Terdapat ralat dalam alat ini

Khamis, 10 Mac 2011

Hikayat Merong Mahawangsa


...........................................................................
Hikayat Merong Mahawangsa tergolong dalam genre kesusasteraan sejarah Melayu tradisional dan tertulis dengan mematuhi struktur penulisan pensejarahan tradisional seperti yang dapat dikesan pada penulisan Hikayat Raja Pasai, Hikayat Aceh, Sulalat al - Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Banjar dan pelbagai hasil penulisan sejarah tradisional Melayu yang lain
Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 M.
Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.
Hikayat ini mengambil judulnya daripada nama seorang raja yang berasal dari Rom yang dipercayai melahirkan dinasti Mahawangsa menjadi sumber keturunan raja-raja yang membuka negeri yang diberi nama Langkasuka yang kemudiannya lebih dikenali sebagai negeri Kedah Zamin Turan.
...........................................................................




Sedikit info berkaitan Filem Merong Mahawangsa


-Filem Hikayat merong mahawangsa akan ditayangkan bermula hari ini 10 march 2011.

-Filem epik/aksi ini terbitan KRU Studios.Tamat penggambaran pada 8hb Ogos 2009.

-Filem ini telah mengambil masa lebih dua bulan bagi sesi penggambaran (bermula pada 9hb Jun 2009).

-Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2.

-Penggambaran telah dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia dan lebih 90% di Terengganu.










-Dengan dibintangi oleh barisan pelakon yang terdiri dari dalam dan luar negara.
:: Stephen Rahman Hudges (Malaysia/UK),
::(Malaysia),
Ummi Nazeera , Khir Rahman , Nell Ng , Keith Chong , Jehan Miskin , Deborah Henry , Ravi Sunderlingam , Kuswadinata , dan Faiz Aizuddin Azmi (pemenang Drama Pendek ERA).



Wan Hanafi Su (Malaysia),

Jing Lu (UK)

Craig Fong (Australia).

Dato Rahim Razali (Malaysia),


Gavin Stenhouse (UK),

Hendrik Norman (Sweden)

Mano Maniam





Trailer hikayat merong mahawangsa / The malay chronicles : Bloodlines
video





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

‎"Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jasad menjadi satu, hidup mati jadi bersama"


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







p/s :
Ada sapa2 yang dah pegi tgk filem ini??? KOMEN ANDA TENTANG FILEM INI???


5 ulasan:

reezal berkata...

Pasti hebat!

::AdyVa:: berkata...

yeah!
tgh plan nak g tengok ~...
JOM teman kita!

mujahid berkata...

abg reezal !..
Harpa2 lah macam tuh..
rgh plan nk g tgk jugak!.. ^__^

mujahid berkata...

ady :
plan nk g tgk ngn sape tuh??
HEHEHEHEHE...
kOMen r sikit kalauu dah tengok nanti ek !..
wat ulasan anda..
EKEKEKEKKE

Rahsia Merong Mahawangsa berkata...

Pewaris Mutlak Takhta Kerajaan Merong Mahawangsa Ada Disini..