Ahad, 27 Mac 2011

Aurat Lelaki



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rasulullah s.a.w bersabda:
Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa pakaian dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perempuan dalam satu selimut tanpa pakaian.
(riwayat Bukhari)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

As salam , selamat petang , selamat berhujung minggu.
Tengah menikmati secawan nescafe dan menjamah kuih janda + roti paun ( jangan makan roti gardenia ye,bukan halal) eh ! kuih janda tuh bukan JANDA yang buat ek,my mum yang buat.Nama je tuh kuih janda,tak pun dipanggil kuih kenari. Jangan tanya dy kenapa nama nya sedemikian rupa sebab dy pun tidak tahu. -HAHA-

-Bulat2 panjang tuh kuih janda,objek lain abaikan ek!-
Abaikan soal janda dan yang lain nya.Kita fokuskan pada ISI penting story kita ni ek.
AURAH aka AURAT.

Tetiba terlihat satu gambar yang agak menarik perhatian dy untuk menggali + mengkorek + mencari + mengcopy + mengepaste dan mengQalamkan nya dengan lebih lanjut.Sebagai penambahan ilmu dan sebagai penginputan lebih kepada dy khusus nya dan kepada kita semua am nya. -HEHE-


........................................................................

Sebelum berbicara dan mengQalamkan dengan lebih nun jauh ke sana sini.Ada baik nya kita mengertikan dulu apa maksud AURAT itu sebenar nya.
Aurat di ambil dari perkataan arab 'AURAH' yang membawa maksud keaiban.


Pengertian aurat menurut bahasa :
-Keaiban

Pengertian menurut pandangan syarak :
-Bahagian-bahagian tertentu pada bahagian badan manusia yang wajib ditutupi daripada pandangan orang yang diharamkan melihatnya (bukan mahram). Perbezaan batas-batas aurat adalah kerana hubungan keturunan dan kerana tali ikatan seperti perkahwinan, mertua, menantu, ipar duai dan kerana penyusuan dan sebagainya.



Senarai aurat bagi lelaki adalah seperti berikut:
1. Sewaktu bersendiri :
auratnya ialah bahagian kemaluan qubul dan dubur. Maknanya cukup dengan pakai seluar dalam.

2. Sewaktu sesama lelaki dan muhram :
auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.

3. Sewaktu berhadapan dengan ajnabi :
auratnya ialah di antara pusat dengan lutut

4. Sewaktu menghadap Allah Swt(solat) :
auratnya ialah di antara pusat dengan lutut.

sekarang trend budak laki pakai seluar londeh.Bila sujud nampak boxer bagai nak rakk.Xpe lah kalau nampak boxxerr asal kulit x nampak.Kekadang tuh ada keadaan dan segelintir kaum ku Silap2 ley dijadikan "tabung duit" Bahagian yang terdedah akibat seluar londeh
(ALUR tuh).. HAHA
Nasib suar dy tak londeh-londeh.. -EKEKEKE-


Para alim ulama’ mazhab mempunyai pelbagai pendapat dan pandangan yang cukup berbeza-beza mengenai had serta batas-batas aurat lelaki.Sama ada melihat atau di lihat oleh orang lainnya.

Pendapat dan pandangan hukum Imam Hanafi dan Imam Hambali :

"lelaki diwajibkan untuk menutupi auratnya di antara pusat hinggalah melebihi paras lutut daripada dilihat oleh lelaki atau wanita yang bukan mahramnya kecualilah kepada isterinya.Isteri boleh(harus) melihat aurat suaminya,kecuali pada kemaluannya dan demikian jugalah bagi suami kepada isterinya.Ini adalah kerana hukum suami isteri melihat kemaluan masing-masing adalah makhruh hukumnya.


Pendapat dan pandangan hukum menurut Imam Maliki dan Imam Shafie;

"Aurat kaum lelaki ada 2 keadaan.

(1).Auratnya dengan sesama lelaki dan wanita yang mahram dengannya.

(2).Auratnya dengan wanita yang bukan mahram dengannya.Keadaannya dengan golongan yang pertama,iaitu dengan lelaki dan wanita yang mahram dengannya adalah di antara atas pusat hinggalah melebihi paras lutut sahaja.Manakala dengan golongan yang ke 2,iaitu sesama dengan wanita yang bukan mahram dengannya adalah seluruh badannya itu aurat bagi mereka.Ertinya di sini adalah seluruh tubuhnya adalah dilarang untuk di lihat oleh kaum wanita yang bukan mahramnya.Kecuali bagi Imam Maliki yang membolehkan hujung-hujung aurat lelaki boleh di lihat oleh wanita yang bukan mahramnya apabila aman daripada fitnah.Sementara Imam Syafie mengharamkan melihat dengan mata"

(Rujuk kepada kitab Al-Fiqh ‘Ala Al-Mazahib Al-Arba’ah).






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Pandangan mata itu seperti panahan syaitan”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




p/s :
-dy suka pakai suar pendek.Bawah lutut,tapi kalau duduk or apa2 lah,mesti suar tuh akan terjongkit naik kan?? uwahhh~ dah playangggg aka mempelihatkan aurat.. UHUK!
-Aurat Laki sangat senang untuk dijaga.Tapi laki macam saya nie masih jugak keras kepala,dok bepesyen sampai2 Yang haremmmm terang2 dok amalkan. -Jahil nya diri ini-
-Segala pertambahan amat-amat lah diharapkan

4 ulasan:

::AdyVa:: berkata...

erk....kan!

dy Rahman berkata...

adyva :
kannnnnnn~ suka pakai suar pendek tak??? ekekeke.. ^_^v

Noor Maizan berkata...

yah...saya dtg tambah ilmu.hehe..

dy Rahman berkata...

Cik skema yang comey :
haitz~ As salam.. salam kenal-kenal ek!.. HEHE..
Segala pertambahan adalah amat di alu2kan.. share2 lah bah... HEHE