Jumaat, 6 Mei 2011

WANITA : BALUT Itu Bukan TUTUP.. Anda Mampu Mengubahnya !



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt..
Nak ajak bersama-sama melihat dan menilai SATU gambar ini..
^_^





Ciri-ciri yang ditetapkan oleh Islam bagi pakaian wanita ia sebagaimana berikut :

1. Hendaklah menutup kawasan aurat. 
Aurat wanita ialah seluruh badannya kecuali muka dan tangan sahaja yang harus didedahkan mengikut jumhur ulamak.

2. Tidak jarang atau nipis yang menampakkan kulit badan

3. Tidak ketat atau sendat hingga menampakkan bentuk tubuh

4. Tidak menyerupai pakaian lelaki

5. Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasiq

6. Tidak berlebihan dan menzahirkan kesombongan

7. Bukan pakaian syuhrah 
(iaitu pakaian yang dipakai untuk dikenali oleh orang lain, yakni untuk menunjulkan perbezaan diri dengan orang lain)

8. Tidak mempunyai hiasan atau corak yang menarik pandangan lelaki.





p/s :
Kalau faham apa yg dikatakn oleh Nabi Mohammad S.A.W berpakaian tapi telanjang..
Fahamlah apa itu menutup aurat sebenarnya. Agama Islam satu agama yg mudah..
Sumber :syahirul.com


1 ulasan:

kyo_9 berkata...

hmm.. sebut pasal pakaian syuhrah, teringin fashion show dsb..