سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum wbt.. Dok pusing2 kat wall kawan kat pesbuk tuh.. Tetiba terjumpa satu note nie.. Sentap jugak.. Yah lah, Makna nya terasa juga sedikit sebanyak.. Mempergunakan sesuatu dengan baik..
Walau sebenar nya dalam diri ni geli tuh pun terselit juga kesukaan tuh kan.. HAHA =.="
Klik.. klik.. klik..
Klikan mouse pada button-button yang terdapat dalam FB. Dunia hari ini agak mudah untuk mengenal manusia seluruh dunia. Hanya melayari FB.. dalam sehari kita mampu mengumpul ratusan kawan baru dan menyampaikan isi hati kepada ratusan orang (mengikut bilangan friend masing-masing).
Cuma, saya mula rasa ingin muntah apabila melihat anak-anak gadis kita yang :
1. Tidak menutup aurat, atau menutup aurat sebahagian sahaja, atau hanya menutup (tapi ketat..)
2. Bergaya dengan gaya yang kurang sopan, ada juga yang membuat isyarat lucah.. saja nak tunjuk sosial.
3. Perasan kiut.. rasa diri begitu anggun.. perasan muka macam korea.. sambil berkata dalam hati "Oh.. comelnya aku".. uwekk..
Entahlah.. mana pergi kehormatan mereka sebagai seorang "anak dara". Kalau nak berfacebook pun, agak-agakla sikit.
Pastu, mulalah kata "jangan jaga tepi kain orang", "ini peribadi saya.. You apa sebokk", "I tahu apa yang I buat..", "ni facebook I, kalau tak suka boleh blah.."
Manis tak ayat anak dara kalau macam ni? Bukan sekadar tak manis, bahkan meloyakan tekak.. kalau bising lagi, boleh muntah..
Ada juga yang kata "U tu laki.. mana tau hati perempuan".. Huh, anak dara juga perlu faham yang ramai lelaki dok meluat tengak gaye diorang yang tegedik-gedik dalam FB tu.
Apa yang saya luahkan secara santai di atas adalah serba-serbi suara hati yang belum terluah. Saya cuma ingin mengingatkan kepada para wanita supaya menjaga kehormatan mereka. Ramai yang ingin menonjolkan diri mereka di dalam FB dan suka "mengutip" kawan-kawan sebanyak mungkin.
Pernah saya bertanya kepada seorang adik, yang masih bersekolah menengah.. "Apa hobi kamu".. dia menjawab "berkawan.. cari kawan.. kawan seramai mungkin..". Erm.. dalam hati saya dapat mengagak, pastinya dia adalah peminat FB.
Ya, sifat ingin berkawan itu memang baik, tetapi ia menjadi buruk apabila "main hentam je pilih kawan". Kadangkala, kita asyik sibuk dengan FB mencari kawan, bertegur sapa, mengutuk orang dan sebagainya di dalam FB, tetapi adik beradik kita.. hubungan agak dingin.
Apatah lagi family..
Kita agak dingin dengan keluarga kita.. kerana kita lebih suka berkawan, mencari kawan dan mengumpulkan kawan sebanyak mungkin. Kenapa kita tidak "berkawan" dengan keluarga kita?
Kalau anda ingin mencari kawan sekalipun, pilihlah dengan siapa anda berkawan. Saya yakin, apabila seseorang tersebut secara "tiba-tiba" ingin berkawan dengan anda, sudah pasti ada udang di sebalik batu atau mee. Kenapa dia pilih anda?
Lalu, anda pun menjawab di dalam hati "Isy, ada orang nak kat saya la.. huhuhu, bestnya.. "
Kemudian, anda akan meletakkan@menukar gambar anda.. dengan gambar yang lebih cun.. Menarik.. ada iras-iras Korea lah kononnya. Kenapa ya? Selain Barat, Korea juga sedang hebat menjajah pemikiran! Ini kerana dunia hari ini sedar bahawa menjajah pemikiran jauh lebih menguntungkan daripada melakukan penjajahan..
Kawan oh kawan..
Sebagai anak dara, cuba anda fikirkan.. anda sangat berminat mengumpul setem. Album yang dibeli dirasakan paling cantik di dunia.. Di dalam hatinya berkata "album aku la paling lawa".
Lalu anda pun pergi ke pejabat pos.. dan bertanya "Pak Cik, saya nak beli setem.. lantakla setem apa yang ada.. saya ada RM 20.
Pak Cik pun bertanya "Setem yang ada di sini, biasa-biasa je.."
Anda menjawab "Lantak lah.. saya minat kumpul setem.. jadi saya akan kumpul sebanyak mungkin..
Anda terlupa album anda bukan besar sangat macam pejabat pos..
Erm, contoh ini agak lembut. Saya gunakan contoh yang kedua pula..
Anda sangat meminati serangga.. lalu anda pergi ke taman bunga untuk menangkap serangga..
Apa yang peliknya, anda "membalun" semua serangga yang ada di situ.. Anda tangkap sebanyak mungkin serangga yang ada.. antaranya lalat, langau, rama-rama, kelkatu, kumbang, lebah.. tebuan.. semut api, semut hitam, anai-anai.. dan segala mak nenek serangga yang ada di situ.
Apabila orang bertanya kehairanan.. "Kenapa tangkap semua serangga ni? Lalat pun nak tangkap juga?"
Anda menjawab "Saya memang meminati serangga, jadi saya akan tangkap sebanyak mungkin untuk diletakkan dalam sangkar saya.. "
Cuba fikirkan nasib anda dan FB anda pada masa depan. Cuba jadikan FB anda bermanfaat dan boleh membuahkan hasil.
c/p : dari Ibnu Ir Fadzil
13 ulasan:
salam.. sy juga berpendapat dengan tuan blog.. persan tak bila apa jadi pada mereka2 ni.. yang disalahkan adalah fb bukan diri sendiri.. sy pun pelek.. nak kata apa yang disampai kan ni tak sampai.. sampai.. cuma tak ambik endah...
salam bro..
entri yang menarik.
diharapkan dapat menyedarkan hati-hati yang lalai..
btw, saya dah follow anda.
feel free to follow me back, ok. ustazah yang cantik
salam bro..
adkah mereka tidak sedar yang mereka bernilai?? hehehe..
Menda ni dah bnyak cara dan perkongsiaan dibuat pun kan.Teguran dengan pelbagai cara dan penyampaian.Apa2 pon,semua tuh terletak pada empunya diri..
Kadang kita x sedar yang kita buat salah.. merasakan apa yang dibuat tuh tidak salah.. Masih betul,dalam pemikiran.. Walau sebenarnya...........
Saya pun sama jugak lah.. Kadangkat pesbuk tuh macam2 je yang di buat.. ades.. !..
Assalamualaikum. Entry yang bagus. Semoga semua anak gadis terbuka hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik. =)
waalaikummusalam wbt Bonda :
insyaALLAH..
Assalamu'alaikum....
SubhanaALLAH! Entry yang bagus... hurm, saya agak terkilan dan malu juga rasanya sebab entry macam ni kaum adam yang buat untuk kami... Sepatut kami sesama kami yang memberi nasihat... tapi xpe... ada bagusnya juga... sebab apa, kalau hanya ditegur oleh kaum sejenis (wanita) pun kadang2 ada yang buat tak tahu... bila kaum adam buat entry mcam ni sekurang2nya sedikit sebanyak boleh menyedarkan mereka... InsyaALLAH... Saya Sebagai wanita sendiri pun rasa malu juga dengan perlakuan kaum saya... Bukan mahu riak atau bangga dengan keadaan @ prinsip saya yang memang tak letak gambar di FB @ Alam maya... sebab takut & nasihat mak yang sering mengingatkan saya akan kejadian yang tak baik... Na'uzubillah... Jadi saya harap sangat mudah2an sahabat2 yang keterlaluan meletakkan gambar tu, jaga2 la.. kalau rasa tak malu pn tpi ingatlah mak ayah kita.. bila orang tengok dah tentu orang akan tanya "Anak sape ni"... jaga nama baik mak ayah kita, jangan malukan mereka & buat benda tak elok... wallahu'alam...
** Maaf yek Dy sebab panjang sangat... Tapi ni peringatan Untuk Diri Dibah, Dy & Sahabat2 lain... InsyaALLAH.... =) ~
dibah..
ehehehe.. ok bha tuh.. lagi panjang lagi bagus.. lagi bnyak input yg d dapat.. lagi banyak perkongsiaan yang kita dapat kongsi..
^_^ insyaALLAH..
Hehehe... InsyaALLAH.... Terima Kasih Sahabatku.....=P ~
Dibah..
sesama sahabatku.. ^_^
assalamualaikum,. salam sejahtera,, saya follow blog ni,.
waalaikummusalam wbt.. salam knl2 bro.. terima kasih.. ^_^
Ini tak leh nk kata dah. saya pon meluat jgk tgk pompuan gedik2... nice info
Mohon copy dan paste.. Entry terbaik.. Saya letak backlink ke sini.. :)
Catat Ulasan