بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt..
06 - 05 - 2011
Medan Imam muda bersiaran buat kedua kalinya pada jam9 malam di astro oasis.
Medan Imam muda bersiaran setiap hari jumaat.
Dihoskan oleh hj.dzulkarnain hj hamzah.Hos terdahulu meneruskan pengacaraan untuk musim kedua.
Format imam muda musim kedua sama seperti musim pertama dimana penjurian diambil kira dengan 50% ujian bertulis 50% ujian praktikal yang di adili oleh Mudim dan juga para mursyid.
Kedudukan prestasi Medan imam Muda pertama ( MARKAH TERTINGGI ) :
1 . Imam muda Fakhrul
2 . Imam muda Azlan
3 . Imam muda Fatah
4 . Imam Muda Hassan
5 . Imam Muda Nazrul
6 . Imam Muda Amar
7 . Imam Muda Najdi
8 . Imam Muda Mujahid
9 . Imam Muda Ali
10 . Imam Muda Fadli
4 . Imam Muda Hassan
5 . Imam Muda Nazrul
6 . Imam Muda Amar
7 . Imam Muda Najdi
8 . Imam Muda Mujahid
9 . Imam Muda Ali
10 . Imam Muda Fadli
MEDAN IMAM MUDA KEDUA :
TUGASAN : ZAMAN KANAK-KANAK
Tugasan untuk medan kali kedua adalah ilmu berkaitan zaman kanak-kanak.
Para imam muda membuat tugsan di sekolah kebangsaan Bandar Rinching.
Imam muda diberi tugasan untuk mengendalikan dan memberi pendidikan mengikut format dan cara para imam muda masing-masing.
Tugasan menjadi lebih mencabar apabila tugasan mendidik dan mengajar para imam muda bukan dikalangan murid biasa tetapi dari pelajar pendidikan khas. Sedikit menduga Para Imam muda untuk tugasan kali kedua nya.
Imam muda Najdi menghadapi sedikit masalah apabila terpaksa melayani karenah anak muridnya Ainul Mardiah yang menghidap penyakit sindrom down.Pelbagai tindakan dan karenah yang terpaksa dihadapi dengan sabar.
Selain dari imam muda Najdi , imam muda Fatah menghadapi sedikit masalah apabila kehilangan seorang pelajar,Daniel ketika mengajar.Kelegaan akhirnya dirasai oleh Imam Muda Fatah apabila pelajar itu ditemui di dalam kereta Honda.
Pengakhiran Medan Imam muda, Para Imam Muda mengalunkan nasyid Lagu 25 Rasul bersama pelajar-pelajar di bawah didikan dan jagaan tiap-tiap Imam muda.
Minggu dan Tugasan yang agak mencabar buat kesemua Para Imam muda.
Kedudukan Prestasi Medan Imam Muda Kedua ( MARKAH TERENDAH ) :
Imam Muda Fadli
Imam Muda Ali
Imam Muda Najdi
Imam Muda Mujahid
PENYINGKIRAN :
Tiada penyingkiran
( 4 Orang Imam muda yang mendapat di antara markah terendah diberi sedikit tugasan untuk melakukan khidmat masyarakat untuk minggu ini)
4 ulasan:
bestnya dapat tengok imam mudaaa..
tak de astro aa umah,,huhu.
tv9 pulak tak dapat.sobs :(
:)
salam ziarah..
hehehe.. dapat lah jugak tgk..
xpa2,harap sedikit info yang dy bg dah leh mnggambark.. walau x bnyak.. harap ada lah skit perkongsian.. hehe
minta diperbetulkan nama sekolah... Sekolah Kebangsaan Bandar RINCHING... bukan runcing.... kerana saya adalah seorang guru di sekolah tersebut....
terima kasih atas pembetulannya.. hargai sangat cikgu..
Catat Ulasan