Khamis, 5 Mei 2011

Puji itu Memuji Yang Berhak diPuji



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt..

Sapa suka dipuji dan memuji?? Fitrah manusia itu suka kan sesuatu pujian.. dy pun sama jugak..
Suka dipuji.. HUHU..
Tapi.. Hati-hati dengan pujian.. Kadang pujian itu memakan diri.. Naya tuh.. hehe..
Kadang-kadang pujian juga ada terselit ketidak baikkan dari si pemuji..
Mungkin saja dia memuji sebab nak ngorat..
Mungkin saja dia memuji sebab nak kan sesuatu..




Itu kemungkinan saja.. Tapi.. tak baik bersangka buruk.. Jom bersangka baik !  
Kita +ve kan saja pujian tuh..


Pujian ini terbahagi kepada empat.
 Hamba kepada ALLAH
 Hamba kepada hamba
 Allah kepada hamba
 ALLAH kepada ALLAH sendiri

Contoh pujian pertama ialah kita (hamba) memuji kebesaran ALLAH yang menciptakan alam semesta yang serba indah ini. 

Pujian kedua berupa seperti abang memuji adik.
 Puji memuji antara si boyfriend kepada girlfriend nya.. dan sebalik nya.. hehe

Manakala pujian ketiga seperti ALLAH memuji hambaNYA yang bertaqwa dan beramal soleh sepeti yang tercatat dalam banyak ayat Quran. 

Seterusnya, pujian keempat contohnya seperti dalam ayat kedua surah pertama, Segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam.

Keempat-empat pujian itu semuanya kembali kepada ALLAH. Kerana DIAlah yang menjadi asbab sesuatu perkara itu dipuji. Jadi, tidak kisahlah kalau abang memuji adik misalannya. Asalkan niat abang memuji itu hanya kerana ALLAH. 

Golongan manakah kita yang suka memuji ini?? hehe..










1 ulasan:

Chempaka berkata...

pujian dapat meningkatkan prestasi dan keyakinan diri seseorang... sbb tue org yg bercinta dan selalu di puji, mampu melakukan macam2 benda diluar kemampuannye... huhu..sekadar pandanga,..

terbaru dari chempaka: Andrea Hirata : Rekaan atau Pengalaman?