kenapa cinta aku tidak terbalas?
Apa salah aku?
Apa kekurangan aku?
Kenapa dia tidak menerima cinta aku?
Aku sangat ikhlas mencintainya, kenapa dia buat aku begini?
Apa salah aku?
Apa kekurangan aku?
Kenapa dia tidak menerima cinta aku?
Aku sangat ikhlas mencintainya, kenapa dia buat aku begini?
Ramai orang yang bercinta sentiasa mengaku bahawa dirinya ikhlas
mencintai seseorang. Namun pada hakikatnya mereka sedang menipu diri
sendiri! Apakah sebenarnya maksud ikhlas? Jika sekadar rasa cinta yang jujur kepada seseorang, itu bukan ikhlas.
Ikhlas ialah melakukan sesuatu amalan semata2 kerana Allah. tidak mgharapkan apa2 drpd manusia kcuali mgharapkan keredhaan Allah..
. Tidak nampak keikhlasan seseorang sehinggalah dia
disakiti dan apabila dia tidak dapat apa yang diinginkannya. Mereka
berkata bahawa mereka ikhlas dalam bercinta, tetapi apabila ditinggalkan
mereka mula mengungkit, mula bercerita satu dunia bahawa keihklasan
mereka dikhianati.
----------------------------------------------------
Aku ikhlas mencintaimu, namun apakah yang telah kau lakukan kepadaku?
----------------------------------------------------
Aku ikhlas mencintaimu, namun apakah yang telah kau lakukan kepadaku?
----------------------------------------------------
Ayat2 seperti ini mula diukirkan dalam hati mereka. Disebut2 dan
diulang2 supaya ramai org bersimpati dgn mereka. Supaya ramai org
merasakan dirinya benar dan org yg menolak cintanya itu telah melampau.
Cinta itu adalah amanah. Selain dari amanah untuk menyayangi, merindui
dan mengasihi, ia juga merupakan amanah untuk kita sentiasa meredhai apa
yang ditentukan oleh Allah yang esa! Tidak kira samada baik ataupun
buruk. Tidak kira samada bersatu ataupun berpisah. Tanggungjawab kita
ialah mencintai atau menunaikan amanah yang telah dikurniakan oleh Allah
semata2. Samada org yg kita cintai itu menerimanya atau tidak itu
bergantung kepada qada dan qadar Allah semata2.
Indah nya Cinta~
_________________________________________________
SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU.DAN BUKAN JUGA MENJADI ORANG YANG BAJET BAIK DAN BERIMAN.. SAMA-SAMA UNTUK JADI LEBIH BAIK..
"MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN " PERANTARA CERMIN"
_________________________________________________
1 ulasan:
betul2..depands orang jua 2..tapi hakikatnya rata2 gitu..=)
Catat Ulasan