Jumaat, 4 Mac 2011

Biarkan aku jatuhhhhhhhhh CINTA..





As salam..
Semacam biasa,Hari jumaat akan ada sedikit kelapangan untuk aku updated blog!..
Sangat2 hari Rahmat..


BIARKAN AKU JATUH CINTA..
Bukan lagu ST12 tuh,bukan jugak cerita safa dan marawah tuh.. -HEHE-
Hari ni aku mau berbicara soal CINTA (lagi2 cinta kan -hahahaha-)
Ntah,tapi aku suka.. walaupun aku xdaq cinta.. maksudnya xdaq cewek aka gelpren ( xdaq lak nak jadikan aku Mr.right dia - HAHAHA- )
Secara jujur sejujurnya,aku bukan jenis yang agak romantik.Rasa nya,FAKTA.sebab ex2 gelpren aku slalu kata macam tuh.. -HAHA- tolong ajar aku,or bagi tips macam mana nak romantik.. -HUHU-
Kalau kuar datinkkkk pon,aku x tau nak pergi mana dan mau cakap apa.Tapi,yang hairan nya.. Bila kuar dengan kawan-kawan pompuan yang lain,banyak cerita dan x penat jak mau berjalan.Round KK satu hari.. -HAHA-
Kadang terpikir juga,kenapa begitu ek.Ntah,sebab aku pun x tau.. Mungkin itu antara sebab kenapa aku xdaq gelpren kot sekarang nie..-HUHU-
Tapi,saya okey jak bah... Masih Bulih hidup lagi.Gembira juga,walau kadang-kadang rasa macam SOMETHING jugak.Tapi,secara Jujur,senang begini dan tunggu dia datang tuk menjadi kekasi Halal ku.. chewaaaaaaaaaaaaaaaaaah!
Kesimpulan nya,aku diketegorikan sebagai manusia yang susah untuk beri komitmen dan mengikat perhubungan ke tahap2 yang lebih serius KERANA...................


Prinsip diri aku sendiri adalah, jika aku belum jatuh cinta, dan aku tidak jatuh cinta dengan semulajadinya dan aku tidak menjadi angau akan dia, dan aku tidak merasakan tangan terkulai, terawang2..ketawa dengan lawak yg tak lawak dan aku tidak mengghairihinya.. maka aku tidak akan memaksa diri aku utk melafazkan cinta... ('declare' la senang ckp)... dan aku tidak terpaksa dan tidak juga merasa terpaksa utk mempunyai hubungan dalam satu2 masa dengan mana2 gadis bagi memuaskan hati kwn2 aku yg kerap bertanya... "ko Xdaq ke??" atau aku perlu utk mempunyai Gf yg telah di declare bagi mengikut trend zaman skrg.

Aku adalah aku...aku mempunyai ramai kawan perempuan yg aku ajak keluar dan selalu ber'sms', tapi aku belum 'decide' dengan siapa aku nak bercouple sebab ape??? sebabnya senang je..."aku belum Jatuh cinta" dan anda tidak perlulah menjadi penasihat kasim pantalon 25% utk menyuruh aku utk berkapel dengan siapa, bila dan dimana...aku bahagia dengan hidup aku yg begini dan aku bangga dengan prinsip aku yg begini.... -bangga lah sgt kan- HUHU

Dalam panjang2 kisah aku, teman tapi mesra, skandal, 'open relationship' dan cinta monyet, aku akui aku pernah benar2 merasai betul2 jatuh dan merasai kemanisan cinta dengan seorang insan (ex gf la senang citer), aku merasa bertuah utk merasa terawang2 dengan berbagai2 hormon dan neurotransmitter yg berlegar2 didalam otak aku pada masa itu.... - Andai dapat ku undur kan masa- HAITZ!

Jika aku benar-benar jatuh cinta, biarkan aku sendiri yg mengoratmu...engkau perlu bagi Hint je, pandai2 la aku susun ayat, susun strategi, belanja wyg dan makan, tersengih-sengih 2,3 jam depan kau.. sms beratus2 dlm sehari,guling2 atas katil sambil calling kau,-aku kurang suka gayut lah- senyum sorang2 baca sms, dan mencuba utk mendapatkan cinta kau. dan aku akan memberikan komitmen seandainya kau juga jatuh cinta pada aku, sekiranya cinta ku ini tidak berbalas, aku teruskan saja melangkah, dan tidak sedikit merasa malu.. tugas aku untuk mengembangkan ekor bagai si merak utk menggoda sudah selesai.. tugas aku utk bersiul seperti pipit mengorat betina telah selesai.. tugas aku untuk menghantukkan kepala dan tanduk seperti kambing gurun pada musim mengawan juga telah selesai.. jika kau tidak jugak memilih aku dan terus memalingkan muka mencari jantan alpha yg lebih maskulin dan secure..aku tidak merindui byg kau. TETAPI....
Toolonglah jgn paksa aku utk Jatuh cinta dan melafazkan cinta disaat aku tidak ikhlas mahukannya.... -poyo + getek nya statment! -hahaha-

Pada saat ini aku sedang mencari cinta...bukan mencari couple sbg Trend...aku mencari cinta utk terus dijadikan isteri sebagai peneman hidup selamanya..

CINTA adalah tindak balas secara biologi pada satu2 makhluk/spesis yg menunjukkan keinginan utk berasmara bagi meneruskan kewajipan dan survival satu2 spesis utk membiak.. cuba pada satu saat anda melupakan segala teori, falsafah doktor2 cinta, falsafah rome yunani.. petikan ayat2 cinta dari novel yg sering anda baca sambil terguling dan tertiarap atas katil, falsafah dari wall2 facebook dan blog2 dan anda renungkan apa itu cinta dr segi rasional dan logik...

Cinta adalah signal keghairahan terhadap dua insan..keghairahan utk memadu asmara... dan jika aku je yg Ghairah sebaliknya yg perempuan tu buat dek je dan tak syok lansung..itu dah bukan cinta, itu syok sendiri...

Sebab tu, kalau korang tengok dokumentari.. binatang2 sanggup mati bergaduh pasal nak tunjuk kejantanan dan sifat alpha (menguasai) mereka yg power agar si betina akan jatuh cinta pada mereka dan membiarkan mereka dingawan..sama lah jugak, kalau korang tengok mamat2 kat Centrel Market,sekolah menengah atau Dataran Merdeka gaduh bertumbuk pasal nak dapatkan Awek atau nak mempertahankan awek dr dingorat oleh lelaki lain....sama la ngan kambing dan bison yg gaduh2 hentak tanduk kelepuk kelepak tu....kambing mana yg menang akan dapat hak utk mengawan dan kambing betina bagi greenlight... yg kalah akan berundur malu dan mencuba lagi di musim
mengawan yg lain, yg nasib malang akan cacat atau mati....(ini baru betul2 mati kerana CINTA)



Sama la jugak kalau tengok lelaki yg kalau nampak perempuan, dia akan siul2, dia akan swit2, dan akan ckp kuat2 nak tarik perhatian kat shoping complex bila awek lalu"hai cewek!!! jln sorang jak kahhhhh.." haaa tu sama la ngan burung pipit ngan merbuk yg tengah bunyi2 utk tunjuk suara dia sedap utk pikat burung betina.... kalau suara dia sedap, burung betina akan syok kat dia.. jadilah suami isteri atau pakwe makwe....sama kes jugak dengan katak yg bising masa panggil hujan tuuu... tu bukan panggil hujan, tu tengah berlawan suara sapa paling kuat ngan merdu bertujuan nak bermadu asmara...



Kalau tengok burung merak jantan (peacock), dia kibar-kibarkan ekor dia, kembang-kembangkan bulu sambil menari, pusing kiri pusing kanan.. getar2 ekor, getar2 badan.. tinjat2 kaki... pusing2... tunjuk bulu dia yg pling lawa, colorful, kembang, lebat dan berkilat... yg merak betina (peahen) pulak bulu dia dull je, coklat2 dan tak menarik, dia takde la buat adengan2 ni semua, dia cuma bagi HINT dan menjadi juri utk memilih yg tercantik dan terlayak bagi menjadi CINTANYA dan pasangan hidupnya...
Benda ni samala ngan lelaki2 yg akan bermegah2 dengan jam tangannya, bajunya yg kemas dan cantik, dada yg berotot, seluar jeans yg cantik... Rambut spike, mohawk dan sikat kemas... pakai kasut croc ori, kasut nike ke, converse, jack parcell, lacoste.. aaaa tu semua tu mcm merak la... itulah FITRAH CINTA dan tiada sesiapa yg bersalah dan aku tidak judge sape2 pun .itu lah dia cara memikat gadis utk dijadikan pasangan cinta. aku punbtak terlepas dr ape yg aku bentangkan berjela2 kat sini.






Kalau tengok dari segi penguin pulak. penguin jantan akan bina sarang tuk bertelur dari batu2 bulat kat pulau. penguin jantan yg bina sarang batu yg paling cantik, teguh, dan selamat tuk penguin betina bertelur dan membesarkan anak mengharungi musim sejuk... penguin betina akan pilih jantan yg baik dlm pembinaan sarang...Contoh tu sama la dengan lelaki2 yg mengorat perempuan dengan SHOWOFF kereta2 mewah dia, kereta2 cantik yg di mekap dan di pasang aksesories..tyg kat dataran shah alam mlm2 minggu... lelaki yg menayang wallet tebalnya di atas meja Starbuck, lelaki yg menggoyang2kan Jam rolex atau Tag heuernya..lelaki yg membawa gadis2 calon teman cinta ke kawasan kondominiumnya, atau menunjukkan rumah teresnya, atau menunjukkan banglo familynya...semua ni adalah cara mengorat dengan aset dan jaminan masa depan yg cemerlang gemilang dan terbilang kepada gadis2 calon cinta.kalau gadis merasakan secure dan terjamin dengan aset2 yg dipertontonkan mungkin lelaki2 bertuah ni mempunya pelung mendapatkan ibu bagi waris2 genetiknya, ini bagi melunaskan kewajipan utk meneruskan kelansungan biologi spesis manusia..





Tetapi.. The ultimate factor.....Manusia itu tidak sama dengan Haiwan secara total, kerana manusia ada Fitrah mencari Tuhan... Tuhan SWT menurunkan wahyu melalui pesuruhNya SAW.... bagi menunjukkan akhlak contoh kepada manusia, akhlak terbilang sebagai manusia yg hidup dalam kesederhanan dan kesopanan wahima dalam mencari pemilik rahim utk pewaris genetik kaum adam. ibu yg akan membesarkan khalifah bumi...(saya sayang mak saya :) )
Namun korang perlu ingat.. akhlak dan ketaqwaan menjadi Faktor utama tetapi Rasul SAW dan Agama kita sangat adil pada FITRAH CINTA manusia... diberikan kebenaran memilih dari pertimbangan yg aku sebutkan berperenggan2 diatas PLUS ketaqwaan kepada Allah dan Akhlak yg indah Dari Rasulullah...

(bagi pembaca2 aku yg bukan beragama islam boleh rujuk akhlak2 yg telah diberikan guideline oleh pesuruh2 yg anda kagumi samada Sidharta Gautama Buddha, Rahma dan Krishna, Jesus and his Apostle, confusios atau master TAO anda)


Jadi moral of the story???
  • cewek2 takyah la terlalu gedik + caledak2 dan berusaha mengiklankan diri anda utk mendapatkan cinta.. kerana FITRAH cinta.. yg lelaki akan berusaha mencari perhatian anda, dan menggoda anda.. -kalau mau jugak,pa bleh buat- (HUHU)
  • Kurangkan brightness gincu anda dan kurangkan ropol skirt anda...kerana??? Aku kurang suka dgn wanita make-up tebal2 nie.. -HUHU- kerana ingat syarahan saya yg diatas :) (berangan jd lecturer psikologi)....Peacok yg berbulu kembang dan colorful..bukan Peahen...singa jantan yg berbulu kembang di tengkuk dan bukan singa betina, ikan laga jantan yg ekor bewarna terang dan kembang bukan Ikan laga betina :)
  • Lelaki takkan ngorat anda kerana jawatan kerja anda, status bapak anda, rumah banglo anda, jenama kereta anda atau berapa besar sport rim original anda.. lelaki hanya mahukan Gadis utk bermadu asmara, atau bahasa manisnya CINTA. -Walau ada jugak yang mau macam tuh- (saya pon Mau sebenar nya) HAHA
  • Tidak salah memilih pasangan hidup kerana hartanya, rupanya, keturunannya, atau kekuatan / kejantanannya... tetapi akhlak dan hidup bersederhana yg dituntut utama oleh agama. (ketaqwaan)



: Walau agak macam tambirang ni post,aku harap kamu paham lah yah..
INGAT!.. biarkan aku jatuh cinta.. kau cuma bagi hint saja yah.. -HAHA-



5 ulasan:

Unknown berkata...

its fun n interesting..hehehe..
nway..aq d0akn k0 agar dpt cri Mrs.Right k0..hehe..
gpun..cinta pndi dtng sndri..(kunu la..)hehehe..
b'd0a ja bnyk2 pd Allah s.w.t..agar dpt jmp s0me0ne yg sesuai tuk kta..heheh..
amin...

dy Rahman berkata...

ciciey :
amin.. bAk Kata prinsip ku skrg nie.. single sampai nikah.. ASI kah tuh?? tuh pun kalau dapat dpertahankan lah.. hehehehe..
semoga kita dipertemukan jodoh dikalangan mereka yang baek2 yah..
amin~
doaku untuk mu juga sahabatku..
^__________^

Unknown berkata...

hehehe..thankz fren..
wah..SINGLE smpi NIKAH ya..hahahaha..
gud2..ada cri2 llaki idaman mnita skrg..hehehe..
ASI??pa tu??huhuhu..
n_____n

Inspirasi HatiQ.. berkata...

nice p0sT..:)..hee
asi bah sinGLe smpi nikaH..
e2 yG terBAEK..
tiada istiLah isLamic c0upLe..hee
insya'ALLAH..s0Leh,pasanGannya s0Lehah..jz jaD s0Leh tuk dpaT s0Lehah..simpLe kn..:)

mudah2han sTaTus SINGLE untiLL NIKAH tue kekaL ea..
seLamat berjuanG..:)

wawan berkata...

rasa nak baca seribu kali..