Rabu, 6 Julai 2011

CANTIKMU adalah AURATMU



Dikatakan dalam hadis Rasulullah saw, bahawa wanita adalah aurat. 
Maka aurat itu wajib ditutupi. Semua tidak akan terealisasi jika penampilannya selalu mempamerkan aurat, yang sentiasa menebar pesona keindahannya.

 

Keindahan bentuk tubuh yang memikat, yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepadamu, misalnya paras cantik menawan dan memikat hati bagi siapapun yang melihatmu sampai mengundang desak kagum para lelaki. 


Ingatlah! Semua itu akan ditelan usia. Wajah cantik akan kerepot dimakan usia, kemudian mati dan jadi santapan cacing-cacing tanah dalam kuburnya.

Kecantikan fizik & luaran bukanlah menjadi jaminan keimananmu seseorang, lebih-lebih kecantikan itu mampu dimanipulasi.Kekadang,yang tak lawa pun jadi lawa dek mekap tebal 2 inci.


Dari dalam hati akan muncul kecantikan yang hakiki. Dari dalam hati pula munculnya keimanan. 
Kerana baik buruknya seseorang tergantung dari hatimu. 
“sesungguhnya, didalam tubuh terdapat segumpal daging, yang apabila ia baik, maka baik pula seluruh tubuhnya, dan apabila ia rosak, maka rosak pulalah seluruh tubuhnya. Ketahuilah, itulah hati.” 
(HR. Bukhari Muslim)

Agamamu dapat kelihatan dari luar, tapi imanmu hanya ada dalam hatimu. 
Kepada Allah SWT tempat untuk melunakkan hatiku,hatimu,hati kita semua dan membimbingku,membimbingmu,membimbing kita semua ke Shirathal Mustaqim, bukan maqdlubi alaihim wallad dlaallin.


Ketika mutiara memberi pesona pada wajah yang cantik
Dan meninggikan kecantikannya
Maka engkaulah wajah cantik
Yang memberi pesona pada mutiara
Ia tak menghiasimu
Tapi ia dihiasi oleh kecantikanmu...









1 ulasan:

Nur Syazana Mohammed Sani berkata...

iman mu hanye ad dalam hati mu ,. yeah ! zana setuju ^^

moh la tinggal kan kutukan bernas d entry terbaru zana =)

http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/wordless-wednesday-4.html