Bila kita akan ‘berangkat” dari alam ini, ia ibarat penerbangan ke sebuah negara.
Dimana informasi tentangnya tidak terdapat dalam browser penerbangan dan semakan online, tetapi melalui Al-Qur’an dan Al-Hadist.
Di mana penerbangan bukannya dengan Air asia , Malaysia Airline , Garuda Airlines, Singapore Airlines,atau US Airlines, tetapi Al-Jenazah Airlines.
Di mana bekal kita bukan lagi beg seberat 23Kg, tetapi amalan yang tak lebih dan tak kurang.
Di mana bajunya bukan lagi Pierre Cardin, atau setaraf dengannya, akan tetapi kain kafan putih.
Di mana pewanginya bukan Channel atau Polo, tetapi air biasa yang suci.
Di mana passport kita bukan Malaysia , Brunei , Indonesia , British atau American, tetapi Al-Islam.
Di mana visa kita bukan lagi sekedar 6 bulan, tetapi ‘Laailaahaillallah’.
Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.
Di mana servisnya bukan lagi kelas bisnes atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.
Di mana tujuan mendarat bukannya KLIA , KKIA , Bandara Cengkareng, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah pekuburan.
Di mana ruang menunggunya bukan lagi ruangan ber hawa dingin dan permaidani, tetapi ruang 2×1 meter, gelap gulita.
Di mana pegawai bertugas adalah Munkar dan Nakir, mereka hanya memeriksa apakah kita layak ke tujuan yang diidamkan.
Di mana tidak perlu pembantu dan alat pengesan.
Di mana lapangan terbang transitnya adalah Al Barzah.
Di mana tujuan terakhir apakah Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.
Penerbangan ini tidak akan dibom, kerana itu tak perlu bimbang.
Sajian tidak akan disediakan, oleh kerana itu tidak perlu merisaukan masalah alergik atau halal haram makanan.
Jangan risaukan cancel pembatalan, penerbangan ini senantiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.
Jangan pikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, kerana anda telah hilang selera bersuka ria.
Jangan bimbang tentang pembelian tiket, kerana tiket telah siap di booking sejak roh anda ditiupkan di dalam rahim ibu.
YA! BERITA BAIK!! Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh kerana itu bergembiralah selagi mampu! Dan sekiranya anda mampu!
Hanya ingat! Penerbangan ini datang tanpa ‘Pemberitahuan’ . Cuma perlu ingat!! Nama anda telah tertulis dalam tiket untuk Penerbangan. ….
Saat penerbangan anda berangkat… tanpa doa Bismillahi Tawakkaltu ‘Alallah, atau ungkapan selamat jalan. Tetapi Inalillahi Wa Inna ilaihi Rajiuun….
Anda berangkat pulang ke Rahmatullah. Mati.
ADAKAH KITA TELAH SIAP UNTUK BERANGKAT?
‘Orang yang bijak adalah orang yang mengingat kematian. Kerana dengan kecerdasannya dia akan mempersiapkan segala perbekalan untuk menghadapinya. ‘
ASTAGHFIRULLAH, semoga ALLAH SWT mengampuni kita Semua…
WALLAHU A’LAM
Penerbangan ini terbuka tanpa had umur umur.Tanpa pengecualian, maka perbekalan lebih baik dipersiapkan sejak awal lagi.
Sangat tidak bijak dan tidak bijak bagi yang menunda-nunda persiapan bekalan nya.
p/s :
IKLAN INI TIDAK BERBAYAR
Tazkirah untuk diri sendiri
4 ulasan:
terima kasih...
msg y padat walaupun ayat y sempoi :)
Assalamualaikum...
saya pasti masih ramai lg yg kat luar sana blm bersedia utk berangkat...bekalan pun byk yg xcukup lg..
happy blogging :-)
regards,
BLADE EDGE
Revablog :
maik je mana yg bekkk ek.. yg x bek buang sblum Flight dtg.. hehe
Blade edge :
waalaikummusaam wbt bro..
Termasuk saya.. x sedia lagi nie.. Walau tau Flight bila2 je dtg.. hehe
Catat Ulasan