Khamis, 11 Ogos 2011

CINTA HATI IZWAH




Cinta,
karya indah sang pencipta
Dimulakan di Syurga
Dirasukkan dalam jiwa Adam dan Hawa
Lalu di anak pinakkan dalam setiap jiwa dengan kadar yang berbeza.
Cinta sebenarnya tidak buta,
Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan
Yang buta adalah bila cinta itu menguasai dirimu
tanpa suatu pertimbangan.
CINTA, MENYINTAI, atau DICINTAI
itu adalah lumrah sifat kejadian Manusia.
Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri.
Pilihan adalah terpulang kepada kita,
Jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya di berkati.
dan sekiranya berlandaskan nafsu, pasti akan terhumban ke lembah kehinaan.
Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya,
sebab keelokkan paras dapat menyesatkan.
Jangan pula tertarik kepada kekayaannya,
kerana kekayaan dapat musnah
Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum
kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari hari yang gelap menjadi cerah.
'' cinta hati izwah ''


Tiada ulasan: