Sabtu, 29 Januari 2011

Kenali LELAKI , Kenali WANITA



Lelaki itu.. wanita itu..
Senang jak bah kan nak beza lelaki dan perempuan.Tiap lelaki tahu apa yang patut dipakai untuk menampakkan dia tuh lelaki.Wanita pun sama lah jugak kan.Dia berjilbab,makna nya dia wanita.Dia berkopiah,makna nya dia lelaki.Walaupun,ada jugak yang sebaliknya!
-huhuhu-
Kita tahu siapa kita,kita tahu apa yang kita patut tahu..
Tapi,tidak ramai yang tahu,dan mungkin ada yang dah tahu apa sebenarnya TANGGUNGJAWAB sebagai seorang lelaki dan wanita.
Ku tahu ku sampaikan,Sharing is caring.Harap-harap ku amalkan lah jugak kan..
-huhuhu-



............................

Bah,jom kita ngurat-ngurat sikit diri kita nie..
-hek!-

............................








-Lelaki-


1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis

bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3.Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawabkeatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik

pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.

Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yangbergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.





-Wanita-


1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).

7. - Talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haiddan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dengan seorang wanita.

9. - Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

10. - Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak.

11. - Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).



................................




Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap

4 wanita ini:

Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.



Manakala seorang wanita pula, tanggungjawabterhadapnya ditanggung oleh

4 orang lelaki ini:

suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.




................................




Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu

Syurga yang disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja :

Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat

suaminya dan menjaga kehormatannya.




Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan

tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.










Tiada ulasan: