Isnin, 24 Januari 2011

Lumpuh dek Gigitan Asmara aka LOVE BITE !



ehem!..

entry yang agak hot jugak lh untuk di share untuk kali nie..

Sememangnya ISLAM itu indah,Larangannya sememangnya,penuh hikmah!..

Siapa antara kita yang suka buat gigitan asmara AKA love bite tu..

stop2 lah yah..Dah DOSA pon dapat, Bidak aka jelek(x lawa) di pandang mata lagi !

-peringatan untuk diri nie terutama nya-

Terbaru,samaada betul atau tidak info nie..

Love bite nie,MEMBAHAYAKAN kesihatan jugak !

-astagafirullahulazim-



...........................................................


AUCKLAND: Seorang wanita dilapor separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung akibat gigitan asmara yang dilakukan kekasihnya.

Kejadian itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.

Wanita yang yang tidak disebutkan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Doktor mengesyaki dia diserang sakit jantung tetapi pada mulanya tidak dapat mengesan puncanya.

Mereka kemudian mendapati kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemui punca serangan sakit jantung berkenaan - kerosakan pada pembuluh darah pembentukan darah beku akibat gigitan asmara itu.

Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok. - DM


...........................................................




p/s : Tak kah malu kalau orang tahu eksiden sebab LOVE BITE nie..

Paling penting,Malu lah padaNYA...




3 ulasan:

Noor Maizan berkata...

wahhh..........rupa-rupanya ada kesan juga...thanks sharing...

dy Rahman berkata...

miss :
ada ke x,harap2 kita tak lah terbuattttttt...
HEHEHE

Nasrider berkata...

Dah tentulah high risk sbb leher tulah ada urat darah besar