Selasa, 21 Jun 2011

USTAZAH PILIHAN



Assalamualaikum wbt..
kesibukkan membataskan untuk mengentry dengan lebih kerap.
Ustazah Pilihan,Pernah dengar tak berkaitan program ni???
kLik sini  untuk artikel penuh.




Kejayaan Konsep Imam muda membawa kepada terbit nya program realiti ini.
persamaan program ini,syiar dan ilmu islam disampaikan.
Manakala perbezaan nya,pengisian dalam imam muda di isi oleh sang adam manakala ustazah pilihan pula oleh kaum Hawa.

Konsep Ustazah Pilihan 2011
Menerusi konsep Ustazah Pilihan ini, sebanyak 10 Muslimah akan dipilih menerusi siri pencarian di beberapa buah negeri.
Mereka yang layak akan ditempatkan di ibu kota untuk menjalani kursus melalui mata pelajaran yang telah ditentukan bagi memantapkan lagi pengetahuan dan ilmu mereka dalam aspek hal ehwal semasa.
“Kesemua peserta akan diberi tugasan tertentu selama lapan minggu berlandaskan format kitaran kehidupan.
“Format ini meliputi tugasan-tugasan yang akan mereka lalui berdasarkan isu-isu semasa yang dihadapi oleh wanita masa kini. Pendekatan yang akan digunakan adalah relevan dengan realiti wanita di zaman moden,” tuturnya.


Format Permarkahan Ustazah Pilihan 2011
Dari segi pemarkahan, mereka akan dipecahkan kepada dua kumpulan dan akan dibimbing oleh para Mursyidah (mentor) yang akan menerima nasihat dan pantauan keseluruhan dari Mudirah (Pengetua).
Markah akan diberikan kepada kumpulan dan individu dalam kumpulan mengikut hasil kerja berkumpulan yang dilaksanakan setiap minggu.Lebih istimewa, setiap warga kerja yang terpilih menjayakan program ini adalah di kalangan wanita.
“Kami sedang berusaha untuk merealisasikan bahawa kesemua yang terlibat dalam produksi ini adalah wanita.
“Malah kita mahu penonton yang hadir pada setiap minggu juga di kalangan penonton wanita sahaja,” katanya.


Temuduga Ustazah Pilihan 
Bagi yang berminat untuk menjadi pendakwah dan ikon muslimah, dijemput hadir ke sesi temu duga yang akan diadakan seperti berikut
dari pukul 8 pagi hingga 5 petang:
9 Julai 2011 - Swiss-Inn Sg Petani, Kedah
15 Julai 2011 - Hotel Sumai Suite, Kuala Terengganu
23 Julai 2011 - Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru.
30 & 31 Julai 2011 - Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur

Syarat Penyertaan Ustazah Pilihan 
Sesi ujian dan temu duga terbuka kepada semua wanita warganegara Malaysia yang beragama Islam berusia 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan.Bagi yang berminat perlu membawa salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai pengetahuan agama Islam dan hal ehwal semasa yang baik serta menutup aurat.


Ada baik , ada buruk dari program yang diterbitkan ini.Mungkin saja akan mencetus fenomena seperti program imam muda,atau mungkin juga tidak.
Penerbitan program ini,ada yang menyokong dan ada juga yang tidak bersetuju.
Belum lagi rancangan dan sesi pemilihan diadakan,telah banyak respon yang di terima.
dari itu,wujud beberapa page yang menyokong juga yang tidak bersetuju..







Perlukah Rancang ini diterbitkan???

1.Realiti TV
Dipertontonkan segala perilaku dan apa saja yang mereka lakukan.
Perlukah ditayangkan kepada umum??
Andai saja Lelaki,xpa kot.. WANITA??? erm~

2.sifat Al-Haya (Pemalu)
Dah sebati dan dizahirkan wanita itu punya sikap al-Haya yakni seorang yang pemalu.
Andai saja dipertontonkan,takut2 fitnah akan terjadi.
Bila dah popular segala aib akan dicari gali dan dicanang. Tak kah merosakkan martabat wanita itu sendiri??
Yang malu??? Wanita itu sendiri...
Dimana kah letak nya,rasa HEBAT seorang wanita itu andai dipertontonkan???
segala macam apa yang ada,diperlihat.. 
Apa yang anda fikir wahai Sang suami atau bakal suami???

3.Penampilan
Sudah tentu Tabbaruj akan berlaku. Kenapa???
Dah di lihat seantero dunia,tak kan penampilan ala kadar kan??
Sifat dan penampilan sederhana pasti akan berubah kepada............
sendiri fikir...

4.Kecantikan diperagakan
Wanita yang lawa lagi cantik pasti akan digilai,dan diminati dek lelaki.
Kecantikan wanita akan diperagakan di hadapan ramai lelaki ajnabi.
Lelaki saja yang akan paham bagaimana kecantikan ini menjadi kepenggunaan dek lelaki.
Rasa nya,baik simpan kecantikan itu hanya untuk sang Rijjal mu..

5.Bendera JEPUN..
Terfikir,bagaimana dakwah dan ilmu akan disampaikan andai keadaan ini terjadi??? HEHE
Diberi kelonggaran untuk rehat seketika agak nya.. HEHE


Dalam ketidakbaikkan yang ada,ada juga kebaikan yang diperoleh dari Program ini.

Mesej tentang ilmu agama , Aurat , dan perilaku wanita islam mungkin dapat ditonjolkan dan diperlihat kepada penonton.Bukan susah sebenar nya untuk menjadi seorang Wanita islam sebenarnya.

Dapat juga melahirkan ramai pendakwah wanita yang disegani yang mampu memberi tauladan dan kebaikan kepada ramai orang.Penerbitan Rancangan ini juga sedikit sebanyak menjadikan wanita islam terkejar-kejar menjadi seorang ustazah Pilihan.Tapi biar lah niat berubah dan peralihan itu hanya keranaNYA.

Harap-harap juga penerbitan program ini mengubah selera remaja wanita untuk beralih mendekati rancangan yang lebih kepada keilmuaan dan keagamaan berbanding hiburan.



p/s :
Pasti ramai lelaki yang dok ushar nak cari calon..
Kalau saya?? erk!.. Cari lain lah.. HUHU




1 ulasan:

nursakinah berkata...

ada baik, ada buruk. boleh cuba buat, dan BUAT BETUL-BETUL. utamakan mesej yang nak disampaikan, bukan populariti dan ranking penonton. insya Allah, semoga ada hikmah...