Khamis, 12 Mei 2011

" Ramai Umatku Masuk Neraka Kerana Air Kencing " Sabda Nabi Muhammad SAW


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
” Daripada Aisyah r.a katanya:
’ Siapapun yang memberitahu kamu bahawa Rasulullah s.a.w pernah kencing berdiri, maka janganlah membenarkannya (jangan mempercayainya)”.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt..

Berbicara soal cara buang air kencing yang diajarkan dalam Islam. Mungkin sebelum ini ramai tidak ambil berat soal air kencing , termasuk saya.
Perkongsiaan ini diharapkan dapat mengubah cara kita ( Terutamanya saya) terhadap air kencing.




1.lipat kaki seluar ke atas hingga ke tahap yang paling tinggi. 
 Gambar dua pelajar (sebagai hiasan) dan itulah cara sebelum masuk tandas. Kaki seluar pelajar sebelah kanan akan terdedah kepada percikan air kencing dan kaki seluar pelajar sebelah kiri akan selamat dari terkena sebarang air.
Makna nya,kena melipat seluar atau mengangkatnya di ketinggian yang sebaiknya untuk mengelakkan dari terkena percikan air kencing.





Hukum Istibra (proses membersih) yakni dalam hal buang air kencing mengikut sebilangan besar ulama Mazhab Syafi’e dan Hanbali mengatakan hukumnya adalah sunat dengan beralasan bahawa selepas berhenti pengaliran air kencing itu, ia tidak akan keluar lagi.

Sementara ada juga sebahagian daripada ulama Mazhab Syafi’e yang berpendapat bahawa istibra‘ itu hukumnya wajib, dan inilah juga menjadi pendapat ulama Mazhab Hanafi dan Maliki.

Mereka yang mengatakan hukum beristibra‘ itu wajib berdalilkan dengan hadith Ad-Daraquthni yang maksudnya :
“Bersihkanlah kemaluan kamu daripada air kencing, kerana kebanyakan azab kubur berpunca daripadanya”.

Hadith ini disokong dengan kenyataan bahawa jika seseorang itu menyangka atau merasa yakin bahawa mengikut kebiasaannya, jika dia tidak beristibra‘ nescaya akan keluar sesuatu lagi daripada kemaluannya, maka wajiblah dia melakukan istibra‘. 


Dalil mereka yang kedua yang maksudnya :
“Daripada Ibnu ‘Abbas R.A dia berkata: Nabi SAW melalui salah satu tembok dari tembok-tembok Madinah atau Makkah, lalu Baginda mendengar suara dua orang manusia yang sedang disiksa di dalam kuburnya. 


Nabi bersabda: 
“Dua orang sedang disiksa dan keduanya tidak disiksa kerana dosa besar. 


Kemudian Baginda bersabda:
" Ya, yang seorang tidak beristibra‘ dengan sebersih-bersihnya daripada kencingnya dan yang seorang lagi berjalan dengan mengadu domba." 


Kemudian Baginda minta diambilkan pelepah kurma yang basah, lalu dibelah menjadi dua dan Baginda letakkan pada masing-masing kuburan itu satu belahan. Lalu dikatakan: 
"Wahai Rasulullah, kenapakah engkau perbuat ini? Baginda bersabda: Mudah-mudahan keduanya diringankan selama dua belah kurma itu belum kering atau sehinggalah ia kering”.
(Hadith riwayat Al-Bukhari)



Panduan selepas membuang air kencing.
1. Berdehem 

2. Basuh sehingga yakin.

3.Buang air kena duduk.
4. Jangan mengadap kiblat dan jangan pula membelakanginya ketika qada’ hajat itu sebagai menghormati Kaabah.5.Jangan kencing dalam keadaan berdiri kerana ditakuti ia terkena percikan kencingnya.
 6.Dilarang bercakap ketika qada’ hajat tidak boleh memberi salam, menjawab salam dan berzikir secara lisan

7.Mendahulukan kaki kiri ketika masuk dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar. Dan ketika masuk disuruh membaca doa.


4 ulasan:

shamyheart berkata...

Perkongsian yg baik

Unknown berkata...

terkesan dihati...syukran

Tanpa Nama berkata...

Perkongsian yg bagus...

saye kerink berkata...

separuh daripadanya pernah tahu. separuh darinya baru tahu. Thanks DY!!! ;]