dulu, Bila seorang wanita
teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela, Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini, Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.
Dulu, Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki
memagari sehabis daya, Tiada siapa berani menggoda,
Kini, Wanita
dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka, Wanitanya dibiar
bebas,binasa.
Dulu, Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat
kemuliaan agama,
Kini, Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi
nafsu,dunia dan seisinya.
Dulu, Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad,tekun berdakwah,
Kini, Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan,tenaga tak dikerah.
Dulu, Lelaki memperjuangkan deen
dan ummah,
Al-Farouq,Zunurain mati terbunuh,
Kini, Lelaki memperjuangkan
diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.
Dulu, Lelaki bersatu
menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini, Lelakinya berpuak
dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah,
Kembalikanlah kelelakianku, Pada kelelakian yang sebenar,
Kami Lelaki,Dia wanita,rindukan lelaki terdahulu..
Acuan madrasah Rasul..
4 ulasan:
setuju juga. :) biasalah.sebab kerana nafsu.semuanya menjadi begitu.
http://riffzam.blogspot.com/2011/05/nafsu.html#axzz1N5dFz9Id
payah juga nak jadi lelaki yang sebenar2 lelaki kan.. hehehe..
terima kasih bro!..
nice one
lelaki oh lelaki.
lelaki kini bagaikan musuh. tak boleh dipercayai langsung hatta sekecil kuman.
Catat Ulasan