.....................................................................................
“Dan janganlah kamu berkahwin Dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan Sesungguhnya seorang hamba perempuan Yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) Dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan Sesungguhnya seorang hamba lelaki Yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan Dengan izinNya. dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).” (al-Baqarah: 221)
.....................................................................................
Dah sifat + lumrah kita sebagai manusia yang tak pernah puas dalam apa jua yang kita miliki..
LELAKI semestinya mengharapkan seorang WANITA yang cantik menjadi pendamping hidup nya.begitu juga wanita.Mendambakan seorang LELAKI yang kacak + (handsome)semboy bak kata orang-orang sabahan.
Comel dan segak si lelaki itu dipengaruhi oleh bayangan anak yang bakal dihasilkan..
-katanya-
'tau lah aku nie x lawa/semboy,so biarlah aku cari yang lawa/semboy.x lah bidak AKA jelek anak aku nanti'
Padahal tak sedar diri yang empunya diri tuh tak der lah cantek mana pon kan.. Tapi masih bersungguh untuk mendapatkan bakal suami/boipren yang semboy/jambu untuk mengharapkan anak yang dilahirkan nanti anak yang comel dan comel.. dan comel.. dan comel..
-huhuhuhu-
Satu kajian penyelidik yang dibuat oleh golongan wanita di Britian mendapati ramai wanita memilih selebriti yang hensem dan tampan sebagai penderma sperma bagi mereka.. sperma paling laris ialah milik George Clooney dan David Beckham..!! OMG.. boleh meh..?? kau ingat kalo pakai sperma Khairul Fahmi anak ko nanti leh jadi penjaga gol hebat..?? tak mungkin la kot!!
Tambah sekarang nie muncul pulak pelakon-pelakon Korea yang Fesyen rambut kalah kucing siam tu.. memang cair habis wanita
-huhuhu-
yang si lelaki pon kalau dah taw tren zaman sekarang pempuan dok cari yang macam Korean.. ramai lah jugak bersungguh simpan rambut sampai tutup telinga semata2 nak jadi mamat-mamat Korea!!
Cukup hanya sekadar buat yang mampu..
-simple de best-
Lagi satu,Sampai sekarang masih lagi tidak boleh aku percayai yang teknik klon dan pinjam2 sperma nie akan hasilkan bayi yang hebat!!
yer lah,semuanya kerana ketentuan yang maha kuasa iaitu Allah swt..
so,tak payah lah korang risaukan pasal pakwe korang yang tak hensem, cute dan comel tu sebab Allah swt boleh tunjukan kepada umatnya pelbagai bentuk rupa manusia..
Dan sebaik-baik kejadian yang diciptakan Tuhan adalah kita ,MANUSIA.
Kita kena redha akan ketentuannya..
Apa yang seharusnya kita harapkan adalah anak yag soleh dan solehah.
Bekalan kita juga bila kita sudah pergi tak kembali kan????
..........................................
-JOM KITA LAYAN BEBERAPA DOA UNTUK MENDAPATKAN ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH-
..........................................
DOA UNTUK ANAK SOLEH
SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128
رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
DOA AGAR DIBERI ZURIAT YG MENYEJUKKAN HATI
SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
P/S :
Doa tanpa usaha pun x jadi juga.. So usaha , doa , tawakal , pasrah dan redha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan