Rabu, 8 Jun 2011

WANITA DAN NAFSU



Walaupun wanita lebih dari segi nafsu dan lemah akal,namun Islam telah membuka rahsia tentang cara menundukkan nafsu(emosi) mereka.Diantara cara untuk menundukan nafsu wanita ialah:



1)Dengan ilmu.

hanya dengan ilmu sahaja wanita boleh tunduk dan diredakan emosi dan nafsunya.Kerana,dengan bertambah ilmu akan meningkatlah iman dan takwanya sehingga bertukar nafsunya kepada nafsu yang tinggi martabatnya disis Allah,iaitu sekurang-kurangnya nafsu mutmainnah(nafsu yg tenang).

oleh itu bagi para wanita yg ingin memperbaiki dirinya atau para pemimpin yg ingin melihat kaum menjadi golongan yg baik dan mudah dipimpin,hendaklah diberi ilmu pengetahuan kpd kaum wanita,terutama ilmu pengetahuan yg berhubungkait dengan persoalan iman dan taqwa serta persoalan Islam dan ehsan.Tanamkan didalam hati mereka,rasa keTuhanan(jiwa tauhid),cinta syurga dan takut kepada neraka.

Bila wanita memiliki ilmu,bererti ia memilik panduan dan pedoman hidup.Dengan itu mudah bagi mereka untuk menilai buruk baik sesuatu perkara itu.Di samping itu ia mudah pula mengetahui kedudukan dan peranan dirinya.


2)Melahirkan banyak anak.

setiap wanita yg melahirkan seorang anak,emosinya akan menurun satu tingkat.Kalau banyak kali ia melahirkan,maka makin rendah menurun graf emosinya.Oleh sebab itu,menurut pandangan Islam diantara sifat wanita yg dianggap terbaik ialah yg mempunyai ramai anak.Kerana dengan ramai anak,nafsu dan emosinya terdidik dan dapat diredakan.

sabda Nabi S.A.W maksudnya,:"Kahwinlah wanita yg bersifat pengasih dan keturunan subur(boleh melahirkan ramai anak).." (Riwayat Ahmad)

sabda Nabi S.A.W lagi,maksudnya,:"Sebaik-baik wanita ialah yg subur atau ramai anak,walaupun berkulit hitam.Ia lebih baik daripada yg cantik tetapi mandul." (Riwayat At Tabrani).

rupa-rupanya pujian Nabi S.A.W terhadap wanita yg ramai anak mempunyai hikmah yg tersirat disebaliknya.Bagi orang yg mengambil perhatian dan memandangnya dengan iman dan taqwa serta dengan mata hati tentu dapat memahami rahsia yg tersirat itu.Maka beruntunglah lelaki yg berkahwin dengan wanita yg subur rahimnya,kerana mudah ditundukan nafsunya.


3)Dipimpin dan dididik oleh lelaki berwibawa.

Seorang wanita mengkagumi seorang lelaki itu bukan kerana kegagahan dan kekuatan fizikalnya.Tetapi kerana kekuatan dan kepintaran akalnya.Tanda lelaki pintar akalnya ialah yg petah bercakap dan mengandungi banyak ilmu serta hikmah dalam setiap percakapannya.

sabda Nabi S.A.W maksudnya,:

"Kecantikan pada seseorang lelaki itu ialah pada lisannya." (riwayat Al Hakim)

seorang suami yg lemah akal akan mudah ditundukan oleh isteri dan ia menjadi hamba kepada isterinya.Seorang isteri susah utk menghormati suaminya yg lemah akal,kecuali isteri yg beriman.Oleh sebab itu salah satu jalan utk menundukkan nafsu dan emosi wanita,maka hendaklah ia dipimpin dan dididik oleh lelaki yg pintar,sama ada ia selaku guru,atau bapa atau saudaranya(abang) atau suaminya atau oleh pemimpinnya dalam sebuah masyarakat.


wallahualam~





4 ulasan:

Nur Syazana Mohammed Sani berkata...

ilmu yang bagos ^^

Unknown berkata...

huuuu :D

FarizDanialz berkata...

saya suka post ni.. sangat berkait dengan post saya yang ini.

namun perkataan 'wanita dan nafsu' lebih sesuai ditukar menjadi 'wanita dan emosi'

kerana emosi perempuan ada kelebihan dan kekurangannya


anyways, nice entry =]

Maksud sebenar "Lelaki 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal"
► Play. ▌▌Pause.

kindergartenlibrary berkata...

entri yang sangt berguna ~