Isnin, 16 Mei 2011

GURU : SEKADAR KERJAYA ATAU MINAT ?




Assalamualaikum wbt..

Hari nie , 16 hb mei.Tiap-tiap tahun pada tarikh nie akan dirai para pendidik jiwa bangsa.

Pendidik hati nurani , pendidik jati diri menjadi insan berguna.


  Cita-cita dan hasrat diri ini untuk menjadi seorang pendidik tidak tercapai.. Sedih juga,Tapi Ambil hikmah dalam setiap apa yang terjadi..

Mungkin banyak lagi cara nak jadi pendidik kan??

Bukan sekadar di sekolah.. Mungkin juga dalam berbelog , boleh menjadi seorang cikgu!..

Mendidik diri , mengajar diri , terutama nya..

Jadi guru Untuk diri sendiri !.. ^_^

Seperti kebiasaan , Hampir setiap tahun pada zaman / era persekolahan..

Akan membuat persembahan untuk majlis hari guru. Dah jadi macam kewajiban pula.Tapi , itu keadaan dan rasa yang dirindui tika ini.

Mendekalmasi puisi buat guru!..

Ini antara salah satu puisi yang di deklamasi untuk majlis Hari guru Peringkat sekolah beberapa tahun lepas..

7 tahun lepas agak nya.. Isk.. Dah lama dah..

  Walau tidak kedengaran suara dari insan kerdil ini , ku tujukan bait-bait kata indah ini kepada guru-guru pendidik jiwa bangsa..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

BERBURU ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

: Sasterawan negara , USMAN AWANG 1979




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~























P/s :

(Ada yang Kata)

Kalau dulu bidang pengajaran dan mendidik menjadi satu keinginan dan minat..

Tapi agak berbeza sedikit dengan keadaan sekarang.

Betul atau tidak , Hanya mereka yang tahu.. Menjadi guru untuk pasaran kerja dan kerjaya.

Cikgu muda,Tidak kan??? HEHEHE..

Kalau ada macam tuh.. Takpa , sekurang-kurang nya dalam untuk hanya memenuhi pasaran..

Lama kelamaan sikap dan keinginan mengajar akan bercambah menjadi seorang pendidik sejati.

Apa pun , mereka menjadi guru kerana mereka punya hati untuk mendidik.

Itu hakikat nya.Kalau tidak , tak kan lah mereka mahu menjadi seorang pendidik kan???

Walau siapa pun kamu , walau dengan niat apa pun kamu ,

Kami Hormati kamu sebagai penyampai risalah ilmu kepada kami.

Kami sanjung tinggi pengorbanan kamu..

Kami hargai kesabaran kamu..

Kemulian kamu sebagai satu posisi yang menjadikan ilmu sampai pada kami,amat-amat kami menghargai nya..

TERIMA KASIH GURUKU !





1 ulasan:

SuhaidaRani berkata...

guru bukan sekadar mengajar,..tetapi mengubah manusia biasa menjadi insan berguna,..ikhlaskan hati dalam berbakti,..:)