Sabtu, 12 Mac 2011

Asiah Binti Muzahim



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita , mereka itu ialah Asiah Binti Muzahim (isteri firaun) , Maryam binti imran ( bonda isa) , Khadijah binti Khuwalid ( isteri rasulullah) dan Fatimah Binti Mohamad
( puteri kesayangan Rasulullah )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimananya kepada Allah, meskipun hidupnya sebumbung bersama suaminya ,Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Dalam sejarah tokoh kekafiran yang paling dahsyat ialah Firaun. Dia bukan sahaja tidak mengakui adanya tuhan, malah mengangkat dirinya sebaai tuhan yang berhak disembah dan menyatakan dihadapan rakyat jelata bahawa dialah tuhan yang maha tinggi. Akibat ketakutan, seluruh rakyat jelata sanggup menyembah dan mengakui dirinya sebagai tuhan.

Segala seruan nabi Musa dan Harun tidak pernah dihiraukan. Malah pernah suatu ketika, Firaun naik ke puncak sebuah bangunan yang tinggi dan melepaskan anak panah kelangit. Kebetulan anak panah itu jatuh dihadapannya dan bersimbah darah, lalu dikatakan kpd rakyat jelata bahawa dia telah membunuh tuhan nabi Musa sedangkan darah itu hanyalah darah burung yang Allah tetapkan supaya terkena sasarannya supaya bertambah kesombongan dan kekafirannya.

Seluruh rakyat dipaksa menyembahnya dan sesiapa yang ingkar akan dibunuh. Walaupun seluruh rakyat menyembahnya, namun ada seorang yang dekat hubungan dengannya berani mengingkari dirinya sebagai tuhan iaitu isterinya sendiri, Asiah. Dialah satu-satunya yang beriman kpd Allah di istana Firaun. Rahsia keimanannya terbongkar apabila ucapan perkataan ‘Allah” terbit dari mulutnya secara tidak sengaja. Firaun berusaha memujuk supaya beliau kembali kpd kekafirannya, namun pendirian Asiah tetap tidak berubah. Setelah pujukan Firaun dgn kata2 yg lembut tidak berjaya, Firaun menggunakan kekerasan untuk mengubah pendirian Asiah. Kata Firaun : “ Hai Asiah, jika engkau tidak mahu mengubah pendirianmu, pastilah akan aku pancung!”.

Jawab Asiah : “ Wahai Firaun, lakukanlah sahaja apa yang engkau mahu tetapi sedikitpun engkau dapat menguasai pendirianku, dan sekali lagi aku nyatakan bahawa tuhanmu adalah tuhanku adalah Allah. Lalu Firaun membuat pengumuman kpd rakyat bahawa seorang perempuan akan dipancung akibat tidak mengakui ketuhanannya iaitu Asiah, isterinya sendiri.

Pada masa yang ditentukan, berkumoulah semua rakyat disuatu tempat dimana Asiah diikat pada sebatang pokok kurma. Firaun masih tidak berputus asa memujuknya namun berulang kali Asiah menyatakan pendiriannya tetap tidak akan berubah. Lalu Asiah memohon kpd Allah S.W.T sebagaimana dijelaskan dalam Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yg bermaksud : “ Dan Allah mengemukakan satu missal perbandingan bagi orang2 yang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata : “Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku drpd kaum yang zalim.”

Permohonan Asiah diperkenankan oleh Allah S.W.T, lalu Allah peerintahkan kpd malaikat : “ Sesungguhnya hamba-Ku memohon pada-Ku dan aku perkanankan permohonannya. Maka perlihatlah padanya gambarannya kerana suaminya didunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih baik di dalam syurga.

Maka malaikat pun menunjukkan gambaran keindahan syurga sebagaimana permohonan Asiah. Pada ketika itu Asiah tersenyum seolah-olah mencabar kematiannya dan Asiah menghadapi kematian tidak dalam keadaan bersedih, juga tidak menangis, malah tersenyum. Begitulah kisah Asiah yang penuh dgn dugaan. Walaupun dihukum oleh suami sendiri, namun beliau tetap sabar dan tabah menerimanya. Dengan keberanian dan keimanan yang teguh telah melayakkan beliau berada di dalam syurga bersama kekasih Allah tercinta. Semoga cerita Asiah menjadi pengajaran kepada kita, dimana hanya Allah S.W.T sahajalah tuhan kita yang satu.


Antara bait kata-kata yang sangat memperlihat dan mencerminkan keteguhan iman asiah :


"Wahai Firaun, kau boleh seksa zahir aku, sedangkan batin aku tidak. Engkau boleh potong badan aku, iman aku tidak."

Ucapan penuh bernilai dari Asiah tatkala menerima siksaan dari Firaun yang dilaknat...




"Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang² yang beriman, ketika ia berkata : "Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam Syurga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim." (At-Tahrim : 11)

Begitulah keteguhan iman seorang srikandi Ummah. Namanya terus terpahat di dalam sirah, sebagai qudwah hasanah kepada kita sebagai umat-Nya. Keberaniannya menjaga aqidahnya seharusnya dicontohi oleh kita semua, khususnya kepada kaum wanita dan umumnya buat kita semua...






Rasulullah bersabda:
Ramai lelaki yg sempurna. Tidak sempurna golongan wanita melainkan Asiah isteri Fir'aun, Maryam bt 'Imran dan bahawasanya kelebihan 'Aisyah atas segala wanita seperti kelebihan bubur Tsarid atas segala makanan.
(Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)

motivasi kepada kaum wanita agar mereka sentiasa berusaha ke arah kesempurnaan. Dalam memberi motivasi ini, Rasulullah SAW memberi contoh sebagai model teladan, iaitu lelaki dan dua wanita agung dalam sejarah manusia, iaitu Maryam binti Imran ibu kepada Nabi Isa AS dan Asiah isteri Firaun, radhiaLlahu 'anhuma...

Petunjuk kepada lelaki sebagai model mungkin bersifat umum dan mungkin juga bersifat khusus kepada generasi sahabat di zaman baginda Rasulullah SAW. Akan tetapi petunjuk kepada Maryam dan Asiah sebagai model adalah sesuatu yang bersifat khusus lagi tetap kerana dua muslimah yang agung ini telah diabadikan keistimewaan mereka di dalam beberapa ayat Al-Quran. (Antaranya, rujuk At-Tahrim 66 : 11-12)




"Dan Allah membuat perumpamaan dengan isteri Fir'un bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: "Ya Tuhanku bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu di dalam Syurga, dan selamatkanlah aku dari Fir'un dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim." [Q : At-Tahrim:11]




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ratu syahadah - In Team

engkaulah permaisuri di mahligai tirani
teguh imanmu walau tersembunyi
kasihmu kau buktikan sebagai isteri
namun cintamu utk Ilahi

engkau masih isteri yg sejati
ketika suami..dimurka Allah
istana bukan penjara nikmat yg alpa
sinar imanmu tak kelam permata
kau miliki jiwa hamba..
walau disisimu singgahsana

sejarah Asiah telah membuktikan
iman bukanlah penjara dijiwa
yg telah bersembunyi
tapi kemerdekaan yg hakiki

yg punya wajah dan jua rupa
akhirnya imanmu bersuara
lantas kau dipenjara dan disiksa
oleh suamimu yg dihina

dikejauhan istana keangkuhan
menggamit mata sayu nya dijiwa
namun hatimu tk sudi kesana
iman dan aqidah lebih utama

ratu syahadah lalu bermadah
oh tuhan bina kan istana utkku
walaupun diduni aku disiksa
namun tk terbayar nikmat disyurga

oh Asiah
kau merubah rencana
bila tanganmu menyentuh bayi
yang hanyut meningkah arus sungai Nil
lembutmu mematahkan keangkuhannya
Fir'aun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang..
jadi terbilang..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






2 ulasan:

Unknown berkata...

erm...btl 2 dy..dy cua k0 wt crita sal 'Summaiyah' g..heheh..:p
interesting st0ry..like it..=)

dy Rahman berkata...

ciciey :
baik lah!..
aku pun berkenan mau lebih tau pasal summaiyah~
akan di usahakan,untuk share~